Kalau anak tak sihat, orang yang paling risau tentulah mak-mak. Mahunya tak tidur malam dibuatnya. Bila dah bagi ubat demam dan anak keluar peluh, barulah rasa lega.
Bagaimana pula kalau suhu anak terlalu tinggi. Biasanya mak-mak terus bagi ubat demam melalui punggung. Dikatakan ubat yang diberikan melalui punggung ini cepat berkesan. Tapi, kenalah tengok suhu anak terlebih dahulu.
Beotu juga dalam memilih ubat demam terutamanya ubat punggung, mak-mak kena hati-hati sebab bukan semua sesuai untuk anak. Kena perhatikan betul-betul. Ini yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin tentang perkara ini.
Saya bertanya pada si ibu kerana ia membantu dalam kami membuat rawatan.
“ada, saya ada beri ubat bontot.. Ubat demam’
Puan tahu nama ubat tu?
Ads
Declofenac ke, paracetamol ke..
“Oh, saya tak tahu…”
(ini jawapan selalu kami terima)
“Saya nasihatkan puan ambil tahu nama ubat ya.
Ubat yang diberi melalui punggung tu pun ada beberapa jenis.”
“Ada beza ke kalau declofenac arau paracetamol? Kan dua-dua ubat demam?”
”Walau keduanya ubat demam, tetap ada bezanya puan. Ubat declofenac tak sesuai diberikan kepada kanak-kanak. Lebih sesuai berikan ubat paracetamol untuk kawal demam. Sebab kita tak tahu jangkitan apa buat anak demam.. kalau demam disebabkan oleh influenza virus, ada kajian yang nyatakan ia lebih memudaratkan.”
Department of Pediatrics, Graduate School of Medicine, University of Tokyo misalnya ada melaporkan bahawa penggunaan NSAID termasuklah dicofenac boleh memburukkan kesihatan kanak-kanak yang dijankiti influenza virus.
Ads
Ubat diberikan melalui anus (lubang dubur) bukan satu jenis saja tau. Antara yang kerap digunakan):
1. Paracetamol, ini ada dua dos 125mg dan 250mg.
2. Diclofenac (atau nama lain voltaren) pun dua dos juga iaitu 12.5mg dan 50mg. Kena perhati betul-betul nama dan dos yang ditulis.
Walau bagaimanapun, menurut Dr. Anayasmin:
“Ubat demam melalui punggung ini bukanlah wajib tetapi boleh berikan apabila suhu anak 38’C ke atas.
“Jika anak masih boleh makan ubat, berikan ubar makan terlebih dahulu.
“Jika anak demam diikuti dengan muntah dan cirit birit, langsung tidak boleh ambil ubat makan, jadi ubat ‘bontot’ adalah pilihan yang ada.
“Selain itu, jika suhu anak demam tinggi iaitu 40’C dan bimbang ia boleh menyebabkan sawan demam, boleh gunakan ubat ‘bontot’ untuk cepat turunkan suhu badan.”
Sebaiknya dapatkan dos yang sesuai. Tapi kalau terpaksa potong, jangan potong merentas tetapi potong ubat supp ni memanjang. Agar keberkesanannya masih kekal.
Ini dos yang disarankan: a) Supp PCM 125mg: 6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp 4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp
Ads
b) Supp PCM 250mg: 5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp 9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp
Jadi, jom ambil tahu ubat anak kita, memandangkan sekarang ramai kanak-kanak tak sihat.
Kalau demam dan ada simptom COVID bawa segera ke hospital.
#drana
#kesihatankanakkanak
MW: Mak-mak kena ambil tahu dan jangan salah ubat ‘bontot’ yang sesuai dengan anak.
Mi basah yang terdiri daripada mi kuning atau kue tiau antara bahan makanan yang mak-mak mesti ada untuk masak pada hari-hari tertentu. Semntelah kalau tetamu datang, inilah bahan makanan yang senang dan cepat untuk masak.
Namun, ada masanya mak-mak beli tapi akan tersimpan sampai dua tiga hari baru nak masak. Nak bagi tahan lama, mak-mak terus saja masukkan dalam peti ais. Tiba nak masak,jadi keras dan mi pun patah-patah.
Rupanya, ada cara dan petua nak bagi mi basah yang terdiri daripada mi kuning dan kue tiau ini tahan lama sampai 2-3 minggu. Boleh cuba cara ini.
Hari tu ada yang tanya macam mana nak simpan mi basah ni supaya tahan lama
Selalunya setiap bulan akan masak laksa. Jadi, cara ini nak pastikan laksa basah yang dibeli tahan lama dan tak berbau hapak dan sebagainya.
Cara ni sesuai utk semua jenis mi basah (mee kuning, kue tiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
Tapi kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti ia mem ‘beku’ dan melekat-lekat mi nya.
Bila nak makan kena rebus balik, lepas tu sebab ia keras kejung mulalah dia patah-patah dan tak cantik mi nya. Lepas tu lama pulak nak tunggu mi tu terurai satu-satukan. Rasa-rasanya mak-mak pun pernah alaminya.
Jadi cara yang sebetulnya (ni tanya penjual laksa dan mee kari), lepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup, letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu.
Pastikan ia tak seketul membongkah. Jangan kena air. Pastikan bekas nak di isi tu pun kering. Tutup bekas dan masuk dalam peti ais bahagian chiller. Tiga minggu pun boleh tahan. Nanti masa nak makan rebus air sekejap , air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi cantik tak patah-patah.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Baru tahu cara betul nak simpan mi basah ye. Kalau nak letak dalam peti ais pun dah tak risau, dah tahu cara yang betul.
Kuali non stick, rasanya setiap rumah pasti akan ada kuali seperti ini. Bukan apa, ia memudahkan mak-mak untuk memasak dan paling penting, ia tidaklah melekat dan memanjangkan jangka hayat kuali baru.
Namun, kebiasaannya kuali non stick ini hanya awal-ala saja tak melekat, lama-lama ia tak tahn lama juga. Bukan setakat ada yang calar tapi bahan masakan akan melekat juga.
Jadi, mak-mak bila dah beli kuali non stick ini, jangan terus pakai atau hanya basuh saja. Nak bagi tahan lama dan tak melekat, kena sesoning dulu. Boleh ikuti perkongsian daripada video tiktok Lyndabubakar ini.
Kuali Non stick Kena Seasoning Dulu!
Tujuan ‘seasoning’ ialah:
1. Menutup liang yang terbuka.
2. Pre-coating permukaan untuk mengelakkan oxidation.
Caranya:
1. Basuh guna span lembut dan air sabun.
2. Masak air dalam kuali / periuk.
3. Biarkan sejuk dan basuh.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Sapu minyak ke seluruh permukaan kuali.
6. Lepas sejuk boleh basuh dan kuali sedia berkhidmat.
Mingguan Wanita : Ingat tu kena seasoning duu, jangan terus pakai ye!
Walaupun bajet tak banyak, sebenarnya tetap boleh buat sendiri meja TV yang cantik dan kemas. Yang penting kena kreatif.Orang bujang mahupun, pasangan yang baru kahwin, kalau takde bajet besar boleh cedok inspirasi meja TV konsep Industi yang dihasilkan oleh Mohd Akmal Azizini.
“Nak beli yang elok duit tak ramai, ni projek asal boleh letak tv je”
Material :
•pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood
Info Ekstra!
Paip penyambung @ Y Ada jual online di Shopee.
Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50″ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong.Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak.Kos yang guna ni dalam RM30 laa cincai.
Papan macam ni memang boleh beli ikut meter.Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet. Ni saya pakai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood, tapi ‘keras’ modal.
MW: Menarik juga idea buat meja tv ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik malah lebih puas hati bila buat sendiri.
Anak dilindungi takaful RM1.2 juta tapi keluar hospital kena bayar RM59,250,ibu luah kekecewaan.
Seorang ibu, Fatimah Shasni meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas tuntutan...