Doakan Pasangan Dengan Ayat Ini, Lembutkan Hati ‘Panas’, Rezeki Pun Melimpah

Alangkah deritanya hati apabila terpaksa hidup dengan pasangan yang keras kepala, panas baran. Kata-katanya kasar, jarang sekali nak memuji apatah lagi menenangkan.

Wahai isteri, apa kata amalkan doa yang sangat baik yang dikongsikan Ustaz Farid Rashidi ini. Bukan saja dapat melembutkan hati pasangan, malah dilimpahi rezeki yang banyak.

Doa Melembutkan Hati Pasangan, Rezeki Melimpah

Macam mana nak lembutkan hati suami, dia baran dan selalu bersikap kasar sangat. Kadang-kadang tangan naik sekali. Saya sedih betul.” Luah si isteri.

Ini yang selalu berlaku. Pernah juga saya dapat soalan begini. Termenung panjang nak menjawab. Rasa bercampur baur.

Ada tak doa untuk lembutkan hati keluarga sendiri? Doa yang bagi terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan. Kadang sedih sangat ahli keluarga sendiri tak solat, tak puasa…”

Soalan begini pun selalu ditanya. Saya faham situasi yang dialami, sememangnya suami atau isteri akan tertekan dan susah hati bila pasangannya begitu.

Walaupun hensem, harta berjuta sekalipun kalau perangai buruk, panas baran, kaki pukul apalagi derhaka pada Allah SWT dan gemarkan maksiat, mestilah si isteri akan gusar hati bukan?

Ads

Begitu juga kalau anak-anak degil dan keras hati, sudah tentu ibu bapa akan runsing.

Ini Doanya Yang Diambil Dari Al Quran

Sebenarnya banyak doa yang sangat baik diamalkan. Khususnya yang diambil dari ayat al-Quran. Al-Quran itukan Kalamullah, di dalamnya terkandung penawar.

 

Doakan Pasangan Dengan Ayat Ini, Lembutkan Hati PANAS, Rezeki Pun Melimpah

 

Ads

Antaranya firman Allah SWT:
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
[Surah Asy-Syura: 19]

 

Doakan Pasangan Dengan Ayat Ini, Lembutkan Hati PANAS, Rezeki Pun Melimpah

Ads

 

Juga dari firman Allah SWT:
طه.
مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ.
إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ.
تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى.
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ.
Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”
[Surah Taha: 1-5]

Bacalah dan niatkan agar Allah SWT lembutkan si dia. Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang baik-baik itu. Insya-Allah, biiznillah.
Bantu share untuk manfaat semua ya.
#UFR

MW : Semoga kita konsisten mengamalkannya, dan menjadi asbab dimakbulkan doa setiap pasangan rumah tangga yang berdepan kesulitan pasangan panas baran.

Baca sini : Suami isteri saling tak berkira, punca rezeki rumah tangga makin lebat

Sumber/Foto : Farid Rashidi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI