Doa seorang ibu memberi kesan kepada kehidupan seorang anak. Malahan doa ibu sangat mustajab buat anak tidak kiralah doa baik atau tidak. Oleh itu, mak-mak harus berhati-hati dan jangan terlalu mengikut perasaan.
Walaupun marah mak-mak jangan luahkan perkataan tak elok. Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda ini dan hadam baik-baik:

Doa Ibu Adalah Mustajab

Doa ibu adalah mustajab, jadi doakan yang baik-baik untuk anak-anak supaya senang di masa hadapan mereka. Jangan sesekali kita mendoakan yang tidak baik kepada mereka kerana kata-kata dari mulut ini adalah tiada hijab.
Jika kita sayangkan anak-anak kita sentiasalah sebut perkataan yang elok dan tidak merosakkan emosi anak-anak kita.
Memang lumrah kanak-kanak ini nakalnya sukar dibendung. Itu tidak dinafikan, kita dulu ketika kecil juga pernah nakal kan? Malah kenakalan kita yang terlampau juga membuatkan ibu bapa kita menjadi hilang sabar.
Nah, sekarang ini giliran anak-anak kita pula yang menguji kesabaran kita. Maka bersabarlah dan ucaplah perkataan dan bahasa yang baik-baik saja. Kerana itu adalah doa.
Kasihan anak-anak kita jika kita mendoakan yang tidak elok untuk mereka.

Mak-mak Harus Berhati-hati Kerana Doa Amat Mustajab

Kelak kita akan menyesal dan jika kehidupan mereka susah itu adalah doa yang tidak elok daripada kita, maka sekiranya kita terlalu marah dengan tingkah laku anak-anak kita belajarlah bersabar dan jangan cepat memaki mereka dengan kata-kata yang boleh merosakkan emosi dan masa depan anak-anak kita.
Bahkan mereka juga akan menjadi dendam kepada kita.
Wahai ibu … wahai bapa… kenangkan kembali saat-saat kita menanti kehadiran mereka dalam hidup kita. Betapa tak sabarnya kita ketika itu. Malah macam-macam janji kita luahkan supaya mereka hadir dalam kehidupan kita.
Jadi, didiklah mereka dengan kata-kata yang baik supaya masa depan mereka elok dan kita juga boleh tumpang senang dengan kehidupan mereka kelak.
Baca Juga Di Sini:

Jangan Ikut Perasaan, Ingat Doa Mak-mak Mustajab

Sebagai ibu bapa, janganlah kita anggap diri kita terlalu berkuasa dan menyalahgunakan kuasa yang kita ada. Kerana jika terjadi sesuatu yang tidak elok kepada anak-anak kita kesan dari kata-kata yang tak elok dari kita.
Pasti kita akan merasa menyesal yang tiada kesudahan. Justeru itu, banyakkan bersabar dan doa yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita.
Kecemerlangan kehidupan anak-anak kita di masa hadapan terletak di tangan dan doa kita masa kini. Nasihat untuk diriku yang khilaf ini juga dan pada semua, yang baik jadikan tauladan yang tidak baik cuba-cubalah elakkan.Doa Ibu Sangat Mustajab, Jadi Mak Harus Berhati-hati dan Jangan IKUT PerasaanDoa Ibu Sangat Mustajab, Jadi Mak Harus Berhati-hati dan Jangan IKUT Perasaan
MW: Mustajabnya doa seorang ibu, jadi setiap hari mak-mak amalkan doa yang baik-baik untuk anak-anak apatah lagi ketika menunaikan solat sunat di sepertiga malam. Semoga anak-anak kita dikurniakan kehidupan dan masa depan yang baik. Insyallah. 
Sumber: Cikgu Nurul Haslinda
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI