Bila dah berkeluarga, tentu kita ingin tinggal tempat yang selesa untuk anak dan isteri. Nak beli rumah dan kereta untuk keselesaan keluarga. Kalau tak dibeli sekarang, harga rumah makin lama makin melambung tinggi. Belum nak bayar perbelanjaan lain.
Tapi, nak beli rumah kena tengok juga pendapatan kita. Takutnya tak berbaloi dan ‘makan pasir’ nak bayar komitmen bulan-bulan. Tak perlu nak rumah yang hebat, cukup yang sederhana dan sesuai dengan cara kita.
Ada sesetengah daripada kita rasa berbaloi beli rumah yang baru dan tak kurang beli rumah ‘second hand’. Cuma yang takutnya, rumah baru ada projek terbengkalai dan rumah second hand pula nak kena banyak baikinya.
Namun, perkongsian dari Dr Azizul Azli Ahmad ini menjurus kepada beli rumah dengan sambung bayar. Lagi bahaya sebenarnya sebab ia belum tentu hak milik kita.
Jika sebelum ini ada kereta sambung bayar, sekarang ada rumah main ‘jual’ sambung bayar juga katanya.
Beli mahal mahal, tak mampu bayar. ‘Jual’ secara sambung bayar. Jual terus tak ada pembeli sebab rumah mahal sangat sampai berjuta lemon. Maka mintak sambung bayar sahaja.
Ads
Sambung bayar nie, tak ada hak milik kita sebenarnya. Rumah masih di atas nama pembeli asal yang dituntut oleh bank.
Pembeli asal boleh jadi dah mula lewat bayar atau tak bayar, peluang kena lelong tetap ada.
Kawan kawan,
Elakkan beli rumah yang mahal sangat waktu ekonomi sedang tak cantik begini. Layak beli rumah sejuta, beli yang RM600k – RM700k sahaja cukup.
Bagi yang layak beli rumah RM500k, beli yang RM300k cukup. Jangan salah beli waktu ‘cuaca’ begini.
Elakkan ‘beli’ kereta sambung bayar atau rumah sambung bayar sebegini. Bahaya sedang menanti.
Ads
Sambung Bayar Sebab Tak Mampu
Rumah yang tuan rumah beli, tak mampu bayar maka dia jual secara sambung bayar. Sambung bayar ini biasanya mereka beli rumah yang ‘overmarket value’.
Dapat jual pun masih tak boleh ‘cover’ hutang bank, maka cara paling mudah dan meriah adalah buat jualan sambung bayar.
Ketahuilah bahawa kegiatan ini salah dari segi undang undang., sama macam sambung bayar kereta, liabiliti masih ditanggung oleh pembeli asal.
Pembeli baru hanya ‘tolong’ bayarkan hutang orang sahaja.
Jika dah habis bayar tuan rumah kata dia tak mahu pindah milik kita tak boleh buat apa apa.
Jika tuan rumah mati juga kita hanya akan melopong sahaja. Jangan ambil mudah urusan jual beli rumah.
Ads
Paling penting jangan salah beli rumah, jika kita beli rumah dengan cashback RM650K, siap dapat cashback RM50K lagi.
Biasanya kediaman begini dah 10 tahun pun harga masih sama sekitar RM600k sahaja. Hutang dan faedah bank masih tinggi dan terluka jiwa membayarnya.
Kalau nak jual mesti kena ‘Top Up’ lagi, jadi elakkan beli kediaman yang bagi ‘cashback’, jika dapat pun mintak pemaju potong terus pada harga rumah agar hutang kita jadi kecil.
Jangan salah beli rumah, kita ingat harta boleh diwariskan rupanya beban hidup buat mereka.
Mingguan Wanita : Fikir dulu dan faham betul-betul, sebab hutang ni melibatkan berpuluh-puluh tahun yang belum tentu habisnya. Lagi sedih kalau yang sambung bayar, last-last tak dapat apa pun.
Hadir majlis perkahwinan suami. “Isteri pertama tampil sedondon, pakai baju serba putih, sama dengan pengantin.
Bukan sahaja dijemput ke majlis perkahwinan suami, malah diminta suami agar memakai baju yang sedondon dengan pengantin baru. Anda memang wanita yang cukup kuat!
Hadir Majlis Perkahwinan Suami
Ternyata bukan mudah menerima insan lain dalam hidup berumah tangga. Selama ini hidup aman berdua di samping anak-anak dan tiba-tiba suami memilih untuk berkahwin lagi.
Allahuakbar tidak semua wanita mampu menerima takdir ini dengan mudah. Hidup bermadu bukan seindah disangka, namun tidak dinafikan ramai juga bahagia dengan poligami.
Berkongsi kasih atau berkongsi suami memang sesuatu yang pahit untuk ditelan. Namun jika Allah memilih kita untuk berdepan ujian sebegini, sudah tentu hanya mampu serahkan segala-Nya pada Allah untuk terus kuat.
Isteri Pertama Tampil Sedondon
Fiena Nasir adalah wanita yang sedang diuji Allah apabila suaminya memilih untuk berkahwin lagi. Malah pengguna TikTok ini juga membuatkan ramai kagum apabila dia sanggup menghadiri majlis perkahwinan suami dan madunya.
Bukan sahaja dijemput makan kenduri, malah suami kepada Fiena Nasir meminta dirinya untuk tampil pakai sedondon dengan pengantin di majlis tersebut.
Menerusi perkongsian itu juga, Fiena turut mendedahkan dia juga seperti wanita lain. Perasaannya juga masih berbolak-balik, ada ketika dia berasa boleh menerima kenyataan yang berlaku dan selebihnya ada masa dia berasa sedih dengan jalan hidupnya.
Dalam masa yang sama, wanita ini turut meminta agar semua mendoakan dirinya terus kuat berdepan dengan ujian yang berat ini. Benarlah berat mata memandang, berat lagi bahu Fiena yang memikul.
Komen Netizen:
Ramai yang kagum dengan sikap Fiena Nasir yang sanggup ke majlis perkahwinan suaminya. Dalam masa yang sama, ramai yang mendoakan wanita ini untuk terus kuat.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Bau sampah dikatakan bau badan suami! Masa bercinta kentut bau wangi…Marah pun nampak comel. Walaupun ada yang menjuihkan bibir tapi inilah hakikatnya. Ramai yang dibuai perasaan indah ketika hangat bercinta. Yang buruk semua tidak nampak. Pasangan dilihat sempurna.
Tapi lepas kahwin, lain pula ceritanya. Bau busuk sampah dikatakan bau badan suami! Semua serba tidak kena, ada sahaja kekurangan suami atau isteri yang dikesan. Ini baru alam realiti, masa bercinta banyaknya fantasi dan berangan!
Soalan yang kita mesti jawab dengan jujur…Sepanjang mendirikan rumah tangga, sejauh mana kita kenal pasangan? True colour suami atau isteri. Ada pasangan yang sudah sedekad berkongsi bantal tapi makanan kegemaran isteri atau warna kegemaran suami pun tidak tahu. Itu baru perkara remeh. Belum lagi berbicara mengenai isu sensitif yang pasangan tidak suka.
Sejauh Mana Tahu True Colour Pasangan
Bagi saya, kaunselor perkahwinan atau pakar motivasi boleh membantu kita dengan perkongsian ilmu. Tetapi untuk memastikan rumah tangga kekal bahagia adalah usaha kita sendiri. Adakah kita benar-benar redha dan berlapang dada menerima kekurangan pasangan?
Jika kita rasa pasangan banyak kelemahan, kita juga patut sedar kita bukan manusia sempurna. Adakah pasangan boleh terima kekurangan kita? Jangan hanya persoalkan apa yang kita tidak suka tetapi tanya juga pada diri apa kekurangan diri kita yang pasangan tidak suka. Baru adil dan saksama.
Mengenal hati budi pasangan adalah satu proses yang indah dan mencabar. Anggap proses ini sebagai perjalanan yang mematangkan emosi, minda dan rohani kita. Niatkan di dalam hati, aku ingin mengenali pasangan agar mudah untuk melayari rumah tangga. Apabila kita tahu apa yang pasangan tidak suka dan suka, input ini membantu kita untuk hidup bahagia dan dapat mengelakkan sengketa.
Sengaja Cari Nahas
Tapi ada juga di kalangan kita yang saja mencari nahas, sudah tahu isteri tidak suka rumah bersepah. Suami sesuka hati campak barang merata, isteri yang keletihan pulang dari kerja bertambah letih dan stres melihat keadaan rumah yang bersepah tidak ubah seperti sarang tikus.
Sedangkan isteri bangun awal pagi mengemas bagi memastikan rumah dalam keadaan bersih, kemas dan harum….Isteri tidak minta suami tolong kemas tapi pinta isteri kekalkan keadaan yang selesa ini. Susahkah? Isteri mahu suami dan anak-anak seronok dan selesa apabila rumah bersih dan kemas. Jadi mengapa suami tidak menghargai usaha isteri? Daripada contoh ini pun banyak pengajaran yang kita dapat.
Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga, dua insan yang berbeza pandangan, fizikal dan jiwa mesti mencari titik persefahaman. Syaratnya, perlu bertolak ansur, berkorban, berusaha dan sudah pasti berdoa kepada Allah. Jika kita sudah melakukan yang terbaik, insya-Allah, Allah akan hadiahkan nikmat kemanisan buat kita.
Pilihan Di Tangan Kita
Berhenti memberi alasan dan menyalahkan antara satu sama lain. Belajar mengenal pasangan, jika boleh berkongsi hobi dengan suami atau isteri. Jika mampu turut serta, cukup sekadar memberi sokongan moral. Tapi kena juga pastikan hobi pasangan berfaedah…Jangan pula bagi sokongan jika hobi suami ubah suai kereta sampai berhutang kad kredit! Cari hobi yang berfaedah untuk diri dan keluarga.
Jika isteri suka berkebun, belikan benih sayur, baja dan pasu. Bukankah lebih elok isteri berjasa dengan tanah daripada membuang masa mengumpat dengan jiran tetangga. Hasil tanaman sayur-sayuran isteri boleh dijadikan sajian sekeluarga. Bahagian yang paling best, ia jimatkan belanja. Suami tidak gembira ke?
Ini hanya sebahagian contoh saaja untuk kita renungkan secara santai. Semoga kita terus diberkati dan tidak jemu perbaiki kelemahan diri untuk menikmati kebahagiaan hakiki. Pilihan untuk bahagia di tangan kita, jadi usaha dan berdoa! Insya-Allah kita akan berjaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau mak-mak marah anak, rasanya makin menjadi-jadi perangainya. Sampai boleh hilang sabar mak ayah. Kalau jenis yang tak dengar, memang ‘mendapatlah’ anak-anak nanti. Lebih-lebih lagi bila berada di luar rumah. Masa inilah anak-anak uji kesabaran mak ayah.
Cara mak marah anak di rumah berbeza dengan marah anak di di luar rumah. Mak-mak tak adalah marah melulu sampai boleh menjatuhkan air muka anak. Kesian anak-anak. Nakal memang tak boleh dikawal dan itulah lumrah anak-anak nak membesar.
Tapi, kalu mak-mak tahu cara nak kawal marah atau tunjuk isyarat yang biasa buat apabila berada di luar rumah, tentunya anak akan faham. Biasanya, bila bagi isyarat macam ini seperti jengkelkan mata terutamanya, kalau tak dengar, mahunya balik nanti adalah habuannya.
Begitulah yang ingin dikongsikan oleh Noor Afidah Abu Bakar dalam menjaga batasan anak-anak apabila berada di luar rumah dan tempat awam khasnya. Tak perlu nak menjerit atau marah terlampau sebab ia mungkin boleh menjatuhkan air muka ana kitu sendiri.
Ada Batasan
Kanak-kanak walau di mana pun akan tetap menjadi kanak-kanak.
Biasanya, kanak-kanak PERLU diberikan RUANG dan PELUANG untuk bergerak bebas berlari, melompat, memanjat, berguling, dan bergayut.
Pergerakan merupakan satu KEPERLUAN bagi kanak-kanak.
Bagaimanapun kanak-kanak PERLU tahu BATASAN MASA, KEADAAN dan TEMPAT kerana jika tidak kena gaya mungkin akan membahayakan diri mereka ataupun membahayakan dan mengganggu ketenteraman awam ataupun merosakkan harta benda peribadi dan awam.
BATASAN ini perlu diterangkan kepada kanak-kanak agar mereka faham dan tahu sebabnya.
Setelah ditetapkan BATASAN, mereka sentiasa perlu DIINGATKAN kerana kadang-kadang mereka terlupa ataupun kadang-kadang mereka belum terbiasa.
Kadang-kadang mereka juga akan cuba menguji batasan untuk menilai sama ada kita serius ataupun tidak. Jikalau kita hanya sebut tetapi tidak kuatkuasa, maka mereka tahu mereka boleh melakukan apa sahaja sesuka hati kerana kita tidak serius.
Ada masanya mereka juga perlu tahu adanya ISYARAT ‘RAHSIA’ daripada kita yang menunjukkan kita tidak merestui tindakan mereka, terutamanya di TEMPAT AWAM.
Menjerit dan memarahi anak di tempat awam hanya menjatuhkan air muka anak-anak.
Itu perlu dielakkan.
Membiarkan anak tanpa ditegur pula boleh menjadikan anak individu yang tidak sensitif terhadap orang sekeliling.
Isyarat ini hanya anda dan anak yang tahu.
——————————————– Suami saya berkongsi gambar ‘kandid’ yang diambilnya 11 tahun lalu di atas keretapi di Switzerland. Anak-anak saya masih kecil ketika ini dan dengan jelas saya juga masih muda. Saya sendiri tidak ingat apakah kejadiannya.
Baru sekarang saya tahu bagaimana rupanya apabila Ummi menghantar ‘isyarat tanpa suara’ kepada anak di tempat awam.
MW: Mak-mak boleh cipta satu isyarat rahsia yang hanya mak-mak dan anak saja tahu terutamanya bila berada di luar rumah. Kalau anak-anak tak dengar atau di luar kawalan, isyarat rahsia ini mungkin membantu.