Selama empat dekad wanita ini tak pernah rasa mengantuk, rupanya selama ini tidur tanpa menutup mata. Dia sebenarnya tidur tanpa sedar kerana dia mengalami “tidur sambil berjaga”.
Sebelum ini tular seorang wanita di Indonesia yang tak boleh tidur selama bertahun-tahun dan kini seorang wanita di Beijing, China mengaku tidak pernah tidur selama 40 tahun.
Empat Dekad Tak Pernah Rasa Mengantuk
Oddity Central melaporkan wanita itu mendakwa dia tidak pernah merasa mengantuk selama empat dekad.
Pengakuan wanita itu, Li Zhanying dari Zhongmou, Wilayah Henan disahkan suami dan jiran tetangganya.
Li mengaku kali terakhir dia tidur ketika berusia lima atau enam tahun.
Ada Yang Cuba Menguji
Beberapa tahun lalu, beberapa jirannya cuba menguji dakwaan wanita itu dengan bermain kad di bawah lampu jalan berdekatan rumah mereka pada tengah malam.
Bagaimanapun, seorang demi seorang jirannya tidak tahan mengantuk dan pulang ke rumah, tetapi Li tetap berjaga.
Suami Li, Liu Suoquin juga mengesahkan isterinya tidak pernah tidur sepanjang pernikahan mereka.
Sejak kedua-duanya berkahwin, Liu memerhatikan isterinya berjaga siang dan malam, malah melakukan pekerjaan rumah pada tengah malam.
Wanita itu memberitahu Liu, dia tidak boleh tidur sebelum lelaki itu membelikan isterinya pil tidur namun ia tetap tidak berhasil.
Menurut Bastille Post, Li mencari bantuan perubatan mengenai keadaannya, tetapi doktor tidak pernah menemui sesuatu mencurigakan.
Rupanya Selama Ini Tidur Tanpa Menutup Mata
Akhirnya, Li mengunjungi pusat perubatan di Beijing, misteri tidak tidurnya yang berlaku puluhan tahun akhirnya terbongkar.
Ads
Kumpulan doktor menggunakan alat pengesan canggih untuk memantau wanita itu selama 48 jam dan menemui dia sebenarnya tidur namun tidak seperti kebanyakan orang.
Data yang dikumpulkan selama pemantauan gelombang otak selama 48 jam menunjukkan Li sempat tidur seperti orang biasa.
Menurut pasukan itu, Li sebenarnya tertidur walaupun matanya tidak tertutup, malah boleh berbual dengan suaminya.
Pasukan doktor menggambarkan fenomena itu dikenali sebagai ‘tidur sambil terjaga’ di mana beberapa saraf dan organ Li Zhanying masih aktif selama dia tertidur.
Oddity Central melaporkan, keadaan itu sama dengan sleepwalking atau tidur sambil berjalan.
Ads
Pasukan doktor itu mengatakan Li sebenarnya tertipu oleh otaknya sendiri.
Ketika dia berehat, sebahagian tubuhnya memasuki fasa tidur dialami semua manusia tanpa menutup matanya.
Mingguan Wanita : Susah juga tidur tanpa tutup mata, rasa macam tak tidur pun ada. Semoga penyakit wanita ini dapat disembuhkan segera.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Ads
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Sedapnya resipi Ayam Perap Mayonis ini. Jika mak-mak jemu selalu buat ayam menu yang sama je, boleh cuba resipi mudah ini.Pastinya menjilat jari. Rasa perapannya yang sempurna dengan keenakan mayonis yang berlemak, ia cukup sesuai digoreng atau di bakar begitu sahaja.
Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.
Sudah tentu ini merupakan langkah terbaik untuk menghentikan penularan virus COVID-19 ini. Penduduk di dua kampung di Simpang Renggam ini tidak dibenarkan keluar rumah dan bekalan makanan asas akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh PKPD.
Kerajaan memutuskan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid Simpang Renggam, Kluang, Johor selepas kawasan berkenaan mencatatkan 61 kes positif Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, perintah itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 9 April 2020.
“PKPD ini melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan yang terdiri daripada 650 keluarga,”katanya.
Menurutnya, dengan pelaksanaan PKPD, semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan.
“Pelawat dan bukan penduduk tempatan tidak dibenar masuk ke kawasan tersebut dan semua aktiviti perniagaan dihentikan,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membekalkan makanan asas kepada semua penduduk tempatan.
“Bekalan makanan asas mencukupi untuk tempoh 14 hari,” katanya.
Badan Beruniform Bekerjasama
Ismail Sabri berkata, bagi memastikan pematuhan perintah itu, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam dan RELA akan mengawal seluruh kawasan berkenaan.
“Kesemua laluan pintu masuk kampung dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid ditutup. Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD,” katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihati untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
Penduduk Diminta Bertenang
“Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434,” katanya.
KKM telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan Covid-19 di Daerah Kluang, Johor.
Daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari dua kawasan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
MW: Diharap penduduk-penduduk di dua kawasan ini bersabar dan dapat mematuhi PKPD ini sebaiknya. Semoga Allah melindungi mereka dan kita semua. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiga beradik meninggal dalam perigi. ‘Lebih rela mati daripada diseksa suami, mertua’. Akibat terus-terusan didera emosi, wanita-wanita ini memilih untuk menamatkan nyawa daripada meneruskan hidup.
Benarlah bila keadaan mendesak membuatkan wanita lebih rela mati. Mereka adalah mangsa pertikaian wang hantaran daripada pihak keluarga lelaki di India.
Tiga Beradik Meninggal Dalam Perigi
Kasihan sungguh dengan nasib mereka apabila terpaksa menjadi korban kepada budaya dan adat di sana. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.
Tiga beradik perempuan dan anak mereka di India, ditemukan mati di dalam sebuah perigi.
Mereka sempat meninggalkan pesanan menyalahkan keluarga yang mengahwinkan mereka dengan lelaki ‘tidak berguna’.
Tiga beradik ditemui meninggal bersama anak mereka. (Kredit foto: cbsnews.com).
NDTV melaporkan, Kalu, Kamlesh dan Mamta Meena menjadi mangsa pertikaian mengenai hantaran kahwin, wang yang perlu dibayar ibu bapa di India untuk mengahwinkan anak perempuan mereka.
Mangsa dilaporkan berkahwin dengan saudara lelaki daripada keluarga sama.
Mereka juga tinggal di kediaman sama tetapi mengalami keganasan berterusan daripada suami dan mentua mereka, menurut saudara mara ketiga-tiga mangsa.
Daripada DiSeksa Suami & Mertua
Tiga beradik berkenaan termasuk bapa mereka didera secara berterusan kerana gagal memenuhi tuntutan suami wanita terbabit untuk mendapatkan lebih banyak wang.
Ketiga-tiga mereka ditemukan meninggal dunia bulan lalu berhampiran rumah di sebuah kampung di pinggir Jaipur, bersama anak lelaki Kalu berusia empat tahun dan bayinya.
Kamlesh dan Mamta pula dilaporkan mengandung.
“Kami tidak mahu mati tetapi kematian lebih baik daripada sering didera mereka. Ipar duai kami punca kematian kami,” katanya.
Mingguan Wanita : Sedih sungguh dengan pengakhiran hidup mereka. Perkahwinan sepatutnya mengubah hidup wanita menjadi lebih bahagia bukannya menambah derita.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...