
Isi Kandungan
ToggleKebiasaannya jika ingin ke mana-mana, selain ‘handphone’, duit mesti ada ada di tangan dan dibawa bersama. Kedengaran seakan mustahil tetapi seorang lelaki dari Jepun mampu meneruskan hidupnya tanpa menggunakan wang tunai sejak 36 tahun lalu apabila hanya berbelanja dengan baucar terkumpul.
Ganjaran Hasil Pelaburan
World of Buzz melaporkan, Kiriya Hiroshi, 71, melakukannya dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun.
Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan dibuat.
Kiriya mengumpul baucar yang diperolehnya itu untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut atau makan di restoran.
Dompetnya juga tidak diisi dengan wang tunai sebaliknya berisi baucar terkumpul yang diterimanya .
Rancang Perbelanjaan
Tabiat Kiriya adalah merancang perbelanjaan dengan bijak dan tidak akan sesekali berbelanja melebihi nilai baucar dimilikinya.
Kiriya juga lebih selesa hidup sederhana dan tidak bermewah malah menggunakan basikal untuk bergerak ke sesuatu tempat.
Lelaki itu turut menyewakan beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa bagi menambah pendapatan dan sebagai langkah penjimatan.

Hasilnya, Kiriya berjaya membeli tiga rumah diidamkan dan sehingga kini, nilai sahamnya mencecah 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta).
Ia adalah hasil pelaburannya di 900 syarikat yang memberi baucar lumayan setiap tahun.
MW: Kalau begini salah satu cara berjimat apa salahnya. Tindakan yang bijak, jadi wang yang ada boleh disimpan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Bolehlah kita kumpul baucar banyak-banyak lepas ni.
Sumber: Hmetro, Worldof buzz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangkitan Cacing Boleh Akibatkan Anemia & Ganggu Tumbesaran Anak, Mak-mak Mohon Bagi Ubat Cacing Ikut Waktu

Isi Kandungan
ToggleSecara jujurnya bila kali terakhir makan ubat cacing? Jika sering rasa letih,tak sihat, sakit perut, batuk teruk berpanjangan dan sebagainya mungkin merupakan tanda, tubuh badan ada jangkitan cacing!
Bahaya sebenarnya jika cacing-cacing ini dibiarkan ‘membiak’ didalam badan kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan pada kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian nota ringkas mengenai jangkitan cacing oleh Dr Abdul Rahim Nor sebagai panduan.
ILMU KESIHATAN. Artikel 274
1. Jangkitan cacing berlaku daripada pencemaran tanah yang tercemar dengan telur cacing. Telur ni mencemarkan tanaman & tangan anda. Tangan & makanan yang tidak dibersihkan menyebabkan telur cacing dimakan & larva menetas dalam usus anda.
2.Ingat cacing hidup dalam badan semua manusia.kanak-kanak atau anda yang dewasa yang rendah immune & kebersihan tak dijaga.
3.Ubat cacing diambil setiap 6 bulan selepas anak 1 tahun 6 bulan. Ubat Albendazole/Mebendazole yang hapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Ia halang penyerapan gula pada cacing & cacing kehilangan tenaga & mati.
4.Cacing bukan dalam usus saja. Tapi boleh merayap ke mata, hati, paru-paru, hati, gallbladder & salur darah.
5.Jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit dari haiwan peliharaan anda seperti kucing /anjing & lain-lain binatang peliharaan..
Tanda-Tanda Ada Infeksi Cacing
* Keluar cacing daripada lubang najis atau nampak cacing pada najis.
* Gatal dubur.
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah kerana ada cacing yang hisap darah anda.
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Menggesir gigi ketika tidur malam.
* Batuk teruk berpanjangan, batuk berdarah, asthma sebab cacing di paru2.
Cara-cara Elak Jangkitan Cacing
* Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan.
* Cuci tangan selepas keluar tandas. Ingat basuh tangan sebelum makan.
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda.
* Pakai kasut bila keluar rumah sebab ada cacing boleh masuk menerusi kulit anda.
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah.
* Makan ubat cacing setiap 6 bulan.
* Namun, wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang makan ubat cacing!

Kesan Sampingan Infeksi Cacing
1. Perut tersumbat dengan cacing. Tak boleh berak. Muntah tak henti. Perut kembung.Operate buangkan cacing tu.
2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru & anda batuk serta lelah.
3. Cacing yang banyak pada usus besar dan rektum boleh akibat usus terkeluar dari lubang dubur.
4.Ada cacing hisap darah menyebabkan kita kekurangan darah atau anemia. Anemia ganggu tumbesaran kanak-kanak & kegagalan jantung.
Jadi jangan pandang acuh tak acuh.Bahaya jangkitan cacing ni.
Cara Nak Bunuh Cacing
1.Makan buah tomato mentah atau
Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
2.Minum air kelapa.Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
3.Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu.
Kredit: Dr Abdul Rahim Nor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isma Halil Meraung Dan Sujud Syukur, Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

Isi Kandungan
ToggleIsma Halil meraung dan sujud Syukur, terlepas hukuman gantung sampai mati. Pastinya hari yang sangat bermakna buat bekas dj Isma Halil, apabila dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh mahkamah sebentar tadi.
Memetik laporan Harian Metro, bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis dan sujud syukur selepas dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, pada September 2021.
Isma Halil Meraung Dan Sujud Syukur
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas ‘Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Muhammad Jamil dalam alasan penghakiman berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh manakala bilik dadah itu ditemui boleh diakses ramai orang.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Saya Bukan Rasis & Ramai Kawan Bangsa Lain”, Atlet Hoki Negara Redha Hukuman Digantung
Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati
Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Kongsi Lukisan Terakhir Anak Syurga, Aydan Gembira “Dibedung” Rupanya Petanda Tubuhnya Dikapan

Isi Kandungan
ToggleIbu kongsi lukisan terakhir anak syurga, Aydan gembira “dibedung, rupanya petanda tubuhnya dikapan.
Keriangan seorang anak syurga menunjukkan sebuah lukisan tubuhnya dibedung dan dirinya kembali seperti baby, menjadi petanda akhir bahawa dirinya akan pergi selama-lamanya.
Ibu Kongsi Lukisan Terakhir Anak Syurga
Dalam kemalangan di Bangi, Khamis lalu, keriangan seorang anak tunggal, Aydan Hadiff, tujuh tahun mengikut ayahnya menunaikan solat tarawih berakhir dengan tragedi apabila terlibat kemalangan dan dirinya dijemput Allah dalam keadaan khusnul khatimah.
Namun apa yang membuat ramai sebak, di sebalik kisah kemalangan itu, anak syurga ini seolah sudah mempersiapkan dirinya bertemu Allah azzawajaala dalam keadaan cukup bersih dan bersiap sedia mengenai kematiannya.
Petanda kematian itu semakin jelas pada anak syurga ini, namun mungkin dirinya tidak tahu mengungkapkannya bagaimana. Namun ia ditunjukkan melalui lukisan yang dilukisnya sendiri.
Dikongsi dari fb ibunya, Wunny Amir, ibu ini berkongsi catatan-catatan ringkas mengenai anak syurganya ini dan ia cukup membuatkan ramai berasa sebak.

Aydan Gembira “Dibedung” Rupanya Petanda Tubuhnya Dikapan
Di salah satu catatannya, Wunny berkongsi lukisan Aydan dibedung tapi rupanya itulah pakaian akhir anaknya.
“Mama2, tengok ni Aydan lukis”, Aydan datang tunjuk lukisan dia dengan nada penuh keceriaan.
“Aydan lukis Mama Ayah ngan Aydan. Ni Aydan tengah tidur”
“Comelnya… kenapa Aydan tidur, Mama ngan Ayah tak tidur?”
“Aydan tidur dulu. Nanti mama ngan ayah tidurlah”
“Kenapa tidur jauh sangat, bukan Aydan tidur tengah ke?”
Aydan hanya ketawa kecil.

“Kenapa takde kaki tangan ni?”
“Ish mama ni, ni yg macam baby pakai tulah mama. Aydan jadi baby balik, hehe”
“Owh pakai bedung ye”
“Haaa”
Alllahu.. rupanya bukan kain bedung tapi kain kapan
Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sebijik dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Luluh Hati Cikgu, Anak Murid Kemalangan Selepas Beli Buku Sekolah!
Kerana Lori Terlebih Muatan, Lelaki Hilang Anak, Isteri Parah Dalam Kemalangan
“Ayah Jaga Diri, Yusuf Bawa Mak Sekali..” Kata Yusuf Sebelum Kemalangan Maut 4 Beranak
Di satu lagi catatannya di saat mamanya mengajak solat, Aydan berkata Mama solatlah untuk Aydan.
M: “Aydan, jom solat”
A: “Mama solatkan”
M: “Ish mana ada org boleh solatkan, kena solat sendiri la. Bila kita meninggal nanti baru orang mandikan, solatkan.. “
Inilah dialog hampir setiap hari selama seminggu dua ni.

Allah.. tak sangka anak mama memang nak disolatkan.
Mama dan ayah minta maaf tak dapat solatkan Aydan. Tapi kami dah wakilkan ramaaii yang solatkan dan doakan Aydan.
Bermain dengan gembira di sana ye. Nanti jemput Mama Ayah sekali ye, kita main kat sana sama-sama.

Bahkan anak kecil ini seakan sudah tahu “pemergiannya” dengan mengajak berpindah ke “rumah baru”.
“Mama, jomlah kita pindah”
“Nak pindah mana pulak kan kita baru pindah sini”
“Kita pindahlah Rumah Atas Tanah (landed house). Aydan nak bela kucing.”
Ini Mama ngan Ayah dah hadiahkan ‘rumah atas tanah’ ye sayang.. boleh bela kucing banyak-banyak kat sana ye..
Al-Fatihah buat arwah Aydan Hadiff. Semoga ibu ayah ini tabah dengan ujian Allah ini di bulan Ramadan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI