Setiap wanita mengimpikan bentuk badan yang langsing dan kurus. Bukan hanya untuk tampil yakin di khalayak ramai tapi keselesaan diri sendiri. Tidak hairanlah ada yang sanggup melakukan pembedahan perut untuk kurus. Jadi, tidaklah rasa malu dan bolehlah mengenakan baju yang diidam-idamkan.
Terdapat banyak cara yang dilakukan oleh wanita yang mempunyai berat badan berlebihan untuk kurus. Mungkin ada sesetengah tidak mampu untuk melakukan senaman secara rutin atau istiqamah sebabnya banyak gangguan yang boleh membuatkan mereka ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Jalan mudah yang mereka lakukan adalah dengan membuat pembedahan perut untuk kurus. Kononnya, inilah cara yang paling mudah dan singkat untuk kurus.
Sebenarnya, pembedahan perut untuk kurus seperti bariatrik bukanlah jalan mudah untuk seseorang itu tampil kurus dan langsing. Memanglah, ia boleh kurus tapi kita tak tahu apa kesan yang akan datang di kemudian hari, jika tidak kena caranya.
Sebab itulah, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ada menjelaskan lebih lanjut tentang hal yang berkaitan dengan pembedahan perut untuk kurus ini.
Pembedahan bariatrik adalah pengubahan kapasiti perut melalui beberapa cara.Kaedah ini disarankan apabila masalah berat badan pesakit membawa risiko yang lebih besar daripada risiko pembedahan bariatrik itu sendiri.
Selain itu, pembedahan ini dilakukan untuk menyekat jumlah pengambilan makanan sebagai menguruskan masalah kesihatan individu obes melampau yang mempunyai komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya.
Ada beberapa jenis pembedahan bariatrik, antaranya:
Ads
a) Roux-En Y Gastric Bypass b) Vertical Sleeve Gastrectomy c) Biliopancreatic Diversion/Duodenal Switch d) Adjustable Gastric Band
Semua pembedahan ini ada risikonya sendiri. Teknik-teknik yang melibatkan pemotongan kantung perut dan penyambungan semula memungkinkan risiko jangkitan kuman, kebocoran pada sambungan, pendarahan, dan sebagainya.
Adjustable Gastric Band tiada pemotongan kantung perut, tetapi ia menggunakan alat untuk menjerut kantung perut. Maka penggunaan alat ini mempunyai risiko jangkitan kuman, kegagalan implan, hakisan perut, perut terjerut dan lain-lain.
Oleh kerana wujud risiko seperti ini, hanya individu yang benar-benar memerlukan patut menjalani pembedahan bariatrik ini. Selain itu, individu yang telah menjalani pembedahan ini perlu bersedia mengubah cara pemakanannya.
Tidak Boleh Makan Kuantiti Normal
Selepas pembedahan ini, pesakit tidak lagi boleh makan pada kuantiti normal kerana saiz perut telah dikecilkan sehingga hanya mampu memuatkan sebahagian daripada kapasiti sebelum ini. Makan sikit sahaja dah rasa penuh perut.
Ads
Penyesuaian kepada kuantiti makanan yang kecil ini tidak mudah. Oleh kerana akan cepat penuh, makanan yang dimakan perlulah yang benar-benar berkhasiat sahaja. Jika tak jaga makan, maka akan berlaku kekurangan nutrisi dan ganggu kesihatan.
Semua ini perlukan keazaman, iltizam, dan ketahanan mental yang tinggi. Tak usah fikir ia mudah, kerana cabarannya lebih kurang sahaja dengan penurunan berat badan dengan cara penjagaan makanan tanpa sebarang pembedahan.
Ditekankan sekali lagi bahawa pembedahan bariatrik bukan jalan mudah untuk langsing, ia adalah rawatan kepada kondisi kesihatan yang seharuskan diputuskan keperluannya oleh doktor bertauliah. Buat hanya bila benar-benar perlu.
Fokus untuk sihat, bukan untuk kelihatan sihat!
MW: Tidak dinafikan kos untuk cara ini pun boleh tahan harganya. Jadi, jalan terbaik kuruslah dengan cara yang betul dan sihat, paling penting kena kawal pemakanan.
‘Trend’ Bela Ayam Hibrid Seberat 50gram, Dijadikan Haiwan Peliharaan Di China! Berbanding kucing, burung, ikan dan anjing, spesies ayam hibrid yang dikenali sebagai ayam rutin kini menjadi kegilaan dan trend dalam kalangan pencinta haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Ayam Hibrid Domestik
Ayam hibrid domestik itu malah disifatkan sebagai ‘ayam terkecil di dunia’, iaitu hanya sebesar penumbuk manusia dan seberat 50 gram.
Golongan pencinta haiwan di China ketika ini berlumba-lumba mendapatkan ayam tersebut dan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Reban Istimewa
Malah, mereka juga menyediakan ‘reban istimewa’ untuk ayam tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai bahan termasuk lampu, tumbuhan, tangga dan juga ‘rumah tidur’.
Ayam tersebut mendapat nama daripada vitamin P, iaitu flavonoid yang terdapat dalam buah-buahan sitrus serta beberapa tumbuhan.
Bertelur 300 Hari
Ayam itu juga merupakan haiwan yang produktif, iaitu mampu bertelur 300 hari dalam tempoh setahun.Biasanya, telur yang dihasilkan lebih kecil berbanding telur burung puyuh.
Biarpun boleh dipelihara dalam rumah kondominium memandangkan saiznya yang kecil, ayam rutin sebenarnya memerlukan lebih banyak penyelenggaraan berbanding anjing dan kucing.
Selain itu, haiwan berkenaan juga memerlukan suhu yang bersesuaian agar tidak terlalu sejuk dan juga panas.
Mingguan Wanita: Comel juga ayam kecil macam ni, hanya seberat 50 gram dan sebesar saiz penumbuk manusia je. Malah kerap bertelur pula.Memang menarik dijadikan haiwan peliharaan.
Ibu sebak terima kejutan, Jojo Ghazali hadiahkan jam mewah Rolex. Sentiasa menjadi pendorong kepada kejayaan anaknya dalam sukan Muay Thai hingga mencipta nama di peringkat antarabangsa, Jennana Johnson sebak ketika menerima hadiah kejutan dari anaknya, Johan Ghazali berupa jam tangan mewah berjenama Rolex.
Dilihat mengalirkan air mata, dirinya sama sekali tidak menyangka akan menerima kejutan istimewa itu. Dia yang padanya beranggapan anaknya itu mahu membuat rakaman video berkaitan minyak wangi namun rupanya menerima hadiah yang sangat istimewa dari anak keduanya itu.
“Mama ingat nak buat rakaman video minyak wangi, rupa-rupanya. Alhamdullilah, katanya yang dilihat memeluk anak remajanya itu dalam keadaan berlinangan air mata.
Dalam kapsyen yang disertakan Jojo, dia hadiah jam ini khusus buat insan paling istimewa dalam hidupnya dan bersyukur kepada hadrat Allah kerana berkesempatan memberikan sesuatu yang bernilai buat orang tersayang.
“Hadiah istimewa untuk insan yang sangat istimewa. Alhamdulillah Allah telah memberkati saya untuk memberi kembali kepada orang-orang yang telah berada di sana sejak hari pertama dan tanpa ragu-ragu akan selamanya ada untuk saya,” tulisnya.
Berdarah kacukan Malaysia, Indonesia dan Jepun dari sebelah bapa, dan Amerika Syarikat dari ibunya Jojo merupakan anak kedua daripada empat adik beradik yang kesemuanya merupakan atlet Muay Thai dan potensinya sangat menyerlah pada usia muda.
Ternyata, perkongsian atlet Muay Thai negara ini memberikan inspirasi kepada orang ramai yang menonton momen dikongsi Johan Ghazali di akaun instagramnya.
Pada usia muda, dengan kesungguhan dan disiplin, dirinya mancapai kejayaan dalam sukan lasak. Biar sudah punya kekasih, namun dirinya tidak pernah melupakan ibu yang membesarkan dan ada kala sama-sama berlatih Muay Thai bersamanya.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Siapa Anak Kena ‘Chicken Pox’ Tolonglah Duduk Rumah Jangan ‘Selfish!,” Anzalna. Dalam perkongsian terbaru pelakon cantik Anzalna Nasir, 35 ini di Instagram ada berkongsi luahan rasa kesal kepada mak ayah yang bersikap pentingkan diri dan tetap membawa anak-anak pergi beraya meskipun anak tidak sihat dan menghidap demam campak (Chicken pox). Bukan apa, penyakit seperti demam campak ini boleh berjangkit pada orang lain pula.
Jangan Bersikap Pentingkan Diri
Ia susulan anak-anak saudaranya berjangkit penyakit demam campak ini sewaktu hari raya.
“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox! Kesian @the_angguns.”
“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish!” ujarnya.
Tip Hilangkan Gatal & Kesan Parut
Disamping itu, ibu kepada dua orang cahayamata ini juga ada berkongsi tip bagi mengurangkan kegatalan dan kesan parut akibat demam campak. Iaitu dengan berendam di dalam air Soda Bikarbonat.
“Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada. Doktor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan,” ujar pelakon ini.
Hasil perkahwinan dengan Hanif Zaki pada 2016, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel bernama Mohamad Eidress,4 dan Mohammad Emirhan, 11 Bulan.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Anzalna ini. Jadi mak ayah jangan pentingkan diri, bawa anak-anak yang berpenyakit demam campak pergi beraya. Penyakit sebegini memang berjangkit dan boleh menjangkiti anak orang lain pula.