Demi ‘cinta’ dan harta ramai yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi hasrat hati. Hinggakan mudah terpedaya apabila dijanjikan dengan pelbagai janji manis dan ganjaran mewah.
Terbaru, seorang wanita sanggup mengeluarkan ‘modal’ RM4,200 demi memenuhi hasratnya menjadi isteri seorang ‘menteri’ yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Dihubungi Menerusi Aplikasi WhatsApp
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki tersebut menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp bagi menyatakan hasratnya itu.
Menurutnya, sekiranya mangsa setuju, dia diminta berurusan dengan seorang wanita bernama Siti yang bertugas sebagai pengurus bank kepada ‘menteri’ itu.
“Mangsa yang bersetuju untuk menjadi isteri lelaki tersebut diminta membuat bayaran RM4,200 sebagai yuran proses perkahwinan mereka.
“Pada Jumaat lalu, mangsa membuat bayaran seperti diminta melalui mesin deposit sebuah bank ke akaun bank atas nama seorang lelaki,” katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.
Buat Laporan Polis
Mohd Wazir berkata, selepas bayaran itu dibuat, mangsa mula curiga dan syak bakal suaminya itu penipu yang menyamar dengan menggunakan nama menteri berkenaan.
Ads
“Mangsa yang mengalami kerugian RM4,200 tampil membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh pada Ahad.
“Tindakan itu diambil mangsa kerana bimbang dengan keselamatan diri, keluarga dan hartanya di kemudian hari,” katanya.
Tambah beliau, polis percaya suspek menggunakan identiti salah seorang menteri untuk menipu mangsa hingga mengalami kerugian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya.
Mingguan Wanita: Pesanan buat wanita, jangan mudah terpedaya dan ‘melayan’ mesej atau panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Apatah lagi jika tak pernah bersua muka. ‘Terdesak’ bagaimanapun dijanjikan ‘bulan dan bintang’, sebaiknya siasat dahulu betul-betul bagi mengelakkan diri daripada ditipu.
Macam-macam jenis resipi berpantang yang boleh mak-mak cuba, salah satunya ialah Serunding Halia yang cukup mudah dibuat. Serunding Halia ini sangat bagus bagi mak-mak yang masih dalam tempoh berpantang kerana ia dipercayai elok untuk buang angin dalam badan, panaskan badan serta melancarkan perjalanan darah. Tapi bagi mak-mak yang tak berpantang pun elok sangat amalkan serunding halia ni untuk kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian oleh Dayang Faridah untuk menghasilkan serunding halia ini.
Dulu masa berpantang saya suka makan ni. Resipi Berpantang paling sedap, senang dan cepat nak buat. Yang tak pantang if nak makan pun elok. Leyak pusuk or Serunding Halia bagusnya dapat buang angin dalam badan, panaskan badan, lancarkan perjalanan darah tu. So, time pantang tak pening, badan pun rasa nyaman dan ringan je.
Bahan-Bahan
Halia
Ikan bilis
*keduanya sama banyak Tip: Halia terbaik , pilih yang muda or halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecik-kecik.
Cara Membuat
1. Buang kulit halia. Potong kecik melawan urat halia. Tip: Nak senang kupas, guna sudu. Cepat dan selamat tangan.
2. Ikan bilis cuci dengan air dan tos.
3. Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat. (kalau ada food processor lagi cepat).
4. Panaskan minyak, mesti banyak supaya serunding masak serata dan rangup.
5. Dah panas, masuk bahan ditumbuk tadi.
6. Pastikan, api sederhana dan sentiasa gaul.
7. Goreng sampai kekuningan.
8. Dah garing angkat, toskan minyak.
9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Dah siap, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnnya.
Bahagia sekali mendengar perkhabaran Amyra Rosli telahpun selamat melahirkan bayi lelaki pada tengah hari Ahad, jam 12.07. Bila terpandang ‘baby bump’ Amyra memang tak sabar-sabar nak tunggu saat bersalin pelakon cantik ini. Alhamdulillah, perkhabaran ini pastinya satu berita yang dinanti-nanti oleh peminat dan follower pasangan glamour ini.
Status penuh kesyukuran itu dikongsikan oleh Amyra Rosli sendiri dalam instagram miliknya petang Ahad tadi.
Luahan Kesyukuran Amyra
Alhamdulillah.. “Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yang menakutkan” Amin..
“Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami ?.
Status itu turut disertakan sekali dengan gambar jari jemari milik si comel kesayangan pelakon Amar Baharin dan isterinya, Amyra. Sungguh gambar itu, benar-benar mencuit emosi. Kita yang melihat pun tumpang bahagia sama.
Seperti yang dinyatakan oleh ibu Amyra Noor Zaridah Ahmad menerusi laporan mstar online, anaknya itu bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Menurutnya lagi, sepatutnya Amyra dijangkakan bersalin pada 25 Oktober. Tetapi cucunya itu tak sabar nak keluar lebih awal. Ketika ini Amyra dan bayinya dalam keadaan sihat.
Sebelum itu, Amar sempat memuat naik satu doa untuk anaknya yang bakal lahir. Tulisnya, “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa” – (Surah Ali ‘Imran ayat : 38).
Amin, editorial Mingguan Wanita sentiasa mendoakan pasangan baik hati ini diberikan anak yang baik, comel dan soleh.
Nota: Hakak tak sabar pula nak jadikan Amyra, Amar dan baby cover untuk majalah… eh!
Amyra Dan Amar Pun Hadiri Kelas Antenatal
Kelas antenatal ini penting sebenarnya untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan. Amyra dan Amar sendiri telah menghadiri kelas ini semasa minggu ke-36 kehamilan Amyra. Kehadiran ayah pun sama pentingnya. Sebab apa?
Kata Amyra, kelas antenatal membantu anda dan pasangan fokus dengan kehamilan. Dalam masa yang sama mak ayah pun boleh bersedia dengan proses bersalin dan sambut kelahiran kelak.
“Paling seronok bila pasangan anda berpeluang mencuba pelbagai teknik misalnya, sokongan dan teknik pernafasan dan tahu peranan suami semasa isteri sedang melalui saat melahirkan.”
Sumber / Foto : Instagram Amyra Rosli, Amar Baharin, Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon Datin Lisa Surihani berasa sangat ceria setelah habis berpantang 44 hari bayi ketiganya Yunos Laith. Malah isteri kepada Datuk Yusry ini juga berasa sangat terharu dan bersyukur kerana dijaga dengan baik oleh Confinement Lady (CL) atau Khidmat Penjagaan Pantang yang bernama Mak Budi.
Lisa Surihani Terharu Dengan Layanan Mak Budi Malah Yunos Juga Dianggap Seperti Cucu Sendiri
Perkongsian tersebut yang dimuatkan menerusi entri di akaun Instagramnya beberapa hari lalu menyatakan dia dan keluarga sangat menyenangi layanan yang diberikan oleh Mak Budi. Malah wanita itu juga menyayangi Yunos seperti cucu sendiri.
“BismillahiMasyaAllah Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga @lavenderconfinementcare.
“Dari waktu hamil trimester kedua, liaise bersama Puan Aishah, yang mengaturkan semua dgn amat sopan dan baik sekali dan mengikuti langkah-langkah atas sebab keadaan sekarang bagi memastikan keselamatan semua.Terima kasih Aishah, kerana membantu dan menyenangkan keadaan bg saya sekeluarga sebaik mungkin.
“Pengalaman pantang yang amat baik bg saya dan anak, Alhamdulillah dikurniakan CL yang baik, Mak @budisampir , servis dijalankan dengan baik, tapi Mak Budi buat lebih walaupun tidak diminta.
“Perwatakan santai, lemah lembut tapi kelakar buat kami sekeluarga jadi biasa dgn Mak Budi.
“Banyak membantu keadaan saya bukan sahaja dari segi physical, tetapi mental dan emosi juga. Banyak memori utk dikenang dan ketawa bila ingat kembali.
“Terima kasih juga kerana menjaga dan menyayangi Yunos macam cucu sendiri sepertimana Mak Budi sayang dan ingat pada baby-baby customer lain. Kami akan rindu kehadiran Mak Budi dan gelak tawa smpai mata berair sama Mak Budi.
Semoga Dilindungi Allah & Dikurniakan Keberkatan
“Selesai ini, saya du’akan moga Mak Budi dan Team Lavender sentiasa di bawah perlindungan Allah swt, moga dikurniakan barakah, rahmah, dan afiah sentiasa,” tulis Lisa.
Lisa dan Yusry juga sebelum ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Lisa Surihani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!