Setiap isteri yang mengandung akan rasa ingin makan sesuatu atau mengidam yang mungkin di luar jangkaan. Peliknya, sebelum ini tidak pernah dimakan tapi bila mengandung terus teringin nak makan.
Jangan buat main dengan isteri yang mengidam ni. Walaupun mungkin hanya makanan yang biasa-biasa pun, kalau tak dapat mahu meleleh air mata. Perasaan ibu mengandung.
Tak kurang juga suami atau orang terdekat akan cuba realisasikan apa yang ibu mengandung mengidam itu. Takutnya bila anak lahir akan meleleh pula air liur, kononnya tak dapat apa yang ingin dimakan semasa mengandung.
Untungnya dalam perkongsian video ini, seorang perempuan yang sangat mengidam untuk makan ‘roti buaya’, tapi bila dibeli oleh suami tidak sama dengan apa yang dia nak.
Ads
.
Menangis isteri bila langsung tidak dapat roti berbentuk buaya itu. Akhirnya, mentua sendiri sanggup buatkan roti buaya dengan hasil air tangannya sendiri.
.
Walaupun bentuk tidaklah sama 100% seperti buaya tapi ibu hamil itu sangat gembira kerana dapat menunaikan keinginannya.
Ads
.
Mingguan Wanita : Rezeki dapat mentua yang baik dan sanggup buatkan demi menantu yang bakal melahirkan cucunya nanti.
Pendakwah dan penceramah Da’i Hamidah kehilangan ayah mentua, Allahyarham Mohamad Jan Bin Din yang kembali ke rahmatullah pada Subuh, 23 Jun lalu.
Arwah bapa mentuanya itu juga dikenali sebagai Ustaz Fawwaz Md Jan. Akui menantunya ini, arwah merupakan ayah mentua yang sangat baik.
Kehadiran ayah mentuanya ini, walaupun untuk masa yang tak lama seakan menjadi pengganti arwah bapanya. Sentiasa mengambil berat akan menantu lagi-lagi bila Da’i Hamidah mahu memberikan sesi ceramah.
“Tak mampu nak kata apa- apa tetapi beliau ayah mertua yang sangat baik. Semua menantu dan cucu sangat kasih kepadanya. Saya walaupun masih baru dalam keluarga ini benar-benar rasa beruntung masih ada ayah walaupun abah telah tiada.
Dari awal sehingga ke akhir hayatnya beliau bila jumpa mesti mai cari cucu, ribakan cucu, cium cucu. Patut anak-anak selalu pi dekat ayah. Memang kasih sungguh. Tak lupa ayah bersusah payah turun kedai sudi belikan hadiah untuk kelahiran anak saya.
Teguran Ayah Berbekas Di Hati
Di fasa awal perkahwinan pula ayahlah orang pertama yang tegur saya jangan drive jauh- jauh risaukan kandungan. Saya pun tak pernah terfikir dan ayah panggil saya cakap baik- baik. Teguran ini membekas di jiwa buatkan saya rasa lega masih ada ayah yang selalu melindungi saya
Ayah juga akan selalu mendengar cerita saya, setiap kali nak ceramah, ayah akan datang tanya tajuk apa. Nak ayah tolong apa. Dan raya tahun ni masa belikan baju raya dan hadiahkan kat ayah dan ummi.
Ayah kata, “terima kasih ya bagi hadiah, lawanya baju.” Dan ayah belek-belek dengan muka penuh gembira. Begitulah cara ayah tiap kali beri apa- apa. Sebagai anak kita tahu pemberian kita tidak seberapa tetapi saya kagum dengan akhlak ayah yang sangat-sangat pandai buatkan orang lain rasa bahagia
Ayah Mentua Sangat Penyabar
Dan antara ungkapan yang saya juga tak boleh lupa ialah ayah selalu bagitahu ada apa- apa masalah bagitau ayah. Sungguh ayah seorang insan yang sangat sangat penyabar dan sangat pandai ambik hati orang.
Saya akui sejak ada ayah, saya berasa yakin dan kurang kesedihan kerana saya sedar saya masih ada hero di belakang saya.
Terima kasih ayah, tak lupa kata kata ayah di awal menjadi menantu. “Hamidah, walaupun Hamidah dah takda abah, jangan sedih ya ayah ada.”
Ya Allah, rahmatilah ayah, ampunkan dosanya. Saya menjadi saksi betapa mulianya hati ayah. Semoga Allah Taala menghadiahkan kebahgiaan yang sebenarnya di alam sana yang kekal abadi. Tolong sedekahkan doa untuk ayah saya ya. Terima kasih sangat- sangat #daihamidah #ayah
Sebut saja HABIB, mak-mak tentu terbayangkan Habib Jewel kedai berlian permata yang memang jadi idaman hati mak-mak nak melangkah ke sana. Sebab apa tau mak-mak, sebab barang kemas ini memang sahabat wanita.
Dekat barang kemas itu sendiri ada aura awet muda yang boleh serlahkan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita. Dalam Al Quran sendiri disebut sebanyak 13 kali, emas itu digunakan sebagai perhiasan syurga.
Haa.. dah tahu kan betapa barang kemas ini penting bak BFF orang perempuan. Sebab inilah juga HABIB Jewel tak nak mak-mak ‘kosong’ tanpa teman baik di musim perayaan Aidilfitri ini.
Rugi kalau mak-mak tak rebut peluang, singgah ke bilik pameran HABIB yang akan berlangsung dari 1 hingga 14 Jun ini. Sebab akan berlangsung 2 acara iaitu Rantaian Kasih dan Bazar Ramadan. Ini selebihnya yang mak-mak kena rebut peluang yang HABIB tawarkan ini.
1. Potongan Harga Emas Sehingga RM25 Segram
Mak-mak boleh bawa diri sendiri, adik beradik perempuan mahupun kawan-kawan ke bilik pamerah Habib di seluruh Malaysia sebab ada potongan harga RM8 hingga RM25 segram untuk emas 916/999. Lagi bagus kalau boleh bawa suami, mana tahu suami belanja.
2. Diskaun Apa Tu Sampai 70 Peratus
Dengarnya ada diskaun sampai 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata. Dekat HABIB ini rekaan batuan permatanya memang ekskusif. Lagi-lagi nak raya ni, tentu mak-mak nak nampak lain dari yang lain kan. Walau cuma sebentuk cincin, aura mak-mak akan jadi berbeza. Cantik dan tersendiri.
3. Ada Hadiah Percuma Bagasi Untuk Mak-mak
Dengan setiap pembelian barang kemas berlian dan batu permata bernilai RM10,000 ke atas dalam satu resit mak-mak boleh dapat hadiah percuma berbentuk bagasi (Sementara stok masih ada).
4. Block Tarikh 1, 2, 3 Jun Sebab HABIB Nak Bagi Hadiah
1 Jun : 50 pelanggan pertama di setiap bilik pameran yang mengambil bahagian boleh dapat loket emas 916 berharga RM98 setiap satu.
2 Jun : Acara Singgah Sahur di HABIB (Ampang Point sahaja)
: Bilik pameran dibuka sehingga 12 tengah malam
: Makanan disediakan untuk pelanggan bersahur
: Hadiah percuma dengan setiap pembelian untuk pelanggan yang memakai baju bertema Arab dari 9.30 malam hingga 12 tengah malam.
3 Jun : 50 pelanggan pertama di setiap bilik pamerah yang mengambil bahagian boleh dapat subang Mutiara pada harga RM66.
5. Masa Inilah Barang Kemas Anda Bernilai
Sepanjang tempoh promosi ini HABIB akan menawarkan harga belian tertinggi untuk barang kemas berlian dan emas lama anda. Masa inilah peluang untuk anda tukar barang kemas lama ke baru.
6. Ini Lokasi Bilik Pameran HABIB Terpilih
HABIB Ampang Point HABIB Alamanda Putrajaya HABIB Angsana Johor Bahru Mall HABIB Gurney Plaza Penang HABIB KB Mall Kelantan HABIB Mydin Kuala Terengganu HABIB Mydin MITC Melaka HABIB Mydin Seremban 2 HABIB Mydin Meru Raya Ipoh HABIB East Coast Mall Kuantan HABIB Aman Central Kedah HABIB Central Square Sg Petani HABIB Imago Kota Kinabalu HABIB The Spring Kuching
Datin Sofea jane, pelakon yang cukup popular suatu ketika dulu dengan kejelitaan yang mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris. Walaupun sudah berusia 50 tahun, namun ibu kepada empat cahaya mata itu tetap cantik dan anggun.
Selepas 16 tahun ‘mengunci’ diri daripada terlibat dalam dunia hiburan selepas berhijrah ke Australia, Sofia mengakui sangat merindui kerjayanya sebagai pelakon.
Dalam perkembangan terkini kariernya, Sofia teruja apabila buat pertama kali membawakan watak antagonis menerusi drama bersiri, One Cent Thief sebagai Ibu Zara.
“Selama 16 tahun saya tidak berlakon. Saya tidak hilang, cuma waktu tidak mengizinkan. Saya masih mengikuti perkembangan industri tempatan dan melihat ramai bakat muda hebat,” katanya.
Katanya lagi, memandangkan anak-anaknya juga sudah meningkat dewasa, dia merasakan sekarang adalah waktu yang sesuai untuk kembali ke dunia lakonan yang dirinduinya.
“Saya bukan mahu jadi pelakon eksklusif. Tapi semuanya berbalik pada masa. Selepas 16 tahun, saya tidak menyangka rezeki dalam bidang lakonan masih ada.
“Suami juga menyokong saya kembali berlakon. Anak-anak pun dah besar. Jadi inilah masa sesuai saya kembali aktif,” jelasnya.
Rahsia Kekal Cantik Menawan Pada Usia 50 Tahun
Bagi Datin Sofia Jane, 50, dia tidak merasakan dirinya masih menawan seperti yang diperkatakan ramai memandangkan usianya bukan lagi muda.
.
Bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Harry Boy, Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan, Isteri dan … serta Sayang Salmah itu bersyukur atas kurniaan yang diberikan Allah SWT selain mengakui amat menitikberatkan penjagaan kesihatan.
Ketika ditanya tentang ‘rahsia’ penjagaan kecantikan yang diamalkan, Sofia agak keberatan untuk bercakap mengenainya.
.
Bukan kerana kedekut berkongsi ilmu tentang amalannya. Tetapi bagi wanita kelahiran London, England itu, dia berpendapat, apa yang dirasakan baik bagi dirinya, tidak bermakna bagus untuk orang lain.
“Saya sebenarnya tidak suka menjawab soalan begini walaupun menerima banyak pertanyaan tentangnya dalam Twitter.
“Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain. Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?” katanya.
Hanya selepas dipujuk, Sofia akhirnya memberitahu dia sudah menukar menu pemakanannya kepada makanan berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) sejak tujuh tahun lalu.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak,” katanya.
.
Pemenang Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 itu bagaimanapun seakan menolak pujian yang mengatakan dirinya masih kelihatan muda kerana kulit wajahnya sudah pun mempunyai garis-garis kedutan halus.
“Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun.
“Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif. Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita,” katanya.
.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak buat rawatan kecantikan lain, dah memang natural beatuy Datin Sofia Jane.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...