
Isi Kandungan
ToggleRupanya guna air tapisan dan bawang putih merupakan rahsia cili yang dikisar tahan lama berbulan-bulan, tak masam mahupun berkulat. Cili kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan, bagi mak-mak sukakan pedas. Tapi nak buat cili kisar ni agak renyah, perlu dibuang biji, direbus dan dikisar. Jadi sebagai penyelesaiannya, ramai mak-mak yang suka kisar cili banyak-banyak untuk kegunaan harian bagi mempercepatkan waktu memasak.Tapi masalah yang timbul bila, cili kisar tersebut tak tahan lama, cepat rosak, masam dan berkulat.
Perkongsian petua cili kisar tahan lama ini dikongsikan oleh Puan Mim Nazihah sebagai rujukan mak-mak.
“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…Mesti ramai yang dah tau kan…Tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan. Selalu kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
Bahan-Bahannya :
400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
3 Labu Bawang putih
Air tapis
Cara Membuat:
1.Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
2.Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3.Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
4.Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
Selamat Mencuba.
Sumber: Mim Nazihah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Risau Anak 14 Tahun Ikut Pengkid, Selinap Keluar Jam 2 Pagi. Rayu Hubungi Polis Jika Terjumpa

Ibu Risau Anak 14 Tahun Ikut Pengkid


a sebut di atas sila call 999 minta peronda atau terus hantar ke balai polis berdekatan.

Nama panggilan anak perempuan saya ialah:-
Kepada yang subahat menyembunyikan anak perempuan saya tindakan undang-undang akan diambil.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chef Wan Minta Maaf Isu Hina Pakaian Aishwarya Rai Di Festival Cannes, “Tiada Niat Rasis Atau Hina Agama”

Isi Kandungan
ToggleChef Wan minta maaf isu hina pakaian Aishwarya Rai di Festival Cannes, “tiada niat rasis atau hina agama. Nama Chef Wan menjadi sorotan kecaman warga maya apabila memberi komen terhadap pakaian dikenakan bintang Bollywood, Aishwarya Rai di Festival Filem Cannes.
Chef Wan Minta Maaf Isu Hina Pakaian Aishwarya Rai Di Festival Cannes
Dalam komen tersebut, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail secara berseloroh berkata, gaun yang dipakai bekas ratu cantik di karpet merah di Festival Filem Cannes itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.
Tulisnya, “She carrying Kavadi on herself heading to Batu Cave Thaipusam ceremony.” Ekoran hal ini, ada laporan polis dibuat terhadap dirinya. Masa yang masa, polis mengesahkan Chef selebriti terkenal ini sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Tiada Niat Rasis Atau Hina Agama”
Ekoran namanya terus panas, di instagram peribadinya @_chefwan58 yang kini sedang bercuti di Greece secara peribadi meminta maaf di atas kenyataan komen dikeluarkannya.
”Saya rasa tiba masanya untuk saya tampil dan berterus-terang dengan sejujurnya berkenaan komen yang saya buat baru-baru ini di Instagram Namaste Bollywood yang memaparkan gambar Aishwarya Rai di Festival Cannes dengan pakaiannya yang mendapat reaksi daripada seluruh dunia.
“Saya selalu mempercayai kejujuran dan niat sebenar di hati ketika membuat komen tersebut… niat itu penting! Ketika pertama kali saya melihat kapsyen yang bertanya kepada pengikut “First thought that goes to mind” (sila fahami maksud kapsyen ini dengan betul), fikiran saya serta-merta memikirkan bahan yang digunakan oleh pereka untuk pakaian tersebut. Saya sering melihat bahan seperti itu digunakan dalam Kavadi agama pada perayaan Thaipusam di Batu Caves.
“Kerana ramai pengikut juga komen di situ mengatakan ia kelihatan seperti burung merak, maka fikiran saya terlintas… Ya, betul, semasa perayaan Thaipusam memang banyak Kavadi dibawa menggunakan banyak bulu merak. Saya selalu berfikir bahawa bulu merak itu cantik.
“Oleh kerana kapsyen tersebut meminta fikiran pertama kita melihat pakaian itu, serta-merta saya menaip dan berkata, “She carrying Kavadi on herself heading to Batu Cave Thaipusam ceremony.” Omg, tidak pernah terlintas dalam sejuta tahun niat sebenar saya untuk menjadi rasis atau menghina agama!
“Berdosa jika ada yang ingat dan menuduh saya buat sedemikian sedangkan niat hati saya adalah untuk hanya mengaitkan perayaan tersebut kerana ia adalah perayaan terkenal di negara kita. Sejujurnya, itu adalah niat sebenar saya. Bukan untuk mengejeknya kecuali saya tahu saya juga bergurau untuk membuat orang ketawa kerana pakaian itu begitu besar dan memang kelihatan seperti merak.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dari sudut hatinya dirinya meminta maaf di atas segala yang terjadi dan tiada niat untuk menghina agama atau bersikap rasis.
Tambah Chef Wan lagi, dirinya telah merakam beberapa episod rancangan perjalanan dirinya rakaman luar negara yang dihoskan oleh selebriti chef TV lain semasa Thaipusam beberapa tahun yang lalu.
“Bahan yang mereka gunakan adalah sama dalam banyak Kavadi kerana ia begitu berkilauan dan berwarna-warni.
Tambahnya lagi, dirinya tidak pasti jika penggunaan bahasa Inggerisnya tidak tepat sekaligus membuat ramai bangsa India salah faham dengan apa cuba disampaikannya.
“Bukan niat saya untuk menjadi rasis atau memburukkan agama Hindu kerana sebagai seorang selebriti chef, saya amat menyayangi dan menghormati semua budaya dan agama di dunia.
“Saya menyayangi semua orang di dunia dan rakyat Malaysia dari semua budaya. Saya minta maaf jika ada tersakiti dengan kenyataan tersebut, tulisnya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Merebak Ke Otak, Selesai Buat Kemoterapi Tulang Belakang
Chef Wan Kongsi Resipi Buat Kuah Mee Rebus Udang Jadi Lebih Sedap!
Cik Ani Meninggal Dalam Tidur Dengan Tenang , Chef Wan Kehilangan Ibu Tersayang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidangan Tradisi Warisan Ibu Sentiasa Pikat Selera

Isi Kandungan
ToggleHidangan tradisi air tangan ibu sering kali mencetuskan memori bersama ibu di dapur. Pasti akan menggamit memori sang anak.
Gulai Minang Nangka Perut, Kari Pisang Muda Daging Tetel dan Terung Pipit Tumis Tempoyak Cili Padi antara hidangan orang lama yang tetap mampu menambat selera kita semua. Zaman berubah, namun masakan tradisi tetap jadi pujaan hati.
Walau bagaimana pun, kadangkala masakan tradisi sebegini sukar didapati di kafe dan restoran. Jadi, apa kata sediakan juadah tradisi ini untuk dinikmati sekeluarga. Selamat mencuba!
GULAI MINANG NANGKA BERSAMA PERUT
BAHAN-BAHAN:
500 gram nangka muda – potong dadu dan rebus
300 gram babat/perut – cuci bersih, rebus dan hiris kecil
500 ml santan
3-4 helai daun limau purut
2 batang serai – titik
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
6 biji cili padi
2 biji cili merah
4 biji buah keras
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
- Seterusnya masukkan babat, kacau seketika, masukkan santan.
- Setelah mendidih, masukkan nangka, asam gelugur.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Gulai nangka sedia dihidangkan.
Lagi resipi di sini:
Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
Kacang Goreng Untuk Hidangan Raya, Baki Minyak Bawang Putih Buat Masak Sup Dan Nasi Goreng
Boleh ikuti instagram Mingguan Wanita:
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500 gram pisang berangan muda| buang kulit ari
250 gram daging – hiris nipis dan cuci bersih
200 ml santan pekat
300 ml air
2 keping asam gelugur
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak – untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
½ inci halia
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
- Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
- Setelah air daging kering, masukkan santan, jika agak pekat tambah sedikit air.
- Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugur.
- Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa. Tutup api. Kari pisang sedia dihidangkan.
TERUNG PIPIT TUMIS TEMPOYAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gram terung pipit
50 gram ikan bilis – kisar kasar
1 labu bawang besar – hiris
3 sudu makan tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3 biji cili merah
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1cm kunyit hidup
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak baru masukkan ikan bilis.
- Setelah garing, masukkan terung dan kacau rata.
- Setelah terung layu masukkan tempoyak yang dibancuh dengan secawan air.
- Terus kacau dan biar terus mereneh hingga terung empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila kuah pekat dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Resipi: Rasa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI