Elfira mohon doakan dirinya, “Masa untuk berehat. Hantaran ini adalah untuk mengingatkan diri saya bahawa tubuh badan saya perlukan rehat bila saya perlukan dan terlalu banyak berfikir juga mampu menyakitkan saya”.
Begitulah luahan dari pelakon yang juga bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Elfira Loy.
Elfira menyatakan dirinya mengalami masalah kesihatan akibat tekanan sekali gus terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menerusi hantaran di akauan Instagram miliknya, Elfira berkongsi keadaannya yang tidak stabil sehingga terpaksa mendapatkan rawatan.
“Gejala awal yang saya alami adalah rasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit.
“Sehari selepas itu, saya rasa lebih baik, tapi saya terlanggar cermin sisi satu kenderaan (ketika memandu), tapi sempat tarik. Tak sedar pun macam mana jadi. Tapi, saya teruskan juga dengan mesyuarat saya.
“Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat. Kemudian, saya pulang ke rumah ibu dan beritahu dia. Semasa waktu Isyak, saya macam sakit perut. Selepas itu, cirit-birit.
“Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat, kemudian, ketika solat saya rasa susah nak bernafas dan sakit di bahagian abdomen. Tiba-tiba saya muntah. Dua kali.
Semasa Tidur, Rasa Duia Berputar
“Saya minum banyak air, kemudian terus tidur saja. Semasa tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh.
“Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital.
“Nasib baik semua keputusan pemeriksaan okay. Alhamdulillah.
“Saya cuma perlukan rehat dan minum banyak air. Tapi, kalau berterusan lagi dalam dua hari, saya perlu lakukan imbasan CT (CT Scan), yang mana, saya nak elakkan.
Ads
“Jadi, mohon doakan saya,” tulis Elfira yang bersyukur dengan keputusan perubatan daripada pihak hospital.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, pasangan ini menimang cahaya mata perempuan bernamaAzura (Nur Azura Yamani) dan Datuk Jamal juga memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.
Difahamkan isterinya akan melahirkan anak secara pembedahan pada sebelah petang ini di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.
“InsyaAllah El Issac Yamani atau saya panggil Zack akan lahir ke dunia. Mohon doa dari semua.
“Jam 12 malam ini (semalam), isteri saya, Datin Zai Izzati akan masuk ke hospital. Saya terpaksa bergegas balik ke Ipoh dari Kuala Lumpur selepas selesai show nanti (semalam),” katanya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro semalam.
Isteri Sudah Buat Ujian Covid-19
“Dia sudah buat ujian Covid-19 dan akan masuk wad malam ini. Saya pula tak dapat menemaninya kerana terbabit dengan Konsert Lazada di Bukit Jalil, malam ini (semalam). Isteri akan pandu kereta sendiri untuk ke hospital bagi mendaftar masuk wad. Walaupun saya ada adik-beradik yang boleh membantunya, dia enggan menyusahkan mereka.
Lagipun dengan prosedur operasi standard (SOP) di hospital yang ketat akibat Covid-19 buatkan isteri saya mengambil keputusan ini,” sambungnya.
Datuk Jamal Abdillah Pilih Tarikh Istimewa, Azura Lahir 10.10
Datuk Jamal juga turut menerangkan dia dan isteri memilih melakukan pembedahan hari ini kerana tarikhnya amat istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah nak ingat tarikh lahir Zack nanti. Dulu, kakaknya Azura atau nama sebenarnya Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019. Tapi, ketika itu ia hanya kebetulan. Kandungan Zai Izzati pun dah sarat sangat. Saya pilih Ipoh kerana saya selalu uruskan projek ikan hiasan arowana di Bukit Merah,” luah Datuk Jamal yang turut berulang-alik balik ke Kuala Lumpur bagi menjayakan persembahan pentas.
Datuk Jamal juga menerangkan selepas isteri selamat bersalin, mereka sekeluarga akan tinggal di Ipoh sehinggalah kerja di Bukit Merah selesai.
MW:Tahniah diucapkan buat Datuk Jamal dan isteri yang bakal menimang cahaya lagi hari ini. Semoga proses melahirkan anak buat Datin Zai Izzati dipermudahkan dan selamat semuanya.
Sumber Foto: Instagram Dato’Jamal Abdillah & Instagram Zai Izzati
Bila beli ayam mentah di pasar, macam mana mak-mak pastikan dan pilih ayam segar. Mungkin ayam mentah yang dijual itu masih baru tapi tak mustahil ada yang dah lama dan tak ‘fresh’.
Ditambah sekarang ini, ayam mentah semakin anik harga, buatkan mak-mak pun pening kepala. Maklum sajalah ayam ni menjadi kegemaran anak-anak. Goreng saja pun dah cukup sedap.
Dengan kenaikan semua barang termasuklah ayam, mak-mak k enalah pastikan yang dibeli itu berbaloi terutamanya dalam pilih ayam segar. Boleh simpan dan bertahan tnuk beberapa hari, sebelum beli stok baru.
Macam mana nak tahu itu ayam segar dan elok, tak berbau. Ini caranya nak tahu macam mana nak pilih ayam segar di pasar. Ikuti perkongsian daripada Ruqayyah Muhd ini.
Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.
Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.
Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.
Tip Memilih Ayam Segar
1. Warna ayam.
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan disejuk bekukan.
2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Mingguan Wanita : Alah membeli. Kenalah pandai pilih. Begitu juga penjual, jangan ambil kesempatan sanggup suntik atau formalin untuk bagi nampak ayam mentah segar dan elok.
Sesungguhnya doa orang-orang teraniaya adalah dimakbulkan tuhan. Jangan sesekali berniat untuk menganiayai orang lain kerana doa golongan ini pasti akan diperkenankanNya. Seorang pencuri bertindak memulangkan semula barang dicuri dari sebuah rumah yang bernilai RM1,200 dalam tempoh tidak sampai 24 jam dipercayai ‘kepanasan’ kerana bimbang ditimpa kejadian tidak diingini.
Mangsa, Persi Saperi, 43, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Manis, di sini jam 6.46 petang kelmarin, selepas kediamannya di kuarters Jabatan Bekalan Air Selumit, di sini, dipecah masuk. Katanya, antara barang hilang adalah televisyen dan tong gas yang dipercayai dibawa lari menerusi tingkap belakang rumahnya yang diumpil.
“Berikutan itu, saya berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya pencuri berkenaan memulangkan semula barang kepunyaan saya itu.
“Pada solat Subuh (semalam), saya ada membaca beberapa potong ayat suci al-Quran dan memohon sepenuhnya kepada Allah supaya saya mendapat kembali barang yang dicuri itu.
“Berbekalkan sedikit ilmu dan keizinan Allah, saya cuba ‘memanggil’ kembali pencuri berkenaan agar mengembalikan barang yang diambil… Selebihnya, saya bertawakal kepada Allah,” katanya.
Doa Persi yang teraniaya itu termakbul apabila televisyen dan tong gas yang dicuri ditemui semula. Katanya, barang berkenaan diletakkan di kawasan lapang tidak jauh daripada kediamannya pada jam 1.30 petang, kelmarin.
“Sejurus pulang daripada Tanjung Manis, saya terkejut melihat barang yang hilang seperti dipulangkan semula,”
Katanya, walaupun kesal dengan kejadian berkenaan, dia bagaimanapun tidak berdendam dengan si pelaku, malah mendoakan supaya pencuri terbabit kembali ke pangkal jalan.
“Belum terlambat kepada kita yang banyak berdosa ini untuk memohon keampunan dan bertaubat.
“Jadilah insan yang memberi manfaat kepada manusia lain,” katanya.
Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Bagi orang yang teraniaya, mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar diri mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga orang yang menganiaya mendapat pembalasan yang setimpal.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.