Benarkah garang itu tandanya sayang? Dalam zaman moden dan perkembangan kecanggihan teknologi sesungguhnya memberi cabaran besar buat ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Rata-rata ibu bapa kita dahulu, menggunakan pendekatan yang tegas dan garang dalam mendidik anak-anak.

Tetapi berbeza dengan dunia sekarang, anak-anak dilihat tidak boleh disentuh apalagi di marah membuta tuli atau bersikap garang. Bersama Elizad, Norman Hakim dan Erra Fazira membincangkan “Ibu atau Ayah, Siapa Yang Lebih Garang?” menerusi Cerita Dalam Kain di Mingguan Wanita Talkshow hari ini.

Guru vokal, Cikgu Syafizawati dan  suami, berkongsi bagaimana dirinya membesarkan anak-anaknya. Menurutnya sudah tentu berbeza antara garang dengan anak dengan garang mengajar vokal selaku guru vokal. Tambahnya, bagi lema anaknya, mereka menganggap dirinya lebih garang dari suaminya.

Jelasnya dan suami, setiap anak memerlukan pendekatan yang berbeza kerana setiap anak berbeza sikap. Oleh itu setiap ibu bapa harus bijak mendekati dan handle anak-anak, percayalah setiap hari setiap ibu dan bapa akan pelajari perkara baru dalam mendidik anak-anak.

Biar pun selasa bersikap garang berhadapan dengan sikap serta karenah anak-anak, dalam masa yang sama mereka sentiasa memberi masa atau ruang secukupnya pada anak-anak agar anak tidak memberontak apabila dimarahi atau ditegur.

Paling penting berkaitan sikap garang kepada anak adalah bergantung kepada personaliti seseorang, kerana setengah orang boleh menerima sikap garang. Selebihnya tidak boleh ditegah secara garang kerana jiwa mereka sensitif dan memerlukan teguran dengan penuh sayang.

Tip Cikgu Syifa untuk penonton kali ini, setiap kali berasa stres dalam mendidik anak-anak, mohonlah doa pada Allah dan doakan yang baik-baik untuk anak-anak kerana doa seseorang ibu sangat mustajab.

Garang Tandanya Sayang, Ibu Bapa Sebaiknya Marah Bertempat Bukan Sesuka Hati

Ads

Inspirasi Didikan Pasangan OKU

Pasangan OKU, Encik Adam Suradi dan Puan Mazarina Amir, berkongsi bagaimana mereka mendidik anak seperti mana ibu bapa lain. Biar pun kekuatan terhad tetapi mereka sama sekali tidak meletakkan kekurangan sebagai alasan untuk tidak berjaya mendidik anak.

Tambah Adam lagi, bukan mudah membesarkan anak tunggal mereka Nur Adrina dengan keadaan serba kekurangan. Kami sering mengingatkan anak bahawa jangan biarkan orang luar ambil peluang di atas kekurangan diri kami.

Paling mencuit hati apabila ditanya apa yang berlaku jika nyawa mereka diambil dahulu, mereka katakan akan serahkan segalanya pada Allah jika berlaku sesuatu pada mereka. Malahan buat masa sekarang, Puan Mazarina sentiasa mendoakan agar Allah sentiasa menjaga anak mereka jika mereka tidak berkemampuan atau di luar khudrat mereka.

Garang Tandanya Sayang, Ibu Bapa Sebaiknya Marah Bertempat Bukan Sesuka Hati

Ads

Garang Bukannya Tegas

Dr HM Tuah Iskandar pula berpendapat secara umumnya adalah berbeza antara garang dan juga ketegasan yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Sebaiknya bersikap garang adalah mengikut umur atau perkembangan anak-anak.

Jelasnya, jika anak masih kecil kecil, mungkin kita dapat menunjukkan rotan untuk menakutkan anak agar tidak buat salah dan cara ini tidak sesuai untuk anak yang telah meningkat remaja.

Secara psikologinya, bagi Dr HM Tuah, bapa lazimnya lebih garang kerana pembawakan atau watak mereka sebegitu. Tetapi kadang kala disebabkan bapa terlalu banyak fikir tentang tugasan hakiki dan mencari rezeki, membuatkan mereka apabila tiba di rumah dia jadi cool.

“Sesungguhnya mendidik anak sebaiknya jangan terlalu garang sehingga anak merasa takut untuk berkongsi masalah atau rasa. Oleh itu untuk menjadi ibu dan bapa yang unggul sebaiknya marah biarlah bertempat agar tidak memberi kesan negatif pada anak-anak,” katanya lagi.

Ads

Di akhir siaran, penyanyi Haqiem Rusli mempromosikan single terbarunya bagi slot drama bersiri, Puteri Yang ditukar iaitu Lembah Kesepian.

Jangan Lupa Saksikan Ulangan Program MW TALKSHOW jam 5 petang ini di Astro Prima 105 & Prima HD 121

#MingguanWanita

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI