Sumber Foto : @amirnaufalphotography

Elisya Sandha kini menantu Sheila Rusly. Pelakon yang juga adik kepada Fasha Sandha, Elisya Sandha, 21,  dan Uzair Haqimy, 25 yang juga anak sulung Sheila, Uzair akhirnya selamat bernikah semalam.

Pasangan berkenaan ini dinikahkan kira kira jam 3.11 petang di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah. Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tersebut, Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.

Elisya Sandha Kini Menantu Sheila Rusly

Elisya Sandha Kini Menantu Sheila Rusly “Tertarik Dengan Uzair Kerana Sikapnya Menjaga, Menyayangi Keluarganya”

Adik perempuan kepada Fasha Sandha seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online menerangkan perancangan majlis asalnya pada 22 Februari 2022.

“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir. Dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

“Dengan situasi pandemik COVID-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian mendadak naik, segala segalanya perlu dipercepatkan.

“Termasuk dalam soal membina masjid ini. Kita dahulukan yang wajib dahulu.  Insya-Allah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis. Cuma tarikhnya belum tahu lagi,” kata ungkap Elisya.

Ads

Elisya Sandha Kini Menantu Sheila Rusly “Tertarik Dengan Uzair Kerana Sikapnya Menjaga, Menyayangi Keluarganya” Elisya Sandha Kini Menantu Sheila Rusly “Tertarik Dengan Uzair Kerana Sikapnya Menjaga, Menyayangi Keluarganya” Elisya Sandha Kini Menantu Sheila Rusly “Tertarik Dengan Uzair Kerana Sikapnya Menjaga, Menyayangi Keluarganya”

Cara Pantas Fasha Sandha LIPAT BAJU Kemas & Teratur, 5 Saat Siap!

Elisya Sandha Tunangan Anak Sheila Rusly “Sebagai Ibu Saya Gembira, Mereka Saling Melengkapi & Memahami”

Berhijab “Saya Masih Lagi Belajar, Berikan Saya Masa” – Fasha Sandha

Ads

Elisya Sandha Kini Menantu Sheila Rusly “Tertarik Dengan Uzair Kerana Sikapnya Menjaga, Menyayangi Keluarganya”

 Uzair Suami Yang Bertanggungjawab

Menyentuh tentang suaminya, Elisya menyifatkan Uzair sangat bertanggungjawab.

“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya menjaga dan menyayangi keluarganya. Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik… Insya-Allah.

“Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu,” luahnya.

Elisya Sandha Kini Menantu Sheila Rusly “Tertarik Dengan Uzair Kerana Sikapnya Menjaga, Menyayangi Keluarganya”

Ads

“Kami Melengkapi Diri Masing-Masing” Uzair

Uzair akui  dirinya menyenangi peribadi isterinya.

“Elisya cukup menenangkan saya. Kami cuba melengkapi diri masing masing. “Ini fasa baru untuk kami lebih serius memikirkan soal tanggungjawab. Semoga ia dipermudahkan,” cerita Uzair yang memberikan hantaran berjumlah RM22,222.22 kepada Elisya.

Sumber : Berita Harian Online

Sumber Foto : @amirnaufalphotography

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI