Apabila seorang suami faham amanah dan agamanya, maka berbahagialah insan tersayang yang ada di sekelilingnya. Demikian yang boleh digambarkan dalam kehidupan rumahtangga pelakon Ashraf Muslimyang dianugerahkan 2 orang isteri, Noor Dayana dan Wan Sakinah serta dikurniakan 3 orang anak, Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Anas Ashraf.
Bagi Ashraf Muslim baik isteri pertama mahupun kedua, mereka tetap insan yang cukup istimewa di hatinya. “Mereka adalah wanita yang luar biasa bagiku. Sentiasa memahami perjalanan hidupku yang berwarna warni ini.
“Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka buatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak.”
Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu.
“Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka seperti orang-orang yang beriman sebelum ini. Amin.”
Itulah doa yang ditujukan buat isteri-isterinya ketika meraikan Hari Wanita semalam.
Ads
Doa yang baik-baik ini juga sentiasa Ashraf titipkan untuk penyambung warisannya iaitu tiga orang anak tercinta.
Inilah Harta Dan Amanah Allah Untuk Ku Jaga – Ashraf Muslim
Akui Ashraf isteri-isterinya itulah harta dan amanah Allah untuknya jaga agar menjadi permata yang bersinar dan melahirkan seorang yang soleh dan solehah.
“Merekalah anak-anakku yang amat ku sayangi, Sarah, Adam dan Anas. Walaupun kadang rasa nak bersilat bila dengan korang ni tapi itulah yang mengajarku menjadi seorang ayah yang hebat untuk mereka.”
Ads
“Terima kasih mama dan ibu tak pernah penat menjaga dan mendidik mutiara-mutiara kita ini. InsyaAllah syurgalah balasannya nanti.
“Wahai anak-anakku, ayah nak ucapkan terima kasih kerana sentiasa memberi inspirasi kepadaku bila setiap saat melihat karenah-karenah kamu semua (senyum je bila anak buat perangai.. hehehe).”
Dan inilah pesanan Ashraf untuk para ibu bapa yang lainnya. “Pada mereka di luar sana, jagalah anak-anak seperti mana nabi kita Muhammad SAW menjaga dan mendidik anak-anaknya.
“InsyaAllah akan dapat kebahagiaan tak terkira nanti.”
Ads
Dah Ada Isteri, Bukan Satu Tapi Dua
Sesungguhnya doa yang baik-baik sebegini, eloklah mak ayah ambil untuk jadikan pedoman. Agar bahtera perkahwinan yang dibina kerana Allah ini biar apa pun cabaran dan rintangannya, akan Allah pelihara dan permudahkan juga.
Malah MW pun bahagia tengok betapa mesranya kedua-dua madu ini, Noor Dayana dan Wan Sakinah. Bergurau bersama sebegini pun dapat merapatkan kemesraan antara mereka.
Bila mana mereka bergurau dengan Ashraf Muslim dengan bergambar berdua dan dikongsikan di IG suaminya. Peluang itu diambil ketika ashraf sedang lena.
“Bukan senang dapat hack IG ayah ni. Apalagi letak gambar kitaorang la pulak. Nak bagi ayah ingat sikit yang dia dah ada isteri, bukan satu tapi dua!”
Semasa haid dan nifas, rahim kita menjadi sejuk kerana proses peluruhan (menstrual phase) berlaku. Rahim yang sihat adalah rahim yang panas. Sebab itu, herba dimasukkan dalam sup sayur agar menaikkan suhu rahim.
Perkongsian resepi sup sayur oleh Puan Nur Syatirah Shuib, Kak Bidan Sempoi dari Qulusa Therapy Centre Pasir Putih Putatan ini bagus dijadikan amalan ketika wanita sedang haid.
“Fungsi sayur di bawah ini adalah sangat bagus untuk membantu mengeluarkan lebihan angin (gas) di dalam badan, membantu meningkatkan metabolisma dan membantu pelawasan. Maka, ianya sangat sesuai buat anda yang perutnya buncit!
“Selain itu, ianya juga bagus untuk menambahkan hemoglobin di dalam darah disebabkan darah yang banyak keluar ketika haid.
Bahan-bahan
2 pohon brokoli **
Setengah batang lobak merah **
7 helai daun zaitun
3 inci halia bara (halia merah)
1 biji tomato **
2 asam keping**
1 labu bawang holland **
1 sudu herba boreh bilis dengan 15 jenis rempah (untuk kesan yang lagi power rangers ya!)
1 liter air bertapis
Caranya
Rebus 1 Liter air bersama daun zaitun, halia bara dan herba boreh bilis dengan api perlahan selama 15 minit dengan api perlahan hingga mendidih.
Kemudian, sambil mendidih tu, hidulah bau rempah itu, bagus juga nak banteras hama resdung tu. Cuma jangan bersin pula, nanti jadi Sup Sayur Resdung! Haha.
Setelah mendidih, masukkan semua bahan yang bertanda **. Rebus lagi 5-10 minit.
Taraaaa! Dah boleh makan…
Ubah Gaya Makan Cara Sihat
Dah boleh ratah sup sayur sebagai makan malam pengganti nasi dan ayam goreng kfc! Sekali-sekalakan… Apa kata ubah diet kita. Kata nak sihat. Express cara sihat ialah menggunakan herba boreh 1 sudu, bukan tok aji naik moto 1 senduk ya!
Kesan Lepas Makan
Anda akan sendawa, haid pun lancar, merah ‘fresh’, tak de dah coklat hitam sahaja?
InsyaAllah senggugut dan keletihan ketika keluarnya darah haid akan berkurangan.
Pesanan Kak Bidan Sempoi juga, tak perlulah tambah sayur lain banyak sangat. Nanti jadi makanan hospital pula!
Silakan #share terutama buat mereka yang setiap kali haid senggugut, darah coklat sahaja atau darah hitam sahaja dan juga untuk masalah darah berlarutan selama sebulan.
Lelaki bangla simpan RM800,000 bukan cakap kosong, gaji sebulan cecah RM5500. Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial perihal warga Bangla yang hanya makan berlaukkan bawang, cili dan garam selain menambah air putih untuk dijadikan makanan hariannya.
Konsep asal kenyang yang diamalkannya membuatkan ramai yang bersimpati betapa kerasnya kehidupan yang dilalui tatkala merantau ke negara orang.
Tatkala dirinya memaklumkan mampu menyimpan RM800,000 di kampung di Bangladesh, mampu membeli tanah dan membuat rumah ramai mempersendakan dirinya kerana angka itu tidak logik pada perkiraan mereka.
Susulan video memaparkan cara makannya itu yang menjadi viral di media sosial, sekali lagi warga tempatan yang menviralkan kisahnya ini berkongsi lebih lanjut tentang jumlah simpanannya itu.
Kelihatan dalam video, lelaki bangla berkenaan hanya makan timun sebagai malamnya selain memaklumkan dirinya hanya makan sekali sehari sahaja untuk mencukupkan keperluan hidupnya sementara menunggu hari gaji.
Kata lelaki bangla ini, makan sekali sehari sudah cukup. Setiap bulan hasil kerja kerasnya termasuk kerja lebih masa, gajinya mampu mencecah RM5500 setiap bulan.
Dia hanya mengambil RM300 untuk kegunaan sebulan dan baki RM5200 dihantar balik ke kampung. Dia menyerahkan hampir 95 peratus gajinya ke kampung kerana mak ayahnya sudah tua dan mereka lebih memerluan wang berbanding dirinya.
Dan sesuatu yang tak mengejutkan, dia sudah 19 tahun bekerja. Jika mengikut perkiraan RM5200 jika dikalikan dengan 19 tahun bekerja, angka simpanannya sudah mencecah RM1 juta lebih. Jadi logiklah jika dirinya ada simpanan RM800,000 di kampungnya.
Apa pun, sudah tertulis rezekinya begini hasil kerja kerasnya dan tidak mengamalkan life style reward diri seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah kita bila dapat gaji. Ya dengan tempat tinggal disediakan, api air tidak dibayar, RM300 itu mencukupi untuknya sebulan.
Ada yang panggil pokok ini bunga gincu, tapi nama sebenarnya Reb Button Gingger atau (Costus Woodsnii). Kudup atau kelopak yang keluar dari bunga warna merah ni boleh dimakan.
Tapi sebelum makan, bersihkan dan pastikan tak ada semut dalamnya. Kudup bunga ini memang jadi kegemaran semut. Barangkali nektar yang ada dalam kudup tu yang menarik perhatian semut.
Siapa yang ada pokok bunga macam ini, janganlah dibuang kudup tu ya. Rasanya masam-masam manis, sama macam jambu air yang merah tu. Cuba tengok apa khasiat yang terkandung pada kudup bunga ini.
Kelopak Bunga Gincu Kaya Khasiat
Membantu merawat masalah darah tinggi dan kencing tak lawas. Rebus pokoknya dan minum airnya.
Membantu merawat jangkitan telinga. Bakar sebahagian kecil tanaman, dan perah untuk dapatkan ekstraknya. Sapu di kawasan yang bermasalah.
Tanaman ini jenis berasid dan boleh membantu merawat demam dan batuk. Makan kudupnya.
Membantu melegakan asma yang menyerang. Makan kudupnya.
Membantu masalah mati pucuk.
Peringatan!
Walau bagaimanapun, remedi ini adalah perawatan natural. Anda tetap perlu pergi berjumpa doktor sekiranya mengalami penyakit-penyakit yang disenaraikan di atas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!