Lelaki ini, Bro Ohsem, Akhtar Syamir berkongsi kisah, duit moratorium yang tidak digunakan untuk membayar hutang bank setiap bulan. Ke mana perginya? Tentunya tidak digunakan untuk hal-hal yang merugikan. Sebaliknya dijadikan barang kemas.
Selain menambah aset sedia ada, dia ada sebab berbuat demikian. Tentunya, semua pelaburan itu, adalah untuk membahagiakan isteri. Sweet kisahnya.
Apa Yang Saya Buat Dengan Duit Moratorium?
Selain membayar lebih bil-bil bulanan rumah, menyimpan untuk masa depan anak-anak dan melunaskan hutang jahat, saya laburkan duit saya di dalam emas. Bukan gold bar, tetapi barang kemas.
Idea itu datang dari isteri saya sendiri Nora Azni, sudah tentunya. Tetapi ia lebih kepada satu peluang bagi saya untuk membalas kembali pengorbanan dia untuk membantu saya sebelum ini.
Kami pernah lalui saat di mana habis tiada satu gram emas pun di badan isteri. Semuanya dijual.
Pada waktu kesusahan melanda dan tidak mempunyai ilmu mengenai emas, hanya wang ringgit yang sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup. Tak pandang dah Ar Rahnu ke apa ke, habis dijual semuanya. Bila difikirkan semula memang rugi sangat.
Jadi, saya gunakan peluang ini untuk menggembirakan dia di samping menyimpan. Jika simpanan itu dalam bentuk duit di dalam bank, saya jamin 100% yang duit itu akan habis.
Sejak moratorium bulan kedua, saya mula membaca dan menambah ilmu mengenai emas dan barang kemas. Saya mula faham konsep pengiraan barang kemas, pembelian, jualan, harga semasa, upah atau tanpa upah dan lain-lain lagi.
Jika ditanya kepada saya hari ini, apakah nama-nama rekaan (design) barang kemas, hampir pasti saya boleh jawab kesemuanya.
Apabila saya sudah mempunyai cukup maklumat, saya cakap dengan isteri. “Sayang, I akan belikan emas untuk you ni, tapi katakanlah satu hari nanti keadaan memaksa untuk kita gadai emas ini, I harap you tak bersedih”.
Isteri saya sedikit marah kerana saya bertanya soalan yang sepatutnya saya sudah tahu jawapannya. Dia sememangnya sentiasa bersedia untuk membantu saya dan saya tahu itu. Cuma dia tidak tahu yang saya sebenarnya hanya menambah alasan “menyimpan untuk masa depan” di dalam tujuan asal untuk menggembirakan dia.
Pulut Dakap Anak-anak Selamat Di Tangan Isteri
Memang, dia sedaya upaya menahan kesedihannya dahulu. Tetapi saya tahu dalam hatinya sangat sedih.
Ads
Selepas Pulut Dakap anak beranak selamat di tangannya, saya tahu yang kami tidak akan berhenti di situ.
Jika kami sekeluarga memerlukan duit satu hari nanti, kami tidak perlu menjual kesemua emas yang ada tetapi kami boleh mulakan dengan menjual charms dahulu. Ini kerana charms datang dalam berat 1 gram hingga 3-4 gram.
Pada waktu yang sama, saya wujudkan tabung emas di dalam akaun Maybank dengan “GOAL” dan isteri menambah tabung RM5 dan RM20 yang sedia ada. Ini semua kami akan gunakan untuk membeli emas sebagai satu simpanan dan kegembiraan buat isteri. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158135561045490&id=633435489
Fokus saya pada baki 2 bulan lagi moratorium yang ada akan saya gunakan untuk melunaskan habis hutang jahat yang ada dan bersedia untuk menghadapi kembali komitmen bulanan pembiayaan rumah dan kereta.
Mujurlah kesedaran itu datang pada waktu ini. Jika tidak, kemungkinan besar duit moratorium akan habis begitu sahaja dengan membeli benda yang tidak memegang nilai yang sama.
Ads
Bila Isteri Gembira, Hidup Jadi Bahagia
Kenapa saya fokus sangat pada isteri? Kenapa hanya kegembiraan dia dan bukannya kegembiraan saya?
Kerana ada pepatah orang putih menyatakan “Happy Wife, Happy Life”. Isteri yang gembira akan menjadikan kehidupan yang gembira. Saya pegang dan saya alami sendiri sejak dahulu lagi.
Setiap orang ada cara masing-masing untuk melabur, teruskan. Saya tidak kata cara anda tak betul dan cara saya yang betul. Setiap orang ada cara masing-masing dan saya memilih untuk melabur pada isteri saya yang saya tahu 100% akan mendatangkan hasil yang tak ternilai. In Shaa Allah.
Yang kelakarnya, lama kelamaan, saya yang lebih seronok pergi kedai emas.
Di samping itu, saya mengajak semua friends dan followers saya dalam #CabaranRM3 iaitu menyimpan sendiri RM3 sehari selama 180 hari. Apabila sasaran dicapai, duit simpanan ini akan digunakan untuk membeli emas. Ramai yang masih bersama saya sehingga ke hari ini (9 Julai 2020), hari yang ke 35 dari 180 hari dan jumlah terkumpul minima ialah RM105.
Jika nak bersama kami mengumpul untuk emas, sediakan satu tabung dengan RM105 dan tambah RM3 setiap hari mulai esok.
Semoga mendetikkan sesuatu. Kongsikan jika anda rasa penulisan ini bermanfaat.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shuib, anak-anak ziarah pusara arwah isteri, Siti Sarah Raisuddin. Tiada kata yang mampu dilafazkan, hanya doa yang mampu dititipkan buat arwah.
Shuib, Anak-Anak Ziarah Pusara
Ya Allah sayunya apabila melihat hantaran video perkongsian pelakon, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu tatkala menziarahi pusara arwah isteri kesayangan. Bukan itu saja, malah tiga Shuib turut membawa tiga anaknya Uwais, Talita dan Matin bersama ke pusara.
Terpancar di wajah anak-anak kecil ini kerinduan terhadap ibu yang telah pergi ke negara abadi.
Tanggal 15 September genaplah usia Siti Sarah 37 tahun, namun pemergian Allahyarham sebulan yang lalu dek kerana Covid-19 begitu sayu, apatah lagi sebelum meninggal dunia arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-37 sayang.
“Harini saya dengan anak-anak sambut birthday awak dekat rumah baru awak.
“InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, saya tahu awak ada saja dengan kitorang, rasa cinta yang tetap sama InsyaAllah.
“Semoga Allah Satukan Kita Semua Di Syurga”
“Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan awak disyurga tertinggi. InsyaAllah, semoga Allah satukan kita semua di syurga.
“Amin, Al-Fatihah Siti Sarah bt Raissuddin #15sept1984-09ogos2021” luah Shuib.
Sebelum ini Shuib menerusi perkongsiannya di Instagramnya juga berasa bersyukur dan menyifatkan Ayash merupakan hadiah hari jadi dari arwah isteri.
“Alhamdulilah,,,
“Hadiah Hari Jadi Ibu…Daripada Ibu…Selamat Hari Jadi Ibu.
“AL FATIHAH,” tulis Shuib.
Terdahulu Shuib menitipkan rasa gembira apabila anak bongsunya yang juga bayi pramatang, Ayash Affan sudah dibenarkan pulang. Malah dia juga berjanji akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna seperti mana Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin harapkan.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Shuib Sepahtu
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Uyaina Positif Covid-19 gejala dialami teruk, menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dirinya dan suami kini dijangkiti virus Covid.
Kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan, ramai yang dijangkiti termasuklah golongan selebriti. Terbaru Uyaina dan suami, Raja Syahiran dijangkiti Covid-19 sejak beberapa hari lepas.
Akui Uyaina suaminya hanya menjalani kuarantin di rumah manakala dirinya pula terpaksa ditahan di wad akibat mengalami tekanan darah rendah dan badan lemah.
Uyaina Positif Covid-19 Gejala Dialami
Malah menerusi coretannya juga Uyaina menerangkan gejala yang dialami teruk hingga menyebabkan seluruh badannya berasa sakit. Pengalaman paling tidak dapat dilupakan pada hari kedua dan ketiga dijangkuti virus Covid-19 apabila dia terpaks merangkak untuk ke tandas.
“Lain orang mungkin rasa berbeza apabila kena Covid-19. Ada orang mungkin simptom sederhana.
“Tapi badan saya rasa sakit sangat-sangat terutama hari kedua hingga ketiga dijangkiti. Nak jalan pergi ke tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul.
“Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak bernafas. Demam menggigil dan paling bahaya sebab kacau organ dalaman.
Nikmat Kesihatan Kena Jaga Baik-Baik
“Ini sakit dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Antivaksin? Tak tahu macam mana teruknya badan mereka.
“Saya kongsi gambar ini untuk ingatkan diri sendiri tentang apa rasanya badan sihat.
“Untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah kesihatan.
“Kita kena jaga baik-baik. Kekal selamat semua.
“Saya doakan anda tak kena Covid-19 terutama orang-orang tua dan kanak-kanak sebab tak tahu bagaimana badan mereka nak terima.
“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid,” luah Uyaina.
Waahhh… seronok dengar cerita persiapan hari raya pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, kalau tahun 2017 baju raya Che Ta ada 30 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya tetapi berbeza tahun ini dia cuba bersederhana dengan menyiapkan 20 pasang persalinan.
Haaa… jangan tak tahu, semua baju rayanya sudah siap gosok cuma tinggal untuk dipakai saja lagi.
“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang.”
Tudia… semangat sungguh nooo! Agaknya apa lah fesyen beliau dan keluarga pada tahun ini? Yang pasti, tentunya semua sedondon.
Pernah Dikecam Sebab Koleksi Baju Raya
Tahun-tahun sudah wanita yang turut memegang gelaran usahawan berjaya ini pernah dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarganya. Namun ada sesetengah peminat tak sabar nak tengok pakaian sedondon Che Ta bersama keluarganya, terutama bersama si kecil Aaisyah yang makin cantik bergaya.
Sebenarnya sebelum ini dia pernah dilantik sebagai duta jenama pakaian sebuah butik selama setahun, jadi dia diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Jadi tahun ini janganlah kecam lagi ya. Doakan yang baik-baik buat Che Ta dan keluarganya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...