Alhamdulillah berkat Hari Jumaat, diraikan penuh kesyukuran dan kegembiraan buat pasangan pelakon Fasha Sandha,36 dan Aidil Aziz,32. Baru sebentar tadi Aidil Aziz telah memuat naik berita gembira apabila isteri tersayang telah selamat melahirkan cahayamata pertama mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram Aidil, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur apabila bayi mereka selamat dan berada dalam keadaan sihat. Lebih istimewa, Aidil sanggup cuti selama sebulan demi menjaga isteri tersayang sekaligus menghargai pengorbanan isteri bertarung nyawa.
Cuti Sebulan Jaga Isteri Pantang
Dalam perkongsian tersebut, Fasha dan Aidil telah menimang cahaya mata perempuan pada hari Jumaat bersamaan dengan 7 Ogos 2020. Aidil juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada isterinya yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka serta menyatakan akan mengambil cuti selama sebulan demi menjaga isteri ketika sedang berpantang.
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 30 Mac 2019. Ia merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kali kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli,7 dan Putri Raysha Jemaima,6.
Kuatnya semangat dan pengorbanan wanita ini menjaga suami yang sakit berpunca daripada alergik dengan ubat.Apatah lagi sakit yang diuji cukup susah dirawat dan jarang dihidapi.Suami yang dulu sempurna fizikalnya kini hidup dalam keadaan orang kurang upaya.Bukan semua wanita yang bergelar isteri mampu menggalas tanggungjawab dan pengorbanan ini.Harapannya hanya satu, agar suami tersayang dapat melihat semula walau hanya sebelah mata.
Perkongsian oleh wanita ini melalui status di laman facebooknya Nurr Hidayah Hassan cukup bermakna.Ramai yang tumpang simpati pada masa yang sama turut mengagumi ketabahan dan kecekalan wanita yang tetap bersama dan menjaga suami ketika bertarung nyawa melawan sakit sehinggalah kini beransur sembuh.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Bila tak boleh tidur mula lah belek-belek gambar..Gambar ni masa awal-awal lepas suami beransur pulih…masa baru buat fb ni takut nak upload sebab saya tak nak orang kutuk suami saya, tiap kali upload gambar berdua pasti saya tutup muka suami, tiap kali tu juga lah orang tertanya-tanya kenapa tutup muka kenapa tutup muka.
Sampailah satu saat saya tunjuk muka suami, semua terkejut, semua nak menangis dengan dugaan yang saya alami.Tapi apa nak kata Allah masih sayang saya.Masih sayangkan perkahwinan kami yang degil ni.
Dari hari ke hari kulit semakin pulih.
Cuma keadaan mata yang semakin teruk.
Moga ada keajaiban aminn.
Tak pernah tak sayang.
Cinta halal kasih sampai syurga jannah.Aminnnnn.
Steven Syndrome Johnson
Buat yang tak tahu lagi sakit suami saya, suami saya bukan sakit kulit ye, punca dari sakit mata alergik dengan ubat terus burn satu badan,alergik yang paling teruk Steven Syndrome Johnson (boleh google kalau tak faham) sakit yang jarang orang kena dan sakit yang susah dirawat.Jangan tanya banyak-banyak malas nak jawab lagi.
Allah memberi sakit, Allah la penawar 1001 sakit dalam dunia ini.Allah uji sebab Allah sayang pada hamba-hambaNya.. Aminn.. Moga aku kuat untuk harungi masa akan datang.Jauh lagi perjalanan kami.. Hasbunallahuawanikmalwakil..
Jangan Mengeluh Ketika Diuji
Doakan mata suami saya dapat melihat macam dulu ye, dapat sebelah pun jadi lah..
Jangan mengeluh jika diuji sebegini,
Bersyukurlah.Jika kita rasa apa yang Allah duga ini sangat teruk, ada yang lagi teruk dari ini.
Saya redha saya ikhlas saya tak dendam,
Saya nak suami dapat melihat macam dulu walupun sebelah mata, dia tak dapat keje pun saya tak kesal, janji dia dapat melihat isteri dia yang comel ni.
Duit boleh dicari, kasih sayang sampai mati.
Gambar Awal Tahun
Gambar-gambar yang kamu tengok tu gambar awal tahun ni, yang dimana suami saya admit 20/1/2017 discharge 3/3/2017.
Pic yang saya masukkan di hspital hanya pic yang boleh saya kongsikan sebagai seorang isteri yang berpengalaman menjaga suami yang sedang bertarung nyawa untuk melawan sakit akibat daripada alergik ubat.
Cuma pada awalnya saya tak memviralkan kes suami saya sebab keadaan suami yang sangat mengaibkan (wajah suami ketika dalam icu).Yang mana tahu, tahulah, tak perlu saya kongsi gambar-gambar suami pada awalnya..cukup gambar-gambar yang sedia ada yang saya sudi share, sekarang keadaan suami luaran memang nampak ok tapi dalaman hanya Allah saja yang tahu.
Hilang Punca Pendapatan
Disebabkan alergic ubat suami saya kehilangan penglihatan, suami saya hilang punca pendapatan, suami saya tak boleh sara kehidupan kami, suami saya tidak boleh bekerja.
Saya tidak minta simpati, saya memang jenis suka share aktiviti saya di media social, tak sangka pula menjadi viral.
Tapi hati isteri mana tak sedih melihat suami yang dulu sempurna fizikalnya kini hidup dalam keadaan orang kurang upaya.Cukup anda tahu seburuk mana suami saya, saya takkan tinggalkan dia, saya akan jaga suami saya sampai akhir hayat saya..Cuma doakan lah suami saya dapat melihat seperti dulu walau hanya sebelah mata. Orang tak lalui apa yang saya rasa.. Terima kasih diatas doa-doa kamu semua.
Buat wanita ini, team Mingguan Wanita doakan semoga terus cekal dan tabah dalam menjaga suami tersayang. Semoga Allah membalas segala pengorbanan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda hendaknya.
Menulis dengan kedua belah tangan serentak kiri dan kanan ini jarang berlaku pada seseorang individu. Jumlah mereka tak ramai, nisbahnya 1 dari seratus orang. Mereka yang alami kelebihan ini dipanggil ambidextrrous.
Wanita ini, Yusalma Azzahra seorang ambidextrous survivor ini juga pernah berhadapan peristiwa pedih dalam hidupnya semasa kanak-kanak. Sebab itu, hari ini beliau kongsikan agar mak ayah tak salah faham.
Jika ada anak yang cenderung menulis dengan kedua belah tangan, mereka bukan ‘pelik’ atau pemalas. Tetapi mereka ambidextrous dan perlu dibantu.
Mereka Kata Saya Pelik, Tulis Dengan Kedua Belah Tangan
Ketika kecil saya boleh menulis dan mewarna dengan kedua dua tangan. Biasanya semasa tadika saya akan siapakan kerja rumah dengan menulis abc guna tangan kiri, tangan kanan akan mewarna buku latihan. Kadang kadang dua dua tangan menulis bagi untuk cepat siapkan kerja rumah. Saya ingat semua orang boleh buat begitu.
Ketika darjah satu, saya di ejek. Mereka ejek saya pelik. Ketika itu juga saya tidak tahu mengeja dalam bahasa melayu, di tadika Montessori saya lebih kepada belajar bahasa Inggeris dan Mandarin.
Guru pun memberitahu, “We use right hand for writing and drawing”. Saya tidak boleh bezakan tangan kiri dengan tangan kanan, balik ke rumah saya tengok ayah saya menulis dan saya ikut menulis menggunakan tangan yang sama sampai sekarang iaitu tangan kiri!
Hanya semasa darjah 3 saya dapat bezakan tangan kanan dan kiri. Sebab selalu di ingatkan tangan menulis tangan kanan, tangan menulis tangan kanan, tangan menulis tangan kanan. Hanya semasa darjah 2 saya boleh mengeja dalam bahasa Melayu dengan lancar. Tetapi secara tak sedar saya sudah lupa bagaimana bercakap dan menulis dalam Mandarin.
Jangan Sampai Jadi Mangsa Ejekan Rakan Lain
Mungkin kerana kurang latihan dan bercakap, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan. Seingat saya apa yang menimpa saya ini bukan sesuatu yang menarik perhatian keluarga dan pihak sekolah.
Hanya baru baru ini saya tahu golongan yang boleh menulis dengan kedua dua tangan ini dipanggil Ambidextrous. Sekarang saya cuba menulis tangan kanan, boleh sikit sikit tapi kurang cantik berbanding dahulu.
Cuba anda perhatikan anak atau orang di sekeliling anda, ada tak seperti saya? Lindungi mereka dari mangsa ejekan dan rasa rendah diri kerana ketika itu saya rasakan kelebihan itu seperti kecacatan.
Sekarang di India ada sekolah yang mengajar murid menulis menggunakan kedua-dua tangan tau
Tip basuh baju putih ini memang khas buat mak-mak yang ada anak sekolah atau suaminya yang bekerja pakai kemeja putih. Ya, mudah dan tak payah gigih berus di bilik air sebab masuk mesih basuh pun baju putih akan cuci bersih tanpa kotoran.
Macam mana nak buat, anda kena cari bahan yang dikongsikan Puan Zakiah Hassan ini dulu…
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-cara Basuh Baju Putih:
1. Lemporkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.
Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR..kohkohkoh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!