Esok anak-anak tingkatan lima, atau calon SPM 2020 Batch 03 bakal menduduki peperiksaan SPM. Begitu juga dengan anak pelakon Norman Hakim bernama Danish Hakim ini. Terharu dengan permintaan anak, ayah ini usaha menenangkan dan memberi kata-kata semangat.
Dalam kiriman pesanan untuk si ayah, Danish memohon agar ayahnya mendoakan kejayaannya untuk score 7A dalam subjek yang diambil. Pada masa yang sama Norman juga memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat calon peperiksaan yang lain.
Doakan Abang Seluas Rezeki.. – Danish Hakim
Tulis Danish, “Salam Tahajud Papa. Doakan abang luas rezeki, kaya berjaya dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan mendapat score straight A’s untuk 7 subjects paper yang bakal abang hadapi mulai esok, insyaAllah.
“Abang minta maaf banyak buat salah kat papa. Terima kasih besarkan dan sayang abang. Abang sayang Papa.”
Ads
Dan ayah ini membalas dengan tenang, memberi kekuatan semangat buat anaknya.
“Waalaikumsalam, abang sayang. Doa Papa buat abang tak pernah putus sejak hari pertama papa azankan abang kat telinga kanan dan iqamah kat telinga kiri abang pada 24/3/2003. Abang pernah berdepan dengan cabaran lagi besar sebelum ini masa nak syahadah hafazan 30 juzuk Al-Quran kat Turki 3 tahun lepas.
Masa tu kitaorang semua jauh dan Alhamdulillah dengan bantuan Allah, abang berjaya sempurnakan. Kali ni in shaa Allah abang dah berusaha yang terbaik untuk berdepan dengan SPM.”
Hubungi Para Guru, Mohon Maaf & Minta Halalkan Ilmu
Malah, Norman Hakim turut menasihati anaknya itu agar menghubungi para gurunya untuk memohon maaf dan mohon keberkatan ilmu daripada mereka.
Ads
“Jangan putus berdoa dan minta bantuan Allah s.w.t dan para malaikat di sekeliling. Sekejap lagi call@whatsapp semua guru-guru subjek yang 7 tu dan semua guru-guru yang pernah mengajar abang sebelum ini.
Minta maaf dengan diaorang jugak dan paling penting mohon diaorang halalkan segala ilmu yang pernah di’ijazah’kan pada abang. I love u so much. Put Allah s.w.t first, in shaa Allah, u’ll never be last.
Selagi letak Allah no.1, in shaa Allah abang tak perlu risau dan takut dengan apa jugak dalam dunia ini. Abang akan terus berjaya dunia akhirat selagi letak Allah s.w.t, cara hidup Rasulullah s.w.w & Al-Quran dalam HATI.”
Ads
Akui Norman lagi, paparan nasihat untuk anaknya itu adalah sekadar berkongsi dan berpesan-pesan dari hati buat batch 03 yang bakal menduduki SPM bermula esok, termasuk anaknya sendiri, @danishhakimofficial
“Mohon satu Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan buat mereka semua.”
Allahu, nasib malang menimpa budak lelaki berusia 5 tahun ini bila menemui ajal dengan tragis ditangan ayah kandung sendiri! Semuanya gara-gara si ayah berhalusinasi gila, bahana mengambil syabu dan peminum tegar air ketum. Seorang ayah sanggup bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya berusia lima tahun yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah Flat di Puchong Permai, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, suspek berusia 35 tahun dikatakan menetak tiga kali dibahagian kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya itu sehingga maut dengan parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis, kira-kira jam 5.45 petang.
“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri di dalam.
“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya adalah mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan.
“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hanya Tinggal Berdua
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berdua bersama bapanya di rumah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan parang di dalam kediaman itu,” katanya, hari ini.
Tambah Azlin, hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki terbabit mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara menyuruhnya berbuat demikian.
Jelasnya, sebaik sahaja suspek menetak anaknya, kanak-kanak terbabit diletakkan di hadapan rumahnya manakala suspek mengurungkan diri dalam kediamannya.
“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini kes dianggap selesai,” ujarnya.
Semoga berbahagia di syurga duhai anak. Diharap agar keluarga ini tabah dan diberi kekuatan dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan ini. Semoga pelaku mendapat pengajaran yang setimpal.
‘Rindu bidadari. Lama tak dapat berbuka sekali.’ Demikian luah pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam media sosialnya.
Ustaz yang aktif menjalankan kerja-kerja dakwah di dalam mahupun luar negara, begitu sibuk malah terkejar-kejar waktu. Membuatkan masanya teramat terhad untuk pulang berbuka bersama isteri tercinta dan anak-anak.
Namun, sebagaimana semua maklum, ustaz begitu menghargai waktu kualiti yang sedikit itu bersama ahli keluarganya. Tak pernah tidak ustaz membuat kerja-kerja dapur untuk meringankan beban isteri.
Malah, keprihatinannya terhadap emosi seorang isteri begitu tinggi sekali. Alangkah beruntungnya bidadari Ustaz Ebit Lew ini.
Rindu Bidadari..
Kongsi Ustaz Ebit lagi,
“Selalu misi berbuka di jalanan dalam kereta je jamah apa yang ada je. Selalu terkejar-kejar misi membantu mereka yang memerlukan.. Dah selesai misi tengah malam baru rasa nak makan. I love you bidadariku.
10 hari akhir Ramadhan ini semoga kita bertemu LailatulQadar. Ya Allah berilah kami bercinta di dunia dan bercinta sampai syurga. Semoga Allah jaga mak ayah kita dan beri mereka syurga Firdaus. Anak kita jadi anak soleh solehah.
Sahabatku di malam-malam LailatulQadar ini jika teringat sebutlah namaku dalam doamu. Saya doakan Allah hadiahkan kita semua LailatulQadar. Saya doakan Allah kabulkan semua doa tuanpuan semua yang baik-baik. Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Allah hadiahkan kita kasih sayangnya dan RedhaNya.”
Kisah Ustaz Ebit ini juga dirasai oleh suami isteri yang terpaksa berjauhan dalam perhubungan. Hubungan PJJ yang bukan setahun dua usianya, tentu rindu semakin mencengkam.
Barangkali ketika ini pun anda sedang rindu bidadari masing-masing.
Dalam diuji pandemik, terhalang pula dek PKP/PKPB tentu semakin melelahkan. Semoga pasangan diuji ini juga tabah dan kental jiwanya dan diberikan sinar yang lebih baik kelak.
Ternyata biar pun makanan sejuk beku, ianya juga mudah tercemar dengan virus Covid-19. Oleh sebab itu mak,ayah seharusnya mengambil langkah pencegahan dan berhati-hati.
Biar pun di luar negara, ia tetap membimbangkan. Selepas dibuat ujian, makanan sejuk beku yang diimport dikesan positif Covid-19.
Makanan Sejuk Beku Dikesan Positif Covid-19
Wuhan: Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.
Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.
Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.
Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.
Makanan Sejuk Beku Yang Diimport Dikesan Positif
China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.
Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.
Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan.
MW: Buat masa ini lebih baik mak,ayah membeli stok makanan yang tidak diimport atau ambil tahu dari mana makanan sejuk beku diimport. Walaupun perkara ini berlaku di luar negara, namun apa salahnya mengambil langkah berjaga-jaga.