
Walaupun bajet tak banyak, sebenarnya tetap boleh buat sendiri meja TV yang cantik dan kemas. Yang penting kena kreatif.Orang bujang mahupun, pasangan yang baru kahwin, kalau takde bajet besar boleh cedok inspirasi meja TV konsep Industi yang dihasilkan oleh Mohd Akmal Azizi ni.
“Nak beli yang elok duit tak ramai, ni projek asal boleh letak tv je”
Material :
•pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood
Info Ekstra!
- Paip penyambung @ Y Ada jual online di Shopee.
- Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
- Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50″ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
- Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
- Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
- Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong.Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak.Kos yang guna ni dalam RM30 laa cincai.
- Papan macam ni memang boleh beli ikut meter.Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet. Ni saya pakai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood, tapi ‘keras’ modal.
Baca Lagi Di Sini:
DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC
‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!
MW: Menarik juga idea buat meja tv ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik malah lebih puas hati bila buat sendiri.
Sumber:محمد اكمال اذىذى
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peluang Lihat Penyu dan Jerung, Pulau Kat Malaysia Juga Hebat Untuk Diteroka

Malaysia terkenal dengan keindahan pulau yang yang menarik dan pantainya yang mempunyai pasir putih yang bersih. Pulau-pulau seperti Perhentian, Redang, Kapas dan banyak lagi sering menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Sebagai salah seorang warganegara Malaysia, sudah pastinya peluang yang ada tidak dilepaskan untuk meneroka keindahan yang ada dalam negara sendiri. Kebetulan pula saya mendapat undangan dari Ombak Dive Resort yang terletak di Coral Bay, Perhentian Kecil untuk membuat liputan. Perasaan seronok dan tak sabar untuk melihat sendiri keindahan yang menjadi buah mulut orang selama ini akhirnya tercapai jua.
Seawal pagi kami sampai di Jeti Kuala Besut, saya dan beberapa wakil media lain dibawa menaiki bot laju ke destinasi kami iaitu Ombak Dive Resort yang terletak di Coral Bay, Perhentian Kecil. Kami disambut mesra oleh pemilik resort tersebut iaitu Dato’ Zulkifli Mohd Sharif dan Datin Nur Salinda Sabar. Turut tersedia menyambut kedatangan kami Adalah hidangan makan tengah hari yang cukup meriah di Ombak Cafe yang merupakan tempat makan utama penginapan tersebut.
Selesai makan tengah hari, kami dibawa ke bilik masing-masing sebelum memulakan acara seterusnya pada sebelah petang. Lebih kurang jam 4.30 petang kami berkumpul semula di Ombak Lodge yang terletak berhampiran dengan Ombak Cafe sebelum kami di bawa untuk melihat sekitar resort . Dari situ kami dibawa melawat ke bilik-bilik yang terdapat di resort tersebut.
Pilihan Bilik Mengikut Keselesaan
Ombak Dive Resort menyediakan pilihan bilik mengikut keselesaan, kemahuan dan keselamatan para pengunjung mereka. Mengekalkan konsep kesederhanaan dan kemudahan yang mencukupi untuk setiap pelanggan mereka, antara pilihan bilik yang boleh didapati di sini termasuklah bilik single, twin, triple dan juga quadruple sharing room.

Bukan sahaja untuk penginapan keluarga atau bersama teman-teman, Ombak Dive Resort turut menyediakan Exclusive Suites bagi yang ingin berbulan madu di sini. Istimewanya bilik-bilik yang terdapat di sini dilengkapi dengan katil yang empuk dan baharu untuk keselesaan setiap pelanggan yang berkunjung. Selain itu kemudahan lain seperti bilik air di dalamnya dan yang paling menarik kemudahan 24 jam bekalan elektrik untuk sesiapa yang menginap di sini. Dekorasi yang disediakan dalam bilik-bilik cukup indah dan sejuk mata memandang sesuai untuk suasana tenang lagi mendamaikan bagi yang betul-betul ingin datang bercuti.
Selesai menjamu mata dengan pilihan pelbagai bilik yang ditawarkan di sini, sekali lagi kami di bawa ke Ombak Cafe yang menawarkan pelbagai sajian yang cukup enak untuk dinikmati sambil ditemani bayu laut yang cukup nyaman. Namakan sahaja hidangan antarabangsa atau tempatan, semuanya boleh anda dapatkan di sini. Malah makanan di sini disediakan oleh chef berpengalaman yang pastinya akan membangkitkan selera sesiapa sahaja yang berkunjung. Sempat juga kami dihidangkan dengan minuman petang dengan hidangan jus dengan nama-nama unik seperti Deep Blue, Sunrise, Appletini dan banyak lagi.
Bukan sahaja merupakan tempat penginapan yang bertaraf antarabangsa, malah Ombak Dive Resort turut menawarkan pakej istimewa bagi yang berminat untuk melakukan aktiviti snorkeling dan skuba. Ombak Divers yang boleh didapati di resort tersebut diiktiraf oleh PADI sebagai pusat latihan yang disahkan dan diajar oleh tenaga pengajar yang ramah, berkelayakan dan berpengalaman.
Pertunjukan Api
Ingin merasai pengalaman menjamu selera sambil menonton filem kegemaran dan ditemani cahaya bulan dan kerdipan bintang pada waktu malam, Ombak Cafe turut menyediakan acara tersebut selain pertunjukan api yang biasanya di buat sekitar jam 7 hingga 8 malam. Kami sempat menonton pertunjukan tersebut yang biasanya diadakan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Pertunjukan tersebut membuatkan kami rasa kagum dan terpesona dengan apa yang dipersembahkan. Memang menakjubkan dan itu semua boleh ditonton secara percuma oleh pengunjung yang lepak makan di Ombak Cafe. Apa yang menariknya, pengunjung yang tidak menginap di resort tersebut juga boleh menikmati hidangan dan pertunjukan yang disediakan di resort tersebut.

Rasai Pengalaman Snorkeling
Hari kedua kami bermula seawal pagi selepas bersarapan.Untuk memberikan pengalaman sendiri kepada kumpulan media yang dijemput, kami dibawa snorkeling ke tiga tempat yang cukup menarik. Destinasi pertama kami adalah Turtle Island. Di sini kami diajar bagaimana untuk snorkeling dengan cara yang betul. Sempat kami snorkeling dan melihat ikan-ikan yang ada di dalam di sekitar kawasan tersebut. Destinasi kedua dan ketiga untuk kami snorkeling memang mengujakan kami semua. Kami di bawa ke Turtle Point dimana kami boleh melihat penyu secara langsung. Agak susah juga nak cari di mana penyu berada tapi mujur abang Mat iaitu ‘guide’ yang bertanggungjawab membawa kami untuk snorkeling sudah berpengalaman, dapatlah kami melihat dua tiga ekor penyu yang berada di sekitar Turtle Point. Memang satu pengalaman menarik snorkeling di permukaan laut sambil melihat penyu berenang-renang di dasar laut dan sesekali naik ke atas.

Destinasi terakhir untuk snorkeling adalah Shark Point. Ini juga satu pengalaman baru buat saya dan wakil media yang lain. Berenang-renang sambil ditemani jerung-jerung sederhana besar cukup buat saya rasa gementar. Tapi lama-kelamaan rupanya ikan jerung yang ada di situ sedikitpun tidak mengganggu. Ternyata ia satu pengalaman yang menarik. Selain jerung, terdapat juga pelbagai spesis ikan lain yang comel.

Selesai snorkeling diketiga-tiga destinasi itu, kami di bawa pula ke Kampung Nelayan untuk makan tengah hari. Perut pun sudah diisi, badan pun sudah penat dengan aktiviti snorkeling, tibalah masa untuk kami semua pulang ke resort. Aktiviti kami tidak terhenti setakat itu sahaja, sebelah malam pula untuk merasai sendiri kemeriahan waktu malam di Long Beach, Perhentian Kecil, kami berjalan sekitar 10 minit untuk sampai ke sana. Memang meriah dengan orang ramai dan juga pertunjukan lain yang disediakan sepanjang Pantai Long Beach itu.
Hari Ketiga di Perhentian, usai sarapan perancangan asalnya ingin mendaki ke kincir angin yang cukup terkenal di Pulau Perhentian, tapi oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Lebih kurang jam 12 tengah hari kami kembali ke jeti untuk menaiki bot dan pulang ke Jeti Kuala Besut. Percutian kali ini memang sangat mengujakan buat saya dan rakan media yang lain. Ombak Dive Resort memang destinasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Layanan yang mesra dengan servis yang diberikan memang terbaik selain penginapan yang selesa ditawarkan kepada setiap pengunjungnya. Kalau nak cuba aktiviti snorkeling atau lebih ektrem seperti selam skuba, boleh juga cuba di sini dengan harga yang cukup berpatutan. Memang terbaik!
P/S: Kalau nak menang baucer percutian ke Ombak Dive Resort, jangan lupa dapatkan majalah MW yang terbaru ya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-mak Petua Letak Kentang Dalam Stoking, Mujarab Redakan Batuk, Selesema Anak

Isi Kandungan
ToggleIbu ini kongsi petua redakan selesema dan batuk anak kecilnya. Lama dah dia cuba petua ini sejak anak kecilnya itu belum masuk 6 bulan lagi. Masa itu, nak beri ubat pada anak pun, anak tak boleh makan ubat.
Lagipun, bukan senang nak sedut hingus budak kecil. Petua letak kentang dalam stoking inilah jadi alternatif ibu ini, Puteri Kasim untuk redakan batuk, selesema si kecilnya.
Tip Mudah Hilangkan Selesema, Batuk Bayi Yang Ramai Ibu Tak Tahu
“Ibu mana yang tak risau bila baby selesema batuk tak henti henti.”
“I feel u, sebab Kak Put juga seorang ibu. Risaunya bila dengar Harris punya batuk selesema tak nak sembuh sembuh. Tambahan pula bila badan tak sedap mulalah meragam sokmo.”
Cari punya cari cubalah satu petua yang dibuat oleh ibu dari California masa anak dia selesema batuk.
Saya ikut petua dari sini : http://sepatuputih.com/petua-hilangkan-batuk-dan-selesema-…/
Cara dia mudah je :
1) Potong sebiji kentang kepada 2 bahagian.
2) Iaitu memasukkan kentang yang dah dibelah dua/dipotong ke dalam stoking anak
3) Biarkan dalam masa satu jam atau lebih.
4) Mak-mak akan nampak kesan lebam pada kentang.
5) Jangan guna balik kentang yang sama.
Nak Tahu Kenapa Guna Kentang?
Kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus.
Dan untuk mak-mak semua, cara dan pengetahuan ini telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir.
So Kak Put pun cuba, tawakal jela.
“Sebab Harris masih baby tak banyak yang boleh kita buat. Lagipun kesian dia, sok sek sok sek je bunyi dia. Sedihnya tengok baby susah nafas.”
Hasil dia memang berbaloi cuba!
Apa yang Kak Put perasan,
Baby Harris kurang terus selsema dan batuk Harris, tidur dia lebih lena sampai ke pagi.
Bila Semua Cara Tak Jalan, Petua Inilah Kak Put Gunakan
Tegasnya, dia dan suaminya dah usahakan yang terbaik untuk merawat batuk dan selesema anaknya.
“Ni last option for us sebab dah bawa pergi klinik pun still sama. Yang nak hadap anak menangis tu kita. Tak sanggup pula saya tengok my baby tak boleh tidur sebab selesema.”
Sebab itulah, Kak Put cuba sesuatu yang tak merbahaya. “Kentang je pun. Goreng pun sedap kan. Alah macam buh timun kat muka, luka tak?”
“Yang saya tahu, selesema anak elok saja tak sok sek.”
Bantu Kak Put share petua ni pada ibu ibu yang ada anak kecik kat luar sana okay?
Semoga bermanfaat.
Sumber/Foto : Puteri Kasim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TIP PENTING Simpan Kelapa Parut Frozen, Barulah Tahan Lama, Tak Rosak Berbau!

Isi Kandungan
ToggleKelapa parut antara bahan utama yang penting jika nak buat kuih muih mahupun nasi lemak. Apatah lagi jika berniaga, cara simpan kelapa parut dalam kuantiti yang banyak ini sangatlah barulah ia elok tahan lama dan tak berbau, malah tak membazir bila rosak.
Puan Nor Afidah ada kongsikan cara dan tip mudah untuk simpan kelapa parut ‘frozen’ sebagai panduan;
KELAPA PARUT FROZEN
Cara saya:30 biji kelapa siap parut putih untuk difrozenkan. Saya siap timbang setiap 1, 1 kg. Senang bila nak guna dah siap tinggal froskan.
Sebelum perah saya rendam kelapa dengan air panas. Biarkan sejuk baru blender, tapis dan perah guna penapis teh.
Asingkan kelapa tua dan kelapa muda. Packing dan timbang ikut keperluan dan siap labelkan supaya tidak keliru yang mana kelapa tua dan muda.
Untuk santan saya tak suka bekukan.Simpan bahagian bawah peti sejuk. Tahan 3 @ 4 hari tanpa berubah warna, rasa dan bau.Bila nak guna keluarkan suhu bilik, dah lembut kacau bagi sebati sedia untuk digunakan.
Saya perah guna air panas yang dah disejukkan.Tapis dan siap sukat ikut sukatan kuih yang nak saya buat.
Tips
- Perah jangan guna air paip.
- Bila dah masuk peti sejuk jangan keluarkan pada suhu bilik dalam masa jangka panjang, kemudian masukkan semula dalam peti akan menyebabkan santan berbau dan rasa tak sedap.
- Keluarkan bila perlu dan masa nak digunakan.
- Simpan dalam bekas bertutup.
NASI LEMAK BERSERAI/DAUN PANDAN (cara saya)
- Beras basmati, cuci dan toskan.
- Untuk NASI LEMAK DAUN PANDAN, kisar kelapa dengan beberapa helai daun pandan, perah dan tapis guna penapis teh, kemudian masak seperti biasa, hasilnya nasi lemak berwarna hijau dan bau daun pandan atau masak sahaja nasi dengan beberapa helai daun pandan untuk dapatkan bau daun pandan.
- Untuk santan, saya campurkan hirisan halia, bawang besar, beberapa biji bunga cengkih @ rempah tumis, halba, serai dititik @ daun pandan (pilihan) dan garam….sukatan ikut keperluan banyak mana beras yang nak dimasak.
- Sekiranya nak masak keesokkan pagi, simpan dalam peti sejuk, esok subuh keluarkan terus masak seperti biasa.
- Bila nasi dah masak (warm) campurkan sedikit minyak untuk nasi berkilat, biarkan sekejap.
- Gemburkan nasi, tutup semula dan biarkan sekejap beberapa minit sedia untuk dinikmati.
Semoga bermanfaat tips dan cara saya. Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Rupanya Sebelum Masak SIPUT SEDUT, Gaulkan Dulu Dengan Hampas Kelapa Biar Semalaman!
CARA SIMPAN Kelapa Parut Agar Tahan Lama,Tabur Garam Kukus 15 Minit!
Cara Guna SANTAN Fresh, Kotak & Serbuk, Banyak Jenis Tujuan Berbeza!
Mingguan Wanita: Jadi jika nak simpan kelapa parut boleh ikut tip yang dikongsikan ni.Barulah elok tahan lama, tak rosak berbau.
Sumber: Nor Afidah
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI