Elfira tunjuk skil bagi makan ubat pada anaknya Rayyan, peminat hargai dan berterima kasih kerana bagi idea.
Apabila si kecil anda jatuh sakit dan perlu makan ubat, ibu bapa akan mula rasa gelisah. Ini kerana ibu bapa tahu betapa sukar untuk beri bayi makan ubat tanpa sebarang pujukan atau paksaan.
Ibaratnya kalau nak bagi makan ubat terpaksa berperang dulu baru boleh masuk ubat dalam mulut.
Elfira Tunjuk Skil Bagi Makan Ubat
Menerusi perkongsian sebuah video menerusi entri di akaun rasmi Instagram pelakon, Elfira Loy menunjukkan skil dirinya memberikan ubat kepada anak kesayangannya Rayyan yang kini sedang sakit.
“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang- sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu .
balut dia & lift his head a bit.
Duduk atas dia bagi tangan tak gerak ( jangan duduk betul pulak )
Pegang muka dia kuat kuat
Bagi dia nganga , spray ubat near to the throat. (near tu maksudnya dekat ye ibu-ibu bukan pada ) cara ini jugak di demokan oleh doktor.
“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat , bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar .
Ads
“Orang yang tak suka ubat, kena bagi orang lain makan ubat,” tulis Elfira.
Netizen Beri Pujian, “The Dinosaur Part! Thanks Mommy Bagi Idea”
Perkongsian tersebut ternyata mendapat maklum balas yang cukup positif dari netizen yang juga merupakan kaum ibu.
“The dinosaur part! Thanks mommy bg idea, smoga Rayyan cepat sihat active macam biasa,” puji salah seorang netizen menerusi akaun _fatin.ghani.
Ads
Selain itu diruangan komen juga dibajiri doa oleh pengikut Elfiraa agar Rayyan cepat sembuh seperti sediakala.
Untuk pengetahuan, Elfira telah memaklumkan anaknya yang kerap demam, batuk, selesema sebelum ini disahkan doktor mengalami jangkita kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.
Tunang Suka Berhutang. Golongan wanita janganlah jadi bodoh ya, jika tahu bakal suami punya masalah kewangan janganlah susahkan diri.
Pada hari ini banyak kes yang kita dengar wanita yang bekerjaya terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja dan mempunyai hutang keliling pinggang.
Jadilah wanita bijak ya! Takut nanti hidup merana lepas berkahwin kerana terpaksa menanggung ‘biawak hidup’.
Tunang Suka Berhutang, Wanita Tolong Jadilah Cerdik!FB
Seperti mana perkongsian dari Facebook saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol ada benarnya. Wanita hari ini kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan janganlah susahkan masa depan sendiri dek kerana tersalah memilih teman hidup.
“Cinta itu kadangkala boleh membutakan mata. Jadilah cerdik agar diri kita tidak diperguna.🥰
Zaman sekarang sebelum decide nak terima pasangan kita tu, selain dari check darah kat klinik untuk ujian HIV, kena semak juga ctos report depa dahulu.
RM25 je kalau kita beli online tau… Kalau depa banyak alasan nak beri, hati²lah. Something fisshylah tu.😅
Fikir 10,000 Kali Sebelum Berkahwin
Kalau bakal pasangan jenis suka berhutang dan tak pandai uruskan kewangan, baik adik fikirkan 10,000 kali sebelum nak terima dia jadi teman hidup kita.
Takut nanti kita terpaksa bela biawak hidup yang menyusahkan hidup kita dikemudian hari…😓
Zaman sekarang semua orang nak cepat…Cepat senang, cepat kaya dan nak cepat bebas dari masalah kewangan.
Maka jalan termudah adalah mencari pasangan yang berduit atau mudah membuat pinjaman, begitulah modus operandinya.
Ingat dik,
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian kena kejar Ah Longlah jawabnya…
Silap² ditinggalkannya kita begitu saja,” nasihatnya.
Bentuk apam ini bagaikan aiskrim cornetto apabila ia berbentuk kon, mempunyai lapisan berwarna warni dan lapisan coklat pada bahagian atasnya. Petang-petang ni, mak-mak bolehlah sediakan apam yang cantik ini sebagai hidangan minum petang untuk keluarga. Anak-anak mesti suka dengan bentuk menarik dan rasanya yang sedap.
Berikut merupakan resipi oleh Na Lee sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cawan matrik)*
Sedikit Esen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa-apa brand pun tak apa)
Cara Membuat:
1. Putar bahan-bahan yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit).
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
3.Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
4.Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
5.Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
6.Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.
Info Ekstra!
Untuk buat kon boleh gunakan kertas pembungkus nasi dan staplerkan.Kertas dipotong bentuk segitiga & bentukkan jadi kon.
Pastikan apam sejuk dahulu baru boleh letak toping coklat.
Selamat Mencuba!Kongsikan resipi Wajib ini kepada penggemar apam!
Bukan untuk menunjuk. Itulah yang ingin dikatakan buat ibu kepada 2 orang anak ini. Bidang pekerjaannya yang sebelum ini dipelopori oleh golongan lelaki, kini, wanita pun mampu seiring demi mencari rezeki buat keluarga.
Bukan setakat seorang dua tapi ada ramai wanita yang telah terlibat dalam dunia ini, bawa treler untuk menghantar barangan. Bukan dekat-dekat, ada sampai merentas negeri lain dan ambil masa berjam-jam di atas lebuh raya sebelum sampai ke destinasi.
Mungkin ada lelaki yang memandang sinis bila melihat wanita yang membawa lori treler. Tak kurang juga yang memperlekehkan dan mengata. Namun, semua ini tidak melemahkan semangat Siti Hajar Mat Kasa, 36 tahun dalam mencari rezeki sebagai pemandu lori treler.
.
“Sebenarnya, saya masih baru lagi dalam bidang ini dan tak banyak pengalaman. Cuma bila menyingkap tentang pengalaman tak best semasa memandu treler, dah tentulah bila lori rosak. Terpaksalah tersandar tepi jalan sambil menunggu bantuan tiba.
“Tak kurang juga yang marah dan perlekehkan bila saya bawa lori ini. Selebihnya, pengalamanan yang biasa dialami seisapa saja jadi pemandu lori tentulah bila ditugaskan hantar barang pada waktu malam. Jalan sunyi dan ada juga masuk jalan kampung, jadi kenalah berhati-hati,” kata Siti Hajar tentang pengalamannya sepanjang bawa lori treler.
Walaupun masih baru, dia bersyukur kerana tidak pernah mengalami kemalangan dan sebolehnya dia cuba untuk elakkan agar tidak berlaku kemalangan jiwa,” katanya yang pernah mendapat bantahan daripada keluarga tentang pekerjaannya.
“Sebelum ini, ibu bapa juga tak benarkan saya memandu treler, malah mereka minta saya cari kerja lain tetapi akhirnya bersetuju. Pada saya ini usaha saya mencari rezeki halal,” katanya.
“Saya pun Boleh Lakukan” – Siti Hajar
Menurut Siti Hajar, sebelum dia mendapat pekerjaan ini, dia juga selalu melohat video wanita memandu treler di Tiktok. Jadi dia terfikir, kalau orang lain boleh kenapa dia tak boleh lakukan perkara sama.
Siti Hajar, 36, adalah pemandu treler yang menghantar barang hampir seluruh semenanjung Malaysia sejak enam bulan lalu.
Wanita itu juga selalu berkongsi videonya memandu kenderaan berat itu di TikTok dan mendapat perhatian warga aplikasi sosial itu.
Ibu kepada dua anak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu berkata, dia mendapat lesen E penuh Februari lalu, namun sudah belajar memandu kenderaan berat itu sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, semua itu dilakukan kerana minat dan mahu mencabar keupayaan diri selain mahu merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri.
Pernah Menjual Pencuci Mulut
Sebelum ini dia pernah berniaga pencuci mulut yang dihasilkan dan dihantar sendiri selama lima tahun secara kecil-kecilan. Walau bagaimanapun, dia cuba menjari pekerjaan baharu untuk mendapatkan penyata gaji kerana berhasrat membeli rumah sendiri.
“Itulah yang mendorong saya memilih kerjaya pemandu lori. Saya mulanya ikut rakan untuk belajar cara memandu, turun dan naik bukit dan di selekoh. Lesen memandu lambat diperoleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Siti Hajar berkata, treler yang dipandunya ketika ini adalah yang ketiga yang mana dua kenderaan berat terdahulu adalah jenis kontena dan hanya menghantar barang dari pelabuhan ke sekitar Johor serta selatan ke utara sahaja.
Katanya, sekarang dia membawa pelbagai muatan barang seperti makanan dan kayu ke seluruh Semenanjung kecuali Terengganu.
“Ironinya kerjaya ini mencabar walaupun orang melihat kami bekerja secara santai tetapi kami perlu menahan mata untuk perjalanan yang jauh lebih 200 kilometer (km) sehari, tidur pun di tepi jalan atau di hentian rehat, makan pun kadang-kadang tak sempat.
“Pada mulanya memang agak sukar nak pandu kenderaan berat tetapi selepas kita tahu cara yang betul itu tidak menjadi masalah asalkan kita ada keyakinan serta keberanian,” kata anak jati Kampung Cahaya Baru.
Kenangan Tak Boleh Dilupakan
Menurutnya, kenangan tidak dilupakan apabila pernah dimarah kerana mengambil masa lama untuk membuat pusingan U, dipertikaikan keupayaan memandu kenderaan berat, selain pernah dipuji kerana berani memandu treler.
“Ada juga yang terkejut kerana mereka ingatkan lelaki yang pandu dan saya juga kadang-kadang ada memakai baju kurung ketika ketika pulang menghantar barang sebab kurang sibuk dan tetap memakai seluar panjang di dalam kain.
Mengenai perkongsiannya di TikTok, Siti Hajar berkata, dia hanya mahu menyimpan kenangan dan bukan menunjukkan keupayaan memandu kenderaan berat itu.
“Sebenarnya sudah ramai kaum hawa memandu kenderaan berat dan ia bukan perkara baharu. Saya juga bukan untuk menunjuk boleh menjadi seperti lelaki sebaliknya hanya mencari rezeki halal,” katanya.
Mingguan Wanita : Kagum betul dengan keberanian dan kebolehan dalam bawa lori treler ni. Kalau ada yang berani dan berjiwa kental, bolehlah cuba ye. Tapi kena ambil lesen dulu la..ingat senang bawa lori besar-besar ni.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.