Bagi mak-mak yang pandai jahit langsir, kena ambil tahu juga formula cara kiraan jahit tali pengikat langsir juga. Bukan apa, jika main agak-agak je, tu yang tali pengikat langsir ni boleh jadi terpanjang sangat atau terpendek. Jika ikut kiraan yang betul, barulah langsir yang dipasang elok kemas tergantung.
Fahamkan perkongsian daripada Tukang Jahit, Anuar Chik ini sebagai rujukan;
Cara jahit tali pengikat langsir cara saya. Formula cara kiraan tali. Lebar tingkap ÷ 4 + 5 inci = Panjang Tali
Bahan-Bahan:
Kain + Kain Gam ikut panjang tali.
Cara Membuat:
1.Potong kertas gam keras ikut ukuran dan bentuk yang kita mahu. Selepas itu iron kan atas kain yang dilipat dua. Lebihkan 3 inci panjang kain dari ukuran tali. Tepi 2 inci, bucu tajam 3 inci.
2.Dah gosok mula jahit satu tapak bahagian atas sebelah depan tali.
3.Dah jahit lipat dua kain tu di hujung macam ni.
Ads
4.Jahit tepi ikut bentuk kertas gam tu.
5.Pastu potong lebihan kain dan tinggal basi dalam 1 cm.
MW: Terima kasih berkongsi tutorial tali pengikat langsir ini. Barulah kemas, dan nampak elok. Tak lah terlalu panjang atau terpendek pula bila ‘ikat’ langsir nanti.
Kebiasaannya jika nak tanam pokok cili, boleh semai dari bijinya atau anak pokok.Rupanya kita boleh juga tanam pokok cili menggunakan keratan pucuk, malah elok subur berbuah.Ikut cara yang dikongsikan ini.
1. Cari pucuk yang agak keras sikit, selepas itu cucuk je dalam bekas semaian.Boleh guna peatmoss atau tanah merah atau tanah selut pun boleh.Saya guna tanah pasir kampung je.
2. Letakkan di tempat teduh sehingga keluar akar dan pucuk baru beserta buah.
3. Kalau ada penggalak akar boleh guna (celup penggalak akar sebelum tanam), kalau tak ada pun tak apa dan jangan lupa siram setiap hari atau 2 ke 3 hari sekali.
Mingguan Wanita: Baru tahu, rupanya nak semai cili selain biji benih dan anak pokok, boleh juga gunakan keratan pucuk. Memang lebih mudah, elok pokok subur malah berbuah merimbun.
Nikmatnya dapat makan puding karamel sejuk yang sedap dan cantik licin kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik, puding karamel ni jadi berongga, berbuih dan tak licin.Tip paling penting pukul adunan cukup sekadar ia larut dan sebati.
(Bahan-bahan untuk Gula Karamel):
1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
3 sudu besar air
(Bahan-bahan untuk puding):
5 biji telur, saiz B
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2.Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk.
4.Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
5.Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
6.Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
Tip Ekstra:
(Kaedah ‘water bath’)
Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Puding Karamel yang sedap dan cantik licin tak berongga.Pastikan jangan terlebih pukul sehingga berbuih, dan kacau sekadar adunan larut dan sebati sahaja. Boleh ikut kaedah dan resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk.
Biasannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Lebih-lebih lagi jika jenis periuk yang sering digunakan dan bertahun-tahun lama usianya.
Sebenarnya ada petua mudah dan berkesan untuk pastikan periuk yang digunakan tetap cun melecun dan bersih berkilat. Iaitu menggunakan lebihan sabun mandi (buku/ketul) dan sental dengan berus dawai besi keluli halus.
Petua berkesan ini dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat sebagai rujukan.Periuknya yang telah berusia 22 tahun masih kelihatan cun melecun, tahan lama dan bersih berkilat macam baru.
Berikut perkongsian tersebut.
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je:
1.Rendam besi keluli dengan sabun mandi Dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih.
2.Selepas itu boleh lah sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3.Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, hangus dan berkerak tebal. Kalau payah nak bersihkan dan nak jadi berkilat tu boleh cuba petua sabun mandi yang dikongsikan ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.