Ekonomi gawat kurangkan lompat kerja. Sana sini ramai yang mengeluh kenaikan harga barang. Selepas harga ayam, minyak meningkat beberapa harga keperluan lain juga terus naik mendadak. Jika bawa wang sebanyak RM50 ke kedai hanya beberapa barang saja yang berjaya di bawa pulang.
Pada zaman kemelesetan ekonomi ini, kita perlulah bijak berbelanja dan janganlah boros membeli barangan yang tidak perlu.
Ekonomi Gawat KURANGKAN LOMPAT KERJA
Malah pada waktu ini sudah pasti ramai yang susah hati jika kehilangan kerja. Dek kerana itu menerusi perkongsian di akaun Facebook Puan Sharifah Zahidah menasihati agar jagalah dengan baik pekerjaaan anda yang sedia ada. Ternyata perkongsiannya memberi manfaat bukan saja pekerja malah juga kepada golongan majikan di luar sana.
“Saya ada terbaca satu tulisan yang menjangkakan bulan Ogos nanti adalah bulan bermulanya kegawatan ekonomi yang jauh lebih dahsyat kerana inflasi yang sedang kita semua lalui.
“Sekarang, kita dalam fasa ‘peralihan’ atau adaptasi. Keadaan menjelang bulan Ogos akan kian memburuk.
“Dan antara pesanan yang banyak berlegar ialah, KURANGKAN LOMPAT KERJA dan securelah diri dengan kerja sedia ada.
“Bila lompat kerja, majikan baru tak wajib pun bayar gaji kita ikut gaji lama kita dapat dulu. Kita nak offer tu, kita ambil. Taknak, kitalah kena cari tempat lain.
“Bila jadi pekerja baru dan company nak kena downsize, kitalah orang paling awal company calonkan untuk diberhentikan atau tak disambung kontrak. Last in, first out.
“Kalau nak argue bab gaji tak setimpal depan majikan, para majikan sendiri DAH LAMA HADAP GAJI YANG LANGSUNG tak setimpal dengan cabaran, kesusahan dan ujian yang menghenyak mereka sejak pre PKP dan pasca PKP ini. Ni bukan majikan level Sime Darby atau Petronas ya. Ni majikan level IKS. Kalau boleh hari ni jugak nak resign jadi majikan – tak berbaloi!
Banyak Bisnes Terpaksa Tutup
“Sebenarnya,
“Bab gaji setimpal tak setimpal, berbaloi tak berbaloi, penat tak penat ni kita semua saling merasainya dalam kegawatan ekonomi ni. Kalau bukan sebab syarikat pun berdepan dengan isu hasil tak setimpal ni, masakan banyak bisnes sekarang ditutup?
“Pekerja rasa tak setimpal, lepas 2 3 bulan dia berfikir, dia tukar / berhenti kerja. Majikan bila rasa tak setimpal, lepas 2 3 tahun AT LEAST DIA BERTAHAN dengan ketidak-setimpalan itu, akhirnya dia tutup bisnes.
“Sekarang cuba perhatikan,
“Kalau dah semua pekerja tukar kerja, dan semua majikan tutup bisnes – bila ekonomi orang kita nak pulih? Ni benda long term kita nak kena fikir. Esok ni yang take over ekonomi kita siapa? Orang Bangla, Aceh, Myanmar! Chinese toksah katalah. Ni bangsa pekerja buruh yang orang pandang sebelah mata dulu pun dah TAKE OVER ekonomi kita, dah hadi bos kita dan kita pulak jadi pendatang di negara sendiri!
Pekerja Dan Majikan Berganding Bahulah Seikhlas Hati
“Di saat kegawatan dan zaman kesusahan yang melanda ni, PEKERJA DAN MAJIKAN BERGANDING bahulah seikhlas hati. Boleh tak bos Melayu dan pekerja Melayu cukup-cukuplah bergaduh dan dengki sesama sendiri? Apa yang kita dapat sekarang ni?
“Ayuhlah kita fikir untuk ekonomi bangsa dan anak cucu kita di masa akan datang – kita mampu ubah banyak benda tak betul dalam diri kita dan ubah banyak budaya yang tak betul dalam syarikat kita in order to sustain dan nak melestarikan ekonomi ummah kita.
“Dalam keadaan sekarang, apa pilihan yang pekerja dan majikan ada? MERUNGUT DAN SALING BERMUSUH? Sedar tak sedar habis LUNYAI kita dikerjakan dan dijajah dari sudut ekonomi gara-gara sikap kita yang tak ‘fighter’ langsung dalam perang ekonomi hari ini. Sabarlah sikit, majikan kena sabar.
“Pekerja pun kena sabar.
“Orang yang sabar pada harini, akan menang pada esok hari!
“Kena berganding bahu, work in a team. Kerja sampai KAPAL kita (syarikat) kita kukuh dapat bagi benefit selayaknya pada semua team kita.
“Ekonomi kita ni dah lama sangat teruk. Negara lain yang mundur teruk dari kita sekarang dah take over dan lebih maju sekarang. Nak ubah ekonomi bukan dengan air liur, tapi dengan UBAH JATI DIRI. Baiki jati diri.
“Sabar. Kuat semangat. Gigih. Tekad.
“Tanamkan jiwa fighter dalam diri.
“Jangan hilang azimat-azimat ini.
“Barulah kita boleh bertahan dan menang dalam kezaliman perang ekonomi yang kian melunyaikan kita hari ni.
“Merungut takkan selesaikan masalah.
“Rezeki yang baik dan murah hanya akan datang kepada mereka yang sabar dan gigih,” kongsi Sharifah Zahidah.
Baca Disini : Cara ‘Survive’ Dalam Keadaan Ekonomi Sempit “Turunkan Ego, ‘Downgrade’ Gaya Hidup Kita”
Aishah Huri Jihad Ekonomi Demi Mencapai Lebih Banyak Impian
Mingguan Wanita: Belajar menabung dari sekarang dan kurangkan berbelanja agar tidak boros.
Sumber : Facebook Sharifah Zahidah
Sumber Foto : Canva
**PROMOSI: Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI