Cemburu dan perasaan amarah jangan dibuat main.Boleh menyebabkan tindakan diluar batasan.Gara-gara berang dan cemburu selepas suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, seorang isteri bertindak kejam apabila memukul kepala lelaki itu dengan tukul besi sebelum menggantung mayat mangsa di siling rumah.
Wanita, 26, itu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di rumah mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas rahsia lelaki itu menjalinkan hubungan sulit terbongkar.
Surya.co.id melaporkan, kerana terlalu berang, suspek mengambil tukul besi lalu memukul kepala suaminya.Dia kemudian memukul kepala suaminya buat kali kedua menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Ads
Berlakon Mangsa ‘Bunuh Diri’
Kerana panik, wanita itu menggantung suaminya dengan tali di atas siling di ruang tamu rumah mereka dan berlakon seolah-olah mangsa membunuh diri. Ketika kejadian, dua anak pasangan itu yang masih kecil tidur di dalam bilik dan tidak mendengar pergaduhan berkenaan.
Ketua Polis Karangpilang, Noerjano memberitahu, helah wanita itu terbongkar selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada kepala mangsa.
Ads
“Kepala mangsa tidak berdarah ketika dipukul dengan tukul besi, tetapi bedah siasat mendapati tempurung kepalanya pecah dan ada darah beku di dalamnya.
“Mangsa dipercayai mati akibat digantung oleh isterinya itu,” katanya yang dipetik Surya.co.id, semalam.
Katanya, ketika disoal-siasat suspek mengaku dia memukul suaminya kerana berang selepas mendapati lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Ads
“Ini bukan satu pembunuhan terancang kerana pergaduhan ini berpunca daripada api cemburu,” katanya.
Pesanan buat para suami, jangan dibuat main, bila wanita dan para isteri mulai cemburu dan terlampau marah.Lebih-lebih lagi bila ditipu dan kepercayaan dikhianati. Segala tindakan diluar batasan boleh berlaku.Hati-hati iya.
Diet suku-suku separuh ini antara diet yang seimbang, sedap menunya dan paling penting tak buang nasi dalam makanan harian mak-mak. Sebaliknya berkesan sungguh untuk buang LEMAK!
Menu diet suku-suku separuh ini dikongsikan oleh Siti Rohayatul Husni Moktar (Kak Chik). Bila ketika usianya baru 29 tahun, beratnya sudah mencecah 90kg.
“Masa itu masalah kesihatan dah mula tunjukkan tanda-tandanya. Period jadi tak teratur, tumit pun mula sakit.”
Akhirnya wanita ini tekad amalkan diet suku-suku separuh. Dan dalam tempoh 8 bulan, dia berjaya membuang 40kg lelemak degil dalam badan dan mendapatkan berat terkini 50kg.
“Kak Chik dah dapat BMI normal. Kak Chik dah berjaya lost sebanyak 40kg. Berkat usaha selama ini. Kak Chik happy.”
Tq Cik Husband yang banyak bagi semangat Tq Geng dietku Tq Mak dan famili serta sifu-sifu Tq Kepada yang menghina saya selama ni, “Kerana kutukan anda saya bangkit,”
Catatan Detail Berat Kak Chik
Berat untuk hari ini : 50kg
Body fat : 23%
Tinggi : 160 cm
20 Tip Turun Berat Dengan Diet Suku Suku
Kak Chik kongsi 20 tip untuk anda di luar sana:
1. Cuba diet rendah kalori.
2. Perhatikan pengambilan kalori.
3. Minum air masak dengan secukupnya. Terutama sebelum makan. Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan putih (~yang penting ambil air dari asas yang bersih tau. Barulah terhindar dari sebarang penyakit. Jom minum air Coway bersama Kak Chik.
Tahukan anda minum air putih ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Manfaat air putih juga bukan sekadar untuk tubuh badan tapi amat bagus untuk kecantikan, ianya dapat melembapkan & menyegarkan kulit.
Amalkan air putih yang banyak dari air manis ~)
4. Lupakan diet dan makan secara seimbang. Apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet. Anda akan tertekan.
5. Banyakkan protien. Protien memainkan peranan utama dalam proses mengurangkan berat badan.
6. Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi.
7. Tidur dengan cukup 8 jam sehari. Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup punca terjadinya obesiti.
8. Buat sedikit senaman.
√ Aerobik
√ Cardio
9. Katakan tidak pada gula. Pertama gula semula jadi sangat bagus. Yang wujud dalam buah dan sayuran patut kita amalkan. Atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan dengan stevia atau palsweets.
Semakin kurang pengambilan gula tambahan. Semakin sihat tubuh anda.
10. Banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian kita. Sayur dan buah adalah makanan terbaik yang wujud di muka bumi kita. Ia rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.
11. Teh Hijau (Kak Chik guna Ahmad tea). Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh Hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
12. Minum air kopi (tanpa gula). Sebelum memulakan senaman Kak Chik minum untuk lebih bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.
13. Jangan berlapar. Bila anda berlapar, anda akan makan lebih banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan. Metabolisma akan menurun.
14. Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh (Kecuali air gas yang zero kalori tu)
15. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
16. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
17. Minum susu sebelum tidur. Kita ikut cara sunnah. Banyak manfaat antaranya melancarkan saluran pembuangan, tidur lebih nyenyak dan lain-lain.
18. Ikut sunnah Nabi kita berhenti sebelum kenyang.
19. Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari.
20. Last tips usaha dan tekad. Anda pasti berjaya. Tekad merupakan motivasi kuat dari niat yang ada dalam diri. Tekad ini sebenarnya modal utama yang sangat diperlukan bagi seseorang yang akan memasuki dunia usaha.
Menu Diet Suku Suku Separuh Yang Kak Chik Makan
Di sini adalah contoh menu-menu untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku suku separuh. Kalau betul-betul ikut menu dalam ni iaitu kurangkan garam ,minyak dan gula boleh lost sebulan 5kg.
Sarapan Pagi
Makan Tengahari
Makan Malam
Snack/Tea Time
Menu Lain-lain
Sebab Kak Chik Diet, Suami Pun Ikut Sama.. Lihat Hasilnya
Gambar terkini
Paling Penting! Diet Tak Perlu Stress
Yang penting diet tak perlu stress. Pelbagaikan menu supaya kita tak mudah bosan dan tak selalu cheat. Tip saya yang paling utama adalah SABAR!
Percayalah, dengan kesabaran anda akan dapat ganjaran paling bermakna dalam diri hinggakan tak kan percaya ‘Aku dah kurus’. Diet tak makan nasi rugi weh.
Aminkan Doa Ini
Jom kita sama-sama kurus dan sihat. Sekian terima kasih coretan daripada Kak Chik. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri.
Ya Allah…
Terima kasih atas semua nikmat yang telah diberikan untukku. Diberi kesihatan yang baik. Bantulah kami mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah dengan baik kepadaMu. Pimpinlah kami ke jalan yang diredhaiMu. Murahkanlah rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami, ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat kami. Dan peliharalah kami dari seksa neraka.
Rupanya perap ikan bilis dengan cuka makan seketika adalah petua bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan. Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Nur Hazwanie Ishak ini.
“Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.”
Bahan-Bahan:
Ikan bilis
Cuka makan
Cara-Caranya:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Tips Elakkan Minyak Agar Tidak Terpercik Ketika Menggoreng
Masukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian teruskan menggoreng.
2.Masukkan sekeping asam gelugur ke dalam minyak. biarkan sekejap. Keluarkan asam gelugur ketika hendak menggoreng.
Selamat pengantin baru Uyaina & Raja Syahiran, tarikh 21 Disember amat bermakna buat pasangan ini apabila telah bernikah pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard.
Selamat Pengantin Baru Uyaina & Raja Syahiran
Pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah dinikahkan oleh abang kandung Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini.
“Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” ungkap Uyaina seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Mas Kahwin Sebentuk Cincin & Gelang Tangan Emas
Raja Syahiran juga telah menghadiahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas.
Namun pasangan ini telah memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.
Ditanya tentang perancangan selepas bergelar suami isteri, pasangan ini bercadang mahu melawat keluarga yang tidak dapat menghadiri majlis mereka.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ungkap Uyaina.