Dari fantasi ke realiti! Ramai wanita tak jadi minta tolong abam bomba lepas lihat ini. Perarakan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke 65 tahun dua hari lalu banyak kenangan tercipta. Dari manis terselit kisah pahit terutama bagi yang kecewa tidak dapat menyaksikannya secara langsung walau sudah ada di lokasi kerana orang terlalu ramai.
Ratusan ribu orang telah membanjiri Dataran Merdeka tapi gagal masuk kerana tempat duduk terhad. Bahkan lebih ramai rela duduk di depan tv kerana lebih jelas menonton berbanding hanya nampak kaki dan kasut saja.
Paling diingati tentunya gelagat anggota keselamatan kita khususnya bagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah menayang otot bisep mereka dari atas kenderaan hingga ia menjadi viral dan mengangkat imej pasukan bomba di mata masyarakat bahawa ramainya anggota bomba kacak.
Ramai wanita-wanita teruja melihat otot kekar serta sado ditayangkan ketika perarakan itu hingga viral di media sosial. Lebih lawak ada sengaja mengepitkan jari mereka di pintu dan terus menjerit meminta tolong dari abang bomba agar segera diselamatkan. Bahkan ada yang sengaja menjerit meminta tolong walau tiada kecemasan semata-mata mahukan abang bomba datang kepada mereka.
Ekoran itu, saham anggota bomba meningkat tinggi dan turut dipanggil berkongsi kisah mereka di stesen radio hotfm semalam.
Bagaimana pun satu perkongsian dari seorang anggota bomba Shah Rizal di Tik Toknya atas nama @ejabateri mengundang lawak kerana di sebalik jeritan minta tolong itu ramai membatalkan pertolongan selepas melihat bentuk badannya yang tidak sado seperti abam-abam yang viral.
Dari komen-komen mengatakan mereka mengatakan tidak jadi meminta pertolongan darinya dan ia sesuatu yang jelas lucu kerana masing-masing berlawak melihat tubuhnya yang tidak kekar seperti abam bomba yang viral sebelum ini.
Ads
Ini kerana tidak semua anggota bomba ada lengan kekar kerana semuanya bergantung kepada senaman yang dibuat.
Memandangkan, ramai tak jadi meminta tolong, dirinya telah memuat naik gambar lamanya dan ternyata dahulu dia pun ada bentuk badan cuma tidak mengekalkannya. Diharap perkongsian lawaknya tidak sampai menjatuhkan saham anggota bomba. Apa pun lawaknya cukup bersahaja dan videonya ditonton hampir sejuta orang.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
“Ibu sentiasa memaafkan anak dilahirkannya” begitulah luahan ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail.
Namun dirinya tidak mungkin dapat memafkan keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya yang juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana.
“Ibu Sentiasa Memaafkan Anak Dilahirkannya”
Hati ibu begitu terluka apabila anaknya membelakangkan apabila bertindak bernikah satu lagi. Begitulah perasaan Datin Fatimah Ismail namun dirinya sedia memaafkan anaknya Syamsul walaupun atas segala keterlanjuran perbuatannya.
Meluahkan perasaan memetik dari laporan Harian Metro, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu menegaskan tidak mungkin dapat mengampunkan keluarga Ira Kazar yang kini sudah bergelar isteri kedua anaknya.
“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya.
“Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!” ungkap Datin Fatimah.
Lebih Sebelahkan Keluarga Isteri Kedua
Walaupun sedih namun Datin Fatimah menyatakan anaknya lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi.
“Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah.
“Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya.
“Hanya kepada Allah saya berserah.
“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.
Sebelum itu Fatimah juga ada memuat naik kemarahan menerusi hantaran terbaru di Instagram Story, terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.
“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya,” katanya.
Ramai yang suka pergi bercuti untuk menambah pengalaman hidup serta melihat negara orang. Baik travel beramai-ramai mahupun memilih kembara bersendirian secara backpackers yang dianggap lebih ringkas! Namun buat wanita yang gemar pergi travel secara bersendirian, diharapkan agar lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan pilihan lokasi negara yang ingin dikunjungi.
Baru-baru ini, seorang wanita Mexico yang berumur 25 tahun, Maria Mathus Tenorio yang memilih kembara secara solo telah mati dirogol dan dibunuh di Costa Rica. Pemuzik dan produser lagu ini pada ketika itu ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan muziknya dan telah menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya.
Namun malangnya, di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila mayatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.
Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata mayat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.
Diserang Di Tepi Pantai
Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British diserang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.
Bagaimanapun Maria diserang, dirogol dan kemudiannya dibunuh secara kejam oleh perogol itu dengan melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki merogolnya.
Jadi buat wanita lain yang gemar melancong atau pergi bercuti secara bersendirian ke luar negara, jadikan kisah ini satu pengajaran dan iktibar. Mohon lebih berhati-hati iya, jaga keselamatan diri dan pilihlah negara yang kurang berisiko dengan kes-kes jenayah.
Tragedi pusat tahfiz yang meninggalkan kesan di hati masyarakat tiga tahun lalu, kini telah mendapat pembelaannya. Remaja lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Tertuduh didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, hampir tiga tahun lalu.
Pada 28 Januari 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.
Remaja 19 Tahun Dijatuhi Hukuman
Pada awalnya kedua-dua mereka dituduh secara bersama atas kesalahan membunuh, namun pertuduhan itu dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.
Menurut pertuduhan dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.
Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan bermula pada 30 Mei 2018.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan.
MW: Semoga kesedihan ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi pusat tahfiz ini sedikit terubat dengan hukuman yang diterima tertuduh. Biar pun nyawa tak dapat diganti dengan apa cara sekali pun, namun sekurang-kurangnya kematian mereka mendapat pembelaan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...