Memang geram dan geli bila cicak banyak berkeliaran di rumah. Apatah lagi cicak jenis binatang yang kotor sering meninggalkan najisnya merata-rata. Jika ada masalah sebegini, boleh cuba buat sendiri Perangkap Cicak yang mudah dan jimat kos ini. Hanya guna keratan kotak dan double sided tape sahaja.
Nak tahu lebih lanjut caranya boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Encik Mohd Sanusi ini.
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.
Bahan & alatan: Keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting
Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yang lebih efektif untuk cicak?)
Kos: Lebih kurang RM2
Cara Membuat:
1. Potong kotak ikut saiz yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi.
2. Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mr diy murah, RM2 lebih.
3. Dapat siapkan 8 set.
4. Umpan nasi dan ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Ads
5. Letak umpan kat tengah-tengah perangkap.
6. Letak perangkap di lokasi yang biasa jadi tempat cicak berkeliaran.Antara lokasi yang biasa cicak dijumpai.
Mingguan Wanita: Menarik DIY Perangkap Cicak yang dikongsikan ni. Jadi jika ada masalah cicak berkeliaran dekat rumah tu, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah dan jimat kos.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, sebenarnya ada macam-macam cara dan teknik yang boleh digunakan untuk menanam pelbagai jenis pokok dan tanam-tanaman. Salah satunya teknik yang cukup terkenal dilakukan di negara Thailand iaitu semaian dengan menggunakan span basah serta rendaman dalam air untuk mengeluarkan akar.
“Teknik semaian pokok cara paling mudah. Teknik sebegini terkenal di Thailand, di sana pelbagai kaedah dihasilkan untuk menanam/semaian pelbagai jenis pokok bunga/hiasan/buah-buahan,kan memudahkan kerja kita ni”
“Mai kita cuba teknik ini.Sama-sama kita kongsi ilmu yang berguna dan baik ini untuk semua”.
Bahan-Bahan:
Span bunga basah
Ubat akar/serbuk putih (Boleh di beli di pusat jualan pasu dan tanaman)
Air secukupnya
Kaedahnya:
1. Potong span ikut saiz kecil.
2. Kerat batang pokok yang sesuai untuk semaian dan celup dalam ubat akar untuk cepat tumbuh akar.
3. Cucukkan pada span tadi.
4. Rendam di dalam air.
5. Biarkan hingga dia berakar.
6. Ubah ke dalam pasu kecil.
7. Bila sudah mulai membesar ubah ke dalam polibag.
8. Pembajaan yang cukup.
9. Siap untuk di tanam ke atas tanah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, bolehlah cuba teknik mudah yang dikongsikan ini. Tak rugi berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya nanti.
Bila ada anak kecil, jangan hairanlah bila ada sofa bertompok dan kotor kesan dari air tertumpah, minyak dan sisa makanan. Dah bersihkan tetap juga tinggal kesannya. Malu pula bila ada tetamu datang.
Biasanya sofa jenis fabrik mudah nampak kesan tompokan. Tambah-tambah kalau sofa mahal, boleh jadi murah bila ada kotoran seperti ini. Salah cara bersih boleh merebak kesannya.
Jadi, daripada pening dan membazir upah orang bersihkan, mak-mak boleh buat cara ini. Paling senang dan mudah untuk hilangkan sifa bertompok ini.
DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.
DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.
Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.
Bahan Diperlukan:
Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)
Cara Membuat:
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.
2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.
3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.
4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
Total kos hanya RM109 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.
Mingguan Wanita: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...