Dalam keadaan sekarang ini, mungkin ramai yang tidak boleh keluar rumah, hilang pekerjaan sehingga terputus bekalan makanan.. Dengan adanya foodbank untuk tolong sesetengah orang yang memerlukan sekurangnya dapatlah meringankan beban.

Foobank untuk tolong golongan yang putus bekalan makanan kerana mungkin akibat hilang pekerjaan dan tiada pendapatan, sudah tentulah melegakan bagi setengah pihak. Bantuan-bantuan ini sangat diperlukan dalam keadaan sekarang ini.

Semestinya dengan foodbank untuk tolong mereka yang memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas percuma ini sangat-sangat digalakkan. Banyak pihak tertentu terlibat dan bekerjasama bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

Kebanyakan foodbank untuk tolong mereka yang memerlukan ini, biasanya kita lihat di stesen minyak, surau, masjid, kawasan perumah oleh komuniti penduduk dan sebagainya. Cantik tersusun bahan makan dan terlihat dalam tulisan agar mengambil apa yang kita perlukan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil kesempatan dengan foodbank yang diletakkan di kawasan tertentu. Inilah yang sering kita lihat, ada orang yang mengambil lebih daripada apa yang diperlukan. Sampaikan ada yang ambil tanpa memikirkan orang lain.

Inilah yang dikongsikan dalam Sembang Wanita, di Fb Live Mingguan Wanita dengan tajuk, ‘Kaut Foodbank, Ingat Sikit Orang Belakang’. Dalam memberi bantuan kepada yang mmerlukan, ada orang yang mengambil kesempatan. Lebih teruk lagi ambil apa saja yang diletakkan pada foodbank tersebut.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Projek FOODBANK Radin Era “Tak Perlu Kaya Untuk Buat Orang Lain Bahagia”

Food Bank “Mereka Yang Benar Perlu Boleh Ambil Sahaja. Free Jer” Ustaz Ebit Lew

Info Menarik Lagi DI SINI

Foodbank Untuk Tolong Yang Memerlukan

Sebenarnya, kempen foodbank ini sendiri sudah cukup baik kepada mereka yang ingin memberi bantuan bahan makan dan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan. Namun, ada juga yang tidak sedar sehingga ambil tanpa memikirkan orang lain.

Dalam temubual Hana Ismail bersama Abe Long atau Tuan Mohd Shariman ini turut dipersetujui oleh Abe Long tentang kempen ini cukup cantik untuk memberi sedekah. Tapi, diambil kesempatan oleh orang yang tamak.

Ads

Foodbank Untuk TOLONG Apa Diperlukan Bukannya Ambil Kesempatan Atas Bantuan Diberi

Biasanya, bila ada foodbank tentulah, sesiapa yang memerlukan bleh ambil bila-bila masa, tanpa kawalan dan bebas tan sebarang peraturan.

Dek kerana pemikiran yang melebihi daripada akal membuatkan seseorang itu mengambil lebih daripada apa yang diperlukan.

Menarik apa yang dicadangkan oleh Abe Long bila kempen foodbank ini tidak perlu diletakan bahan makanan atau keperluan asas, sebaliknya:

CADANGAN:

  1. Beri kupon pada yang memerlukan dan boleh tuntut di kedai runcit yang telah disenaraikan.
  2. Letakkan sukarelawan dan tempoh tertentu. Cara ini boleh diwar-warkan pada gorup kumpulan komuniti, kawan-kawan dan sebagainya.
  3. Boleh juga tetapkan kepada ambil barang yang diperlukan sahaja. Mungkin 5 jenis makanan yang diperlukan.

Apa yang menarik dalam kupasan ini adalah tentang kesedaran pada jiran-jiran yang memerlukan bantuan. Hidup dalam suasana kejiranan, kita kena cakna untuk ambil tahu jiran tetangga.

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang topik ini, bolehlah ikuti kupasan daripada pakar motivasi terkenal, Abe Long atau Tuan Mohd Shariman dari Excite Learning Consultancy dan Hana Ismail dalam Sembang Wanita.

Ads

Jangan lupa saksikan Sembang Wanita di FB Live Mingguan Wanita dengan toik yang menarik dan hangat pada setiap hari Jumaat, jam 3 petang.

 Baca Menarik Lagi Di SINI: Bergelar OKU, Tidak Halang Amir Beri BANTUAN Dari Hasil Titik Peluh Sendiri

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Ads

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

TwitterMingguan Wanita

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI