Ekonomi meleset, jimatlah cara sendiri. Hakikatnya pada hari ini, isu kenaikan harga barang terus membelenggu kita semua.

Harga barang runcit termasuklah, ayam, ikan dan kini harga sayur-sayuran juga naik. Bukan itu saja, tapi semua sektor juga nampaknya sudah mula berlumba-lumba menaikkan harga.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ekonomi Meleset, Jimatlah Cara Sendiri “Dulu Setiap Minggu Makan Luar, Sekarang Ni Dua Minggu Sekali”

Ekonomi Meleset, Jimatlah Cara Sendiri

Dek kerana ekonomi semakin merundum dan turut memberi kesan kepada ekonomi sesebuah keluarga adalah sangat penting untuk kita berjimat cermat.

Seperti mana yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin menerusi akaun Facebooknya, menasihati agar kita semua berjimat dengan cara sendiri.

Kadang tu memang pening kepala bukan saja perlu fikir tentang belanja harian sendiri untuk ke tempat kerja malah perbelanjaan harian untuk keluarga tercinta.

Namun kita sendiri perlu mencorakkan kehidupan, walaupun dibelenggu masalah kewangan dalam ekonomi meleset ini namun keceriaan keluarga juga perlu diberi perhatian.

Jika sebelum ini pada kebiasaanya kita makan bersama keluarga di luar seminggu sekali, pada waktu ini bawalah mereka makan di luar dua kali seminggu pun sudah memadai. Asalkan wang poket kita mampu untuk berbelanja.

Ads

“Jimat cara sendiri…

“Ambik RM50, masuk dalam dompet…pesan pada diri, RM50 ni belanja dari Isnin sampai Jumaat…cukup tak cukup, itu la duit makan, itula duit minyak motor…

“Kadang-kadang sampai hari khamis, dah tinggal seringgit…tak sempat sampai jumaat…

“Ambik RM10, masuk dlm dompet…duit ni utk hari jumaat…bayar makan tghari, lebih masuk dlm tabung masjid…

“Seminggu, RM50-RM60…sebulan,  anggaran RM300 ke bawah utk mkn ditempat keje dan juga minyak motor…

“Duit yang lain, semua letak beg duit isteri…sekali dia ke market, 100 “hilang”… tiba2 dia ckp nak buat kek, lagi 100 juga “hilang”…belum lagi tiba2 cikgu nak buat itu, cikgu suruh beli ini dan sebagainya…

“Dulu setiap minggu, makan luar…sekarang dua minggu sekali, baru makan luar…

Tak Tahu Nak Berjimat Kat Mana

“OPR naik, ansuran bulanan rumah juga dah naik…kalau tak jimat kat perbelanjaan harian, tak tahu dah nak jimat kat mana lagi sebab semuanya dah pakai dan guna betul-betul basic sahaja…

Ads

“Semoga kita yang dalam keadaan ini dipermudahkan urusan dan dimurahkan lagi rezeki…

“Baki RM40 utk 4 hari lagi,” coret Firdaus Shakirin.

Baca Disini : Ekonomi Gawat KURANGKAN LOMPAT KERJA “Orang Sabar Harini, Akan Menang Esok Hari!”

Cara ‘Survive’ Dalam Keadaan Ekonomi Sempit “Turunkan Ego, ‘Downgrade’ Gaya Hidup Kita”

Ads

“Bawa Bekal Ke Pejabat”

Menerusi ruangan komen warganet memberikan pelbagai cara dan idea bagaimana mereka berjimat.

Ekonomi Meleset, Jimatlah Cara Sendiri “Dulu Setiap Minggu Makan Luar, Sekarang Ni Dua Minggu Sekali” Ekonomi Meleset, Jimatlah Cara Sendiri “Dulu Setiap Minggu Makan Luar, Sekarang Ni Dua Minggu Sekali” Ekonomi Meleset, Jimatlah Cara Sendiri “Dulu Setiap Minggu Makan Luar, Sekarang Ni Dua Minggu Sekali”

Mingguan Wanita : Mak-mak kena berjimatlah ya. Tapi kadang tu memang buntu tak tahu nak berjimat bagaimana lagi sebab barang semua naik harga.

Sumber / Sumber Foto :  Facebook Firdaus Shakirin

Sumber Foto : Canva

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI