Hidup tak pernah puas dengan apa yang ada. Hidung mancung nak mancungkan lagi, bulu mata biasa-biasa nak panjangkan macam super model. Begitulah, sampai terpaksa terima risiko kesakitan akibat tersalah rawatan.
Inilah yang berlaku pada seorang gadis yang kehilangan bulu mata. Bermodalkan sebanyak 1500 baht (RM187.07) untuk panjangkan bulu mata di sebuah salon.
Seorang wanita Thailand telah pergi ke subuah salon untuk sambungan bulu mata “model super”, akhirnya tidak mempunyai bulu mata langsung selepas pakar kecantikan itu didakwa menggunakan gam super untuk memasang sambungan itu. Akibatnya, wanita itu tidak dapat menutup matanya.
Benyapa Supap, 35 tahun, telah ke salon Hair Infinity, di Phuket dengan membayar 1,500 baht ($45) – RM187.07 untuk bulu mata ‘model super’. Bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk melekapkan bulu mata yang lebat, pakar kecantikan itu didakwa menggunakan gam cepat kering dan bukannya gam kosmetik profesional.
Dalam beberapa minit, kelopak mata Benyapa mula membengkak dan apabila dia mengedipkan matanya, bulu mata itu melekat bersama, menjadikannya dia sukar untuk membuka matanya.
Ads
“Saya baru sahaja berpindah ke kawasan itu jadi saya tidak pasti tempat mana yang sesuai untuk digunakan,” wanita muda itu menjelaskan keputusannya untuk melawat Hair Infinity.
.
“Pada kali pertama salon itu untuk mendapatkan rawatan dengan harga 1500 baht ($45) – RM187.07. Tetapi, selepas mengalami kesakitan dan memberitahunya mata saya tak boleh tutup, terus dia mengurangkan bayaran kepada 1,000 baht ($30) – RM124.71.”
Cari Pusat Rawatan Lain
Nasib baik untuk Benyapa, dia dapat mencari pakar kecantikan lain dan menghabiskan masa sejam untuk menanggalkan bulu mata dan membersihkan kelopak matanya.
Fara Foosaeng, pemilik salon telah menggunakan larutan pelembut gam dan penolak kutikula untuk mengikis semua gam yang cepat kering. Akhirnya dia dapat berkelip dengan betul tapi langung tiada bulu mata. Dia juga perlu membayar 1,000 baht lagi untuk membaikinya.
Ads
Menurut Fara. “Bagi mengeluarkan gam super itu tidak mudah. Ia sangat kuat. Gam telah masuk ke kelopak mata dan rongga matanya yang menyebabkan bengkak dan kesakitan,”
Bagi Benyapa, dia mendakwa matanya sakit selama beberapa hari selepas kejadian itu, tetapi salon itu enggan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
“Saya mengalami kesakitan selama tiga hari selepas itu. Salon terebut juga tidak membayar gantirugi. Malah apabila saya membuat laporan polis, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.
Ads
Mingguan Wanita : Lepas ini kena hati-hati, kena tahu salon itu ok ke tidak. Musnah harapan nak panjangkan bulu mata bak super model.
Menipu hampir 90 wanita dan berkahwin 27 kali demi membolot harta mangsa. Mudah sungguh nak hidup senang, dengan membolot harta orang lain, dengan cara menipu, menabur janji manis dan kata-kata cinta pada mangsa.
Seorang lelaki India telah ditangkap kerana didakwa mengahwini sekurang-kurangnya 27 wanita berada dalam tempoh 43 tahun dengan tujuan untuk membolot harta mangsa, lapor akhbar The Indian Express.
Ramesh Chandra Swain, 66, dari negeri Odisha, di timur India, dituduh menipu berpuluh-puluh wanita untuk mengahwini mereka dengan menyamar sebagai doktor yang berjaya atau pegawai kanan Kementerian Kesihatan India.
Ramesh Chandra Swain, 66, dari negeri Odisha, di timur India, dituduh menipu berpuluh-puluh wanita untuk mengahwini mereka.
Bolot Wang & Aset
Ramesh yang hanya mempunyai pendidikan Kelas 10, menggunakan dokumen pengenalan diri palsu untuk meyakinkan mangsanya sebelum membolot sejumlah wang dan aset penting daripada mereka.
Menariknya, kebanyakan wanita yang dikahwininya sejak sedekad lalu adalah berpendidikan tinggi, malah terdiri daripada doktor dan akauntan hinggalah peguam Mahkamah Agung.
Lelaki itu berkahwin buat kali pertama pada 1982 dan mempunyai dua anak lelaki serta seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan tersebut.
Salah seorang mangsa yang dikahwini demi membolot hartanya.
Menipu Hampir 90 Wanita
Sejak itu, dia dipercayai telah menipu hampir 90 wanita lain, namun hanya sebilangan kecil daripada mereka bersetuju menjadi sebahagian daripada siasatan rasmi.
Ini kerana majoriti yang lain bimbang serta takut akan stigma yang bakal diterima daripada masyarakat.
Penipu yang menggunakan pelbagai nama dan kad identiti palsu itu menyasarkan wanita bujang, kesepian dan meyakinkan mereka untuk memindahkan sejumlah wang dan aset penting ke atas namanya sebelum meninggalkan mereka.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Demi nak hidup senang, sanggup menipu dan bolot harta. Pesanan buat wanita jadikan kisah ini satu pengajaran. Jangan mudah menyerahkan rasa cinta dan mempercayai lelaki yang mudah mengikis harta, meminta itu dan ini.
Sebelum ini, jika mahu claim balik Wang Tidak Dituntut, individu perlu ke Jabatan Akaun Negara untuk buat semakan. Rupanya buat secara online pun dah boleh dah.
Lelaki ini, Mohd Rusaini Bin Hashim dah pun mencubanya secara dalam talian. Hasil semakan di online, dia dapat balik Wang Tidak Dituntut sejumlah RM700++. Seronokkan, macam rezeki terpijak pun iya.
“Alhamdullilah.. wang tidak dituntut dalam RM 700++ boleh la buat beli jajan.”
Apa sebenarnya Wang Tidak Dituntut tu.. bahasa mudahnya, duit yang ada dalam akaun bank lama yang dah terbiar atau ditutup tapi mak ayah tak tuntut. Duit tu, masih ada sebenarnya. Dan boleh dituntut.
Walaupun cuma RM10 pun, akan dipulangkan kepada mak ayah. Sebelum ini, perlu ke Jabatan Akaun Negara untuk buat semakan. Sekarang tak lagi. Hadam sini cara nak semak menerusi online.
Cara Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online
Ini cara untuk semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online
“Luth pula ikut jejak abang,” kanak-kanak termakan keropok racun meninggal dunia. Dua beradik yang termakan keropok beracun diambil di kebun jiran akhirnya meninggal dunia. Selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang, tengahari tadi Muhammad Luth Syauqi mengikut jejak abangnya.
Luth Pula Ikut Jejak Abang
Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 1.24 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi Buletin TV3.
Kanak-Kanak Termakan Keropok Racun Meninggal Dunia
Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.
Berita kematian itu bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim setakat ini.
Rabu lepas, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya. Kredit :- Buletin TV3.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.