Beberapa hari lalu penyanyi Farawahida telah berkongsi foto majlis pertunangannya menerusi akaun laman sosialnya yang ternyata mengejutkan ramai peminat.
Memilih tarikh yang sama dengan hari kelahirannya, pelakon yang berasal dari Taiping, Perak ini kemudian mengumumkan dia telah selamat bergelar isteri buat kali kedua.
Untuk rekod, Farawahida sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.
Bagaimanapun status rumah tangga mereka mula menjadi bualan pada 2017 apabila Fara tidak lagi berkongsi gambar suaminya di media sosial.
Farawahida Rasa Syukur Selamat Bernikah Dengan Zulkifli
Pada tanggal 19 Mac Farawahida telah berkongsi berita gembira menerusi Instagram miliknya, malah wanita ini juga turut meluahkan rasa syukur apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Zulkifli.
Ads
“Alhamdullilah, hari ini saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.
“Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagiaan ini sampai hingga ke Jannah. Amin,” tulisnya serba ringkas.
Muat Naik Foto Bersama Suami
Ads
Dalam pada itu, penyanyi yang dikenali dengan lagu Tanpamu itu berkata, dia akan memberikan kenyataan lanjut selepas majlis tersebut selesai.
“Untuk rakan-rakan media yang saya hormati majlis masih lagi berlangsung, segala statement akan diberi setelah majlis selesai. Terima kasih,” ujarnya beserta muat naik fotonya bersama suami.
Keluarga wanita kena tikam dengan bekas tunang beri nasihat pada gadis, hati-hati memilih pasangan. 29 Mei lalu, berlaku satu kejadian bunuh melibatkan seorang gadis di sebuah pusat beli belah di Sabah.
Dalam kejadian menyedihkan itu, Nurul Ain Silien, 22, gagal diselamatkan oleh pasukan perubatan selepas tikam lapan kali oleh bekas tunangnya, Chung King Fung, 32 yang kini menghadapi tuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dua hari lepas.
Keluarga Wanita Kena Tikam Dengan Bekas Tunang Beri Nasihat Pada Gadis
Abang kepada arwah memaklumkan di fbnya @Mijul ERA bahawa tertuduh tidak dibenarkan ikan jamin dan dibawa terus ke Penjara Kepayan sementara menunggu keputusan untuk disabitkan kesalahan kes akan sambung bicara balik pada 11 Julai 2023 ini.
Di sebalik kejadian menyedihkan menimpa Nurul Ain yang ditemui terlentang di atas lantai dengan beberapa kesan tikaman, ahli keluarganya berharap keadilan bagi kes anak mereka.
Bahkan semasa mengadakan kenduri tahlil arwah untuk adik kesayangan mereka ini, abangnya turut menitipkan pesanan dari bapanya kepada mana-mana wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati memilih pasangan hidup mereka di masa hadapan agar perbuatan kejam yang berlaku pada mereka ini tidak terjadi kepada orang lain.
Hati-Hati Memilih Pasangan
Namun kes ini menarik perhatian kerana sehari sebelum kejadian bunuh, arwah dan ibunya ada membuat laporan polis kerana tertuduh dipercayai memarahi mangsa termasuk mengugut untuk memukulnya namun mereka sekeluarga tidak diberikan “panduan” dari pihak berkuasa berkaitan laporan tersebut dan masa yang sama tiada tindakan diambil terhadap ugutan bekas tunang.
Memetik laporan Harian Metro, pihak polis akan melakukan siasatan jika berlaku ketidakcapaian anggotanya dalam hal ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan menyiasat sekiranya berlaku ketidakcapaian standard dalam siasatan laporan mangsa bersama keluarganya yang berakhir dengan pembunuhan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, sekiranya siasatan tidak mencapai standard, tindakan tatatertib akan diambil.
“Memang betul ada laporan polis (dibuat mangsa dan keluarganya). Kita akan menyiasat apa tindakan yang dilakukan dari segi siasatan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Terdahulu, keluarga kepada Nurul Ain Silien, 22, yang dibunuh di pusat beli-belah, di sini, 29 Mei lalu, membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa dalam menangani laporan dibuat mereka sebelum pembunuhan itu.
Laporan polis itu dibuat ibu mangsa, Datuk Siti Aminah Jabarhan di Balai Polis Karamunsing, semalam.
Peguam mewakili mangsa, Nabila Norsahar berkata, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 28 Mei lalu selepas tertuduh dalam kes itu, Chung King Fung, 32, dipercayai memarahi mangsa termasuk mengugut untuk memukulnya.
Sementara itu, Siti Aminah berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan kes itu selain akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis.
Bagaimanapun beliau sedikit kecewa kerana mereka langung tidak diberikan ‘panduan’ selepas dia dan mangsa membuat laporan polis sehari sebelum kejadian bunuh itu.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh Nurul Ain Silien.
Mahkamah menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat dari pihak hosital serta laporan data asid deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari Jabatan Kimia.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Status sebagai isteri dan ibu bukanlah halangan untuk menamatkan pengajian seterusnya mengenggam skrol yang diimpi-impikan. Perjalanan untuk menamatkan pengajian dilalui dengan pelbagai kenangan manis buat anak sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, Nur Nadratun Naeemah Azhar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang meskipun berstatus isteri dan ibu pada usia yang masih muda.
Raih 2 ijazah
Untuk rekod, Nur Nadratun Naeemah mendirikan rumah tangga pada 6 September 2020 dengan pasangannya, Aqil Akmal. Bergelar ibu pada usia muda iaitu 24 tahun, ibu muda ini memanjatkan rasa kesyukuran selepas menerima skril Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam satu hantaran yang dikongsikan, ibu muda ini sempat berkongsi pernah meraih Anugerah Dekan ketika sedang hamil.
“Tak pernah berangan pun hendak dapatkan Dean List tapi rezeki dapat masa mengandungkan Yusuf”- Nur Nadratun Naeemah
Pengalaman hamil & bersalin ketika bergelar mahasiswa
Nadratun turut berkongsi momen indah sepanjang proses menamatkan pengajiannya ketika sedang hamil dan menganggap kenangan tersebut sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang oleh mereka sekeluarga.
Menurut Nadratun, tahun lalu dia dan suaminya melalui majlis graduasi berdua, tetapi kali ini diserikan dengan kehadiran zuriat pertamanya, Yusuf.
“Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah untuk anugerah keluarga ini.. Yusuf, terima kasih sayang teman ibu abah study masa yusuf dalam perut. Terima kasih teman ibu masuk kelas. Terima kasih tolong ibu hafal macam-macam untuk final exam. Terima kasih jugak sebab teman ibu jawab final dan bisikkan jawapan dekat ibu sampai ibu dapat DL”.
Sepanjang ibu belajar, “semester” masa mengandungkan yusuf lah Allah paling mudahkan urusan ibu belajar, Alhamdulillah 🥹❤️
Semoga Yusuf besar jadi anak yang bermanfaat untuk orang lain ye sayang.. ibu abah sentiasa doakan kejayaan yusuf dunia akhirat, Amin
Ustazah Norhafizah turut berkongsi momen meraikan kejayaan anak dan menantunya dengan menitipkan ucapan tahniah buat kedua-duanya di laman Instagram miliknya.
Alhamdulillah
🌹Tahniah anak kami @nadratun_naeemah dan @aqlkml untuk konvokesyen 2nd degree kalian berdua ( Law Syariah).
Dua degree dan seorang baby dalam tahun yang sama, Alhamdulillah . Allah mudahkan perjalanan pengajian kalian dalam kekalutan mengurus kehamilan dan kelahiran. Alhamdulillah Alhamdulillah .. semoga terus cemerlang anak-anak semua.
Ustazah Norhafizah Musa merupakan Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan di Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 2015. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Ustaz DrA zahar Yaakub dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Urusan jodoh sukar untuk diperkatakan. Siapa sangka 18 tahun hubungan terputus dan telah membawa haluan masing-masing, namun ketentuan takdir menjodohkan mereka kembali.
Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck atau lebih dikenali ‘Bennifer’ dikalangan peminat mereka dilaporkan telah berkahwin di Las Vegas, Sabtu lalu, 18 tahun selepas hubungan mereka terputus.
Menurut dokumen mahkamah, ia berdasarkan lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada, yang dilihat oleh AFP.
Berkenalan Sejak 2002
Pasangan itu berkenalan pada sesi penggambaran filem Gigli pada 2002.Hubungan mereka kemudian mendapat liputan meluas media, namun pasangan itu menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang pada 2003.
Kedua-duanya kemudian mengumumkan berpisah pada awal 2004.
Pasangan yang digelar sebagai Bennifer kembali hangat diperkatakan tahun lalu apabila gambar mereka dilihat bersama, tersebar.
Lopez, 52, dan Affleck, 49, mengumumkan pertunangan pada April lalu.
Ini adalah perkahwinan keempat untuk Lopez dan kedua untuk Affleck.
Lopez sebelum ini berkahwin dengan pelakon, Ojani Noa; penari, Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mana mereka mempunyai anak kembar Max dan Emme, 14.
Affleck pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga anak iaitu, Violet, 16, Seraphina, 13, and Samuel, 10.
Baca Lagi Di Sini:Jangan GELOJOH Dalam Mencari Jodoh, Nanti Menyesal & Kecewa Sepanjang Masa
Mingguan Wanita: Siapa sangka, 18 tahun hubungan terputus, namun kalau dah jodoh memang tak ke mana. Cinta pertama memang sukar dilupakan. Selamat Pengantin baru buat pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck.