Sebenarnya bila waktu betul untuk buat ujian kendiri Covid-19 guna ujian antigen (RTK-AG) sebaik anda tahu yang anda ‘close contact’ dengan mereka yang positif Covid-19 .
Dr Izzar Anwari yang juga suami pelakon, Ummi Nazeera menjelaskan mengenainya. Bagus infonya untuk anda hadamkan.
Kerana dalam keadaan Covid-19 yang semakin meningkat ini, anda patut tahu serba sedikit mengenainya.
Malah, Dr Izzar juga pernah berkongsi agar isi rumah penting menyimpan termometer dan oximeter.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga bila mana anda perlu kuarantin di rumah sendiri.
Cara Betul Buat Ujian Kendiri Covid-19 Guna RTK-AG
HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH!
Mula-mula kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu,
- HARI UJIAN DIBUAT dan,
- VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi.
Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI.
Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Waktu Bila Viral Load Close Contact Tinggi?
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi?
Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif.
Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak?
Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu.
Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Close Contact Buatlah Ujian Kendiri Hari Ke 3-5
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia.
Dan kalau kita tiba-tiba bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula-mula buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi.
PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri dan 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :
- Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.
- Buat ujian apabila bergejala
- Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
#drizzarshares
Sumber/Foto : Dr Izzar
Cari Kit Test Covid-19 di sini : https://invol.co/cl94yum
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.
Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik untuk daftar penyertaan atau klik : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI