Genggam tangan anak-anak kita walau dalam apa keadaan sekali pun. Dalam maksud ‘genggam’ itu. Bukan sekadar memegang tangan anak, tapi sentiasa di sisi anak saat mereka berjaya atau ketika diuji dengan kegagalan.
Anak akan membuat kita ketawa bahagia dan ada kalanya mampu membuat kita sedih hingga menitiskan air mata. Apa pun, mereka tetap permata hati kita, amanah Allah untuk kita jaga sebaik mungkin dalam apa jua keadaan. Ikuti perkongsian daripada Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad (USIM). https://www.facebook.com/naznur.muhamad
Kehidupan
Kehidupan diibaratkan sebuah perjalanan menuju ke destinasi. Dalam meniti perjalanan ada ketikanya kita berhenti seketika untuk menikmati pemandangan yang indah dan pada ketika lainnya pula kita terjelepok jatuh akibat terlanggar batu.
Itulah yang dikatakan ujian yang dihadirkan untuk melihat kadar iman yang tersemat di hati kita tidak kurang juga sebagai tanda cinta dan kasih sayang Allah yang tidak ternilai buat hamba-Nya. Apa yang harus kita lakukan sewaktu menghadapi ujian ini adalah dengan duduk merenungi apakah agaknya mesej cinta yang ingin Allah sampaikan dan belajarlah daripadanya.
Ads
Pemegang Amanah
Begitu jugalah halnya dalam situasi kita dengan anak-anak. Mereka juga adalah ujian nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Bagaimana kita mendidiknya, bagaimana kita menghadapinya semua itu adalah KPI yang akan diteliti selaku pemegang amanah. Oleh yang demikian, jadilah pembimbingnya dalam apa jua keadaan sekali pun kerana mereka adalah cerminan diri kita. Genggam tangan mereka sebagai tanda kita sentiasa di sisi mereka, membimbing dan menasihati mereka tentang kehidupan.
Rakan penjaga yang dihormati, pandanglah anak-anak kita dengan pandangan yang sentiasa positif walau dalam keadaan marah sekali pun. Ini kerana persepsi ibu bapa amat mempengaruhi pembentukan kendirinya iaitu bagaimana dia melihat diri dan kehidupannya.
Mengapa demikian? Pemikiran dan persepi ibu akan memepengaruhi tindakan ibu terhadap anaknya. Contohnya, jika anak sering melakukan kesilapan, jika ibu melihat anak sebagai orang yang lalai maka kita akan mudah mengherdiknya dan melabelnya dengan pelbagai jenis perkataan yang menunjukkan hal tersebut.
Ads
Minda Bawah Sedar Anak
Jadi, perbuatan dan percakapan itu tadi hakikatnya sudah pun bertapak dalam minda bawah sedar anak pula. Keadaan inilah yang akan pula membentuk persepsi diri anak tentang dirinya dan kehidupan. Apabila anak sudah percaya bahaya dia adalah seorang yang lalai maka minda bawah sedar akan menerima label tersebut untuk mendefinisikan dirinya. Jadi anak itu akan percaya bahawa dia adalah seorang yang lalai.
Dalam masa yang sama, keadaan anak yang dikatakan lalai sebelum ini mungkin sahaja hanyalah akibat daripada sebuah kesilapan kecil sahaja namun ditambah dengan tindakan ibu dan ayah yang mudah memberikan label akan menyebabkan dia percaya bahawa dia adalah seorang yang lalai. Jadi, genggam tangan mereka ye mak ayah tanda kita tetap sayang mereka dalam apa keadaan pun!
Terbit Rasa Rendah Diri
Kepercayaan ini tadi sekali gus mempengaruhi tindakannya. Dia akan merasa rendah diri dan tidak berani untuk mencuba sesuatu perkara kerana takut akan label yang bakal diterimanya. Dalam situasi ini hakikatnya tidak keterlaluan jika saya katakan kita telah pun dalam tidak sedar meletakkan racun dalam pemikiran anak yang akhirnya membentuk keperibadiannya wanauzubillah.
Ads
Oleh yang demikian, genggamlah tangan anak-anak kita erat-erat. Dia adalah anak kita dalam apa jua keadaan sekali pun. Bukan masa dia melakukan perkara yang membanggakan sahaja malah dalam keadaan dia tidak berjaya lebih-lebih lagi dia memerlukan kita di sisinya untuk menyatakan sokongan dan dorongan.
Bentuk Ujian
Itulah yang dikatakan ujian, ia boleh hadir dalam bentuk kesenangan dan kesukaran. Bagaimana kita menghadapinya membezakan kita. Jika berjaya menghadapinya dengan redha, sabar dan bersyukur maka itulah sebenar-benar kejayaan.
Rakan penjaga yang dihormati, jagalah persepsi kita terhadap anak. Usah mudah melabel dan menunjukkan ekspresi negatif terhadap dirinya walaupun dalam keadaan dia melakukan kesalahan. Sebaliknya nyatakanlah sokongan dan kasih sayang kita yang tidak kunjung malap buat dirinya. Doakanlah untuk anak. Sesungguhnya doa adalah senjata paling ampuh buat kita untuk mereka.
Akhirnya, pimpinlah tangannya erat-erat. Bimbing mereka dengan sepenuh hati tanpa syarat. Dia adalah zuriat kita dalam senang atau sukar, dalam kejayaaan atau kekalahan malah dalam keadaan soleh mahupun sebaliknya. Dia amat memerlukan kita…Wallahuallam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Luluh hati mak ayah Adam Rayqal Mohd Sufi pagi ini, sebaik tiba di perkarangan Institut perubatan Forensik Negara (IPFN) untuk mengecam mayat bayi mereka. Tak dapat dibendung air mata yang sudah tumpah sejak berita kehilangan anaknya itu dikhabarkan pengasuh yang mendiami rumah sewa di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Satu negara menangisi pemergian adik Adam Rayqal. Kerana ia bukan saja bersifat kejam malah melangkaui batas perikemanusian seorang insan.
Tindakan kejam meletakkan bayi 5 bulan itu berbalut kain lampin dan disumbat dalam beg berwarna hijau di dalam peti sejuk beku sungguh tidak dapat diterima dek akal manusia yang waras.
Dan sekali lagi, masyarakat menangis selepas baru saja kita membaca kisah ibu murung yang menyembelih anak sendiri. Tragedi menyayat hati ini menjentik hati kita agar lebih banyak bermuhasabah dan memanjangkan rasa sabar menghadapi ujianNya.
Wahai ibu dan ayah Adam Rayqal, anda adalah insan terpilih yang Allah berikan ujian cukup hebat ini. Bagi meninggalkan sedikit kekuatan emosi di lubuk hati yang sedang terluka itu, Mufti Wilayah Persekutuan. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakrimenyampaikan sebuah hadis di laman instagramnya untuk kedua ibu bapa yang diuji ini.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Indahnya ingatan tuhan untuk ibu bapa yang sedang diujiNya dengan kehilangan insan paling dekat di hati mereka. Siapapun yang sedang diuji olehNya, dengan pemergian permata hati kecil yang engkau sangat kasihi peganglah kemas-kemas hadis ini. Semoga ia mampu memberi kekuatan hati dan emosi untuk ibu ayah terus melangkah menjadi khalifahNya yang taat dan redha.
Jadi mak ayah bukannya kita serba serbi sempurna. Apatah lagi dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, ianya tak mudah. Bila anak buat perangai dan tak mendengar kata, kita selalu hanya menyalahkan mereka. Hakikatnya, sebenarnya ia adalah berpunca dari SALAH kita sendiri. Cuba semak semula perhatian dan masa bersama kita bersama anak-anak.
Itu antara pengalaman dan luahan yang dikongsikan dalam catatan di Instagram pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini terhadap anak sulungnya Muhammad Luth Ali,3 tahun.
Baba minta maaf Ali
Saja perkongsian untuk ibu bapa tentang “Parenting”. Semoga kita boleh berkongsi pengalaman masing-masing. Anak anak ada perasaan, dan selalunya perasaan itu diluahkan melalui perbuatan. Hari ni macam busy sikit, jadi bila balik saya rasa penat, masuk bilik, rest, lepas tu dodoikan Fateema untuk tidur. Deena macam tak sihat sikit, Ali kami tinggalkan kat ruang tamu dengan aunties dia.
Tiba- tiba Ali masuk bilik merengek, baling-baling toys lepas tu masuk bilik cakap “I want to watch King Kong” sambil pegang toys. Lepas tu menangis dekat lantai. Saya passkan Fateema pada Deena, saya angkat Ali dengan niat nak marah pada mulanya, then saya tanya soalan yang selalu saya tanya:
“Why you cry? You big boy already. You cannot cry like a baby”
Banyak kali saya tanya then finally dia cakap:
“Nobody wants to play with me. I want to play”
Allah, sedihnya dengar. Makin tersedu-sedu dia nangis. Saya hug dia, cakap “Come go out with Baba, jalan-jalan naik kereta”– Happy dia. Anak Baba.
Punca Anak Buat Perangai
Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang masa untuk anak-anak kita, kadang-kadang kita fikir yang anak-anak buat perangai sebab degil, tak nak dengar cakap. Tapi sebenarnya salah kita. Kita kurang peka dengan anak-anak kita. Mungkin kita penat. Mungkin kita stress pasal kerja, sampai kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Kita salahkan perangai anak kita.
Sorry my boy. Baba promise cuba jadi Baba yang terbaik untuk Ali dan Fateema.
Terdahulu, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan bahagia ini dikurniakan sepasang anak, Muhammad Luth Ali,3 tahun dan Fateema Azzahra, 3 bulan.
MW:Ada benarnya perkongsian Saharul Ridzwan ini. Sebagai mak ayah adakalanya kita terlepas pandang beri perhatian dan masapada anak-anak yang mungkin menyebabkan mereka buat perangai dan tak mendengar kata. Cuba muhasabah dan semak kembali kesalahan kita, sebelum menyalahkan semua perkara pada anak-anak.
Tahniah Eyra Hazali Hamil 5 Bulan. Begitulah berita gembira yang dikongsi pelakon Eyra Hazali tentang dirinya yang kini hamil lima bulan.
Eyra dan suami Muhammad Haziq Nadzli bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Eyra dan suami yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, yang kini berusia setahun 5 bulan.
Tahniah Eyra Hazali Hamil 5 Bulan
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman rasmi Instagramnya, pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 23, dilihat membuat kejutan istimewa dengan berkongsi kit ujian kehamilan keduanya kepada suami.
Pada mulanya suami Eyra menyangka ia adalah kit ujian lama dan kejutan itu hanya satu gurauan, namun Eyra mengesahkan ia adalah kit ujian baharu.
“Saya baru menggunakan kit ujian kehamilan ini sebentar tadi. Hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik itu,” luah Eyra.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.