Salah satu masalah mak-mak di rumah adalah menyimpan penyangkut baju yang banyak. Bukan apa, jika tidak disimpan dengan cara yang betul, penyangkut baju ini mudah hilang dan bersepah. Memang sakit mata memandang. Malah bila nak menggunakannya pula, ia jadi leceh dan lambat kerana sering terkait-kait diantara satu sama lain.
Sebenarnya dengan DIY Rak Simpan Penyangkut Baju dapat menyelesaikan masalah ini. Ia cukup mudah dan murah dengan kos sekitar RM 20 sahaja.
Boleh rujuk perkongsian daripada Mohd Azrin Roselan ini sebagai panduan;
“Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.”
“Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.”
“Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20.”
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
Ukuran:
(Paip 33″ x 2pcs)
(Paip 5″ x 6pcs)
(Paip 8″ x 2pcs)
3 joints x 4 pcs
Elbow x 6pcs
Gam paip PVC
Ads
Cara Membuat:
1. Pasang paip 5″ pada elbow dan T joint untuk bahagian A.
2. Pasang paip 5″ pada T joint untuk bahagian B.
3. Pasang bahagian A dan B.4. Sambung paip 8″.
5. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C.
Ads
6. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.
Siap!
Kos upah: Air Sirap
Ads
Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang.
Simpanan penyangkut baju.
AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah suruh encik suami tolong buatkan rak penyangkut baju ni, agar ‘hanger-hanger’ yang ada dekat rumah tu kemas tersusun, tak lah lagi sakit mata memandang.
Bagi mak-mak yang pandai jahit langsir, kena ambil tahu juga formula cara kiraan jahit tali pengikat langsir juga. Bukan apa, jika main agak-agak je, tu yang tali pengikat langsir ni boleh jadi terpanjang sangat atau terpendek. Jika ikut kiraan yang betul, barulah langsir yang dipasang elok kemas tergantung.
Fahamkan perkongsian daripada Tukang Jahit, Anuar Chik ini sebagai rujukan;
Cara jahit tali pengikat langsir cara saya. Formula cara kiraan tali. Lebar tingkap ÷ 4 + 5 inci = Panjang Tali
Bahan-Bahan:
Kain + Kain Gam ikut panjang tali.
Cara Membuat:
1.Potong kertas gam keras ikut ukuran dan bentuk yang kita mahu. Selepas itu iron kan atas kain yang dilipat dua. Lebihkan 3 inci panjang kain dari ukuran tali. Tepi 2 inci, bucu tajam 3 inci.
2.Dah gosok mula jahit satu tapak bahagian atas sebelah depan tali.
3.Dah jahit lipat dua kain tu di hujung macam ni.
4.Jahit tepi ikut bentuk kertas gam tu.
5.Pastu potong lebihan kain dan tinggal basi dalam 1 cm.
MW: Terima kasih berkongsi tutorial tali pengikat langsir ini. Barulah kemas, dan nampak elok. Tak lah terlalu panjang atau terpendek pula bila ‘ikat’ langsir nanti.
Sementara menunggu suami baiki kereta, sempat lagi aku ‘godek’ website kecantikan. Mula-mula sekadar mengisi masa lapang tapi apabila membaca komen ramai wanita yang mencuba petua tegangkan kulit yang dikongsi wanita Jepun, aku exciced.
Ramai yang kata petua ini memang menjadi. Dalam masa seminggu, kulit beransur cerah dan tegang. Membayangkan kulit yang gebu macam wanita Jepun, semangat aku pun berkobar. Apa lagi aku pun terjebak buat kesekian kali. Gigih mencari beras Jepun ( sushi rice) semata-mata nak kulit gebu.
Bukan nak propa tapi memang betullah petua ni memang berkesan. Kulit jadi halus dan cerah sekata. Apa lagi korang, jom ramai-ramai cantikkan diri. Barang-barang yang digunakan untuk masker ini pun mudah didapati dan murah. Jom cuba!
Masker Sushi Rice Tegangkan Kulit
Bahan-bahan:
3 sudu besar beras Jepun (sushi rice)} boleh juga diganti dengan beras pulut
1 sudu besar madu
1 sudu besar segar
Cara membuat:
1. Rebus beras selama dua minit.
2. Kemudian, toskan beras. Air rebusan ini simpan di dalam bekas lain.
3. Campurkan susu panas bersama madu.
4. Gaul sebati, kemudian jadikan ramuan ini sebagai masker.
5. Oles pada seluruh wajah dan leher.
6. Biarkan ia kering antara 20 hingga 30 minit.
7. Akhir sekali, bilas wajah dengan air rebusan beras tadi.
Khasiat
1. Membantu melancarkan perjalanan darah pada wajah.
2. Kaya dengan antioksidan.
3. Membantu melembapkan kulit dan antipenuaan.
4. Ia mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.
Tip
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan petua ini seminggu sekali. Anda akan terkejut melihat perubahan kulit yang akan kelihatan sihat dan cantik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya bila beli buah limau kasturi dalam kuantiti banyak yang telah siap dibungkus.Padahal kita nak gunakan sedikit je.Akibatnya baki limau kasturi tu terbiar serta mudah jadi busuk dan rosak. Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh simpan buah limau kasturi ini agar tahan lama dan mudah digunakan nanti. Malah menjimatkan serta tak membazir!
Boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Fatimah Abas sebagai panduan;
“Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus dikedai..nak gunanya cuma sebiji dua, baki tuu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk..supaya ianya tahan lama dan mudah diguna bila bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni..moga bermanafaat!” #jimatsangat
Bahan-Bahan Diperlukan:
Limau Kasturi
Penapis Air
Bekas Kiub Ais
Cawan
Sudu
Cara-Caranya:
1.Potong dua limau kasturi. Pastikan potong secara melintang, lawan urat bagi memudahkan nak perah nanti.
2.Perahkan jus limaunya, gunakan penapis kopi pun boleh.
3.Perahkan dalam cawan.
4.Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
5.Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman.Supaya betul-betul beku.
6.Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas.Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Info Ekstra!
Nak guna untuk buat teh O limau pun senang.Masuk je 2, 3 ketul dalam teko.
Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua,dah siap dan jimat masa.
Menarik sungguh tips ni, memudahkan kerja malah menjimatkan belanja dapur mak-mak. Tak de lah membazir, buah limau kasturinya rosak dan terbiar busuk dalam peti sejuk. Malah paling penting bebas daripada bahan pengawet, hanya pati jus limau kasturi semulajadi semata-mata!.