Kebanyakan kusyen kerusi sekarang ini tidak mampu bertahan lama. Tidak sampai dua tiga tahun, mulalah kusyennya tenggelam dan penyek. Ini belum lagi anak-anak kecil yang melompat-lompat di atasnya.
Kalau nak dibandingkan dulu, kerusi kayu yang dulu-dulu cukup tahan lama dan kalau balik kampung, inilah kerusi yang menjadi pilihan setiap rumah. Belum lagi kusyen kerusi yang masih elok dan empuk kalau dijaga dengan baik.
Bagi sesetengah penghuni rumah, perabot yang digunakan juga tentulah inginkan up to date, mengikut kemampuan masing-masing. Namun, kalau ingin jimat belanja dan tidak mahu keluarkan wang yang banyak, boleh saja tukar kusyennya.
Nak tahu, cara kusyen kerusi lama jadi baru, boleh tiru DIY yang dilakukan oleh Suhaiza Shaari. Jimat belanja dan modal untuk jadi baru tidaklah terlalu banyak.
“Kalau ada perabut lama jangan dibuang, saya diy tukar balik perabut lama buat nampak baru untuk rumah flat.
Ads
Cara-caranya:
1. Ini gambar kerusi asal, kusyen pun dah kemek.
2. Masa nak ukur tu kena hati-hati, jangan dah siap cantik tetiba nak pasang tak boleh masuk.
3. Ini papan bahagian belakang, letakkan span kat tepi supaya kain tak terkena nanti. Ini papan bahagian yang digunakan untuk letak buatang bagi kerusi 3 tempat duduk. Butang guna 12 biji.
4. Ini rupa asal kusyen lama yang selitkan span di antara kusyen supaya tak nampak berlubang dan nampak kemas serta padat.
Ads
5. Ini dah siap dan guna stepler gun.
6. Ini bahagian untuk masukkan butang dalam lubang yang ditebuk tadi. Kena lakukan dua orang untuk tekan dan tarik benang. Seorang lafi untuk tampal benang pada papan ketat-ketat supaya nampak cantik.
7. Bila diterbalikkan, bahagian belakang kusyen nampak lubang. Itulah tempat untuk masukkan jarum.
8. Drill buat lubang untuk butang. Boleh gunakan butang untuk kusyen sandar saja.
9. Bagi nampak kemas lagi, beli kain dalam harga rm2.50 semeter untuk tutup bahagian belakang yang tidak cantik.
Ads
10. Hampir siap.
11. Inilah hasilnya.
12. Guna jarum yang beli kat kedai bunga dan benang yang tebal sikut untuk bagi jahitan kemas dan tidak mudah putus. Lagi satu untuk pastikan butang itu melekat cantik.
MW: mana-mana yang ada kusyen yang dah kemek, bolehlah cuba buat. Nanti orang ingat macam beli perabot baru. Paling penting kalau nak buat kena ada kesungguhan.
Tahukah anda bulan Februari adalah bulan kesedaran terhadap penyakit kanser. Mendengar mengenai penyakit ini sudah pasti akan membuatkan semua orang takut. Begitu juga dengan saya yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan ruangan Kesihatan dalam Mingguan Wanita.
Jika sebelum menjadi wartawan Mingguan Wanita, saya sebenarnya bukannya pandai bab-bab kesihatan dan perubatan ini. Namun setelah lebih sedekad mengelolakan ruangan ini boleh dikatakan saya sering jugalah bertemu doktor. Bertemu doktor bukannya untuk mendapatkan rawatan tetapi untuk menemuramah mereka.
Kembali semula kepada kesedaran terhadap penyakit kanser ini, tahukah anda apa yang perlu dilakukan bagi sebagai langkah-langkah pencegahan penyakit ini?
Tip Cegah Kanser
Menurut pakar terdapat beberapa cara untuk mencegah kanser. Ia termasuklah:
-Berhenti mengambil tembakau dan elak menghidu asap rokok.
-Ambil makanan sihat dan pemakanan yang seimbang.
-Hadkan pengambilan daging yang telah diproses.
-Pertimbangkan untuk cuba diet Mediterranean yang berfokus pada makanan berasaskan tumbuhan, protein tanpa lemak dan lemak menyihatkan.
-Kekalkan berat badan sihat dan kekal aktif dengan sekurang-kurangnya melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari.
-Sentiasa berlindung daripada cahaya matahari. Elak cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran cahaya matahari berada pada tahap yang paling kuat.
-Dapatkan vaksinasi menentang jangkitan virus yang boleh membawa kepada kanser seperti hepatitis B dan HPV.
-Jangan melibatkan diri dalam tabiat berisiko tinggi. Amalkan hubungan kelamin selamat.
Ok, pernah dengar pasal kanser serviks? Ini adalah kanser yang menyerang serviks kaum wanita iaitu pangkal rahim.
Tetapi hampir semua kes kanser serviks adalah disebabkan oleh kuman human papilloma virus (HPV). Jangkitan HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku.
Cara Kesan Kanser Serviks
Disebabkan jangkitan HPV tiada tanda, setakat ini cara terbaik untuk mengesan kanser serviks lebih awal ialah dengan melakukan ujian Pap Smear mengikut jadual yang disarankan. Ini juga dinasihatkan oleh pakar sakit puan terkenal negara, Doktor Hamid Arshat.
Kesimpulannya, anda perlu berjumpa doktor dengan kerap bagi melakukan pemeriksaan untuk pelbagai jenis kanser. Ini boleh meningkatkan peluang untuk mengesan sebarang kanser yang tidak dijangka dengan lebih awal lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam-macam cara mak-mak boleh buat untuk simpan barang basah dalam peti ais di rumah. Salah satunya sebagai mana yang dikongsikan wanita ini, Miemiey Apple Berry adalah menggunakan plastik ziplock.
Ianya lebih mudah, dan menjimatkan ruang. Dalam masa saya, senang untuk mak-mak asingkan siap-siap jumlah barang basah ikut kegunaan setiap hari.
Malah, cara ini juga memudahkan dirinya menyediakan bento untuk makanan harian anak-anaknya ke sekolah.
Asingkan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock
Bersihkan barang basah dan asingkan dalam bekas siap-siap sebelum dipindahkan ke dalam plastik ziplock yang lebih kecil.
Boleh dibahagikan ikut hari penggunaan.
Kongsinya,
Pagi ni saya anak share cara saya asingkan dan simpan lauk pauk dalam peti ais.
Tips ni saya gunakan ziplock untuk lebih cepat penyediaan bento anak-anak ke sekolah.
Memandangkan kita dah nak puasa (ketika status dimuat naik pada 10 April 2021). Jadi dengan cara ni sangat senang kita keluarkan lauk yang kita nak masak waktu berbuka dan sahur.
Ruang dalam peti pun boleh digunakan sepenuhnya. Ada juga saya letak dalam bekas tapi bekas-bekas kecik je kalau yang berkuah @ lauk untuk goreng.
Gambar ni saya nak cepat masa nak masak sebab lupa keluarkan awal.. tapi lagi bagus keluarkan awal lauk defrost sendiri.. kalau nak cepat tak nak letak air dalam plastik boleh letak air dalam bekas rendam dengan plastik pun cepat.
Mana Nak Dapatkan Plastik Ziplock
Ziplock korang boleh beli dekat kedai eco, Mr. DIY, Daiso dan mana-mana pasaraya yang terdekat. Ada macam-macam saiz. Jadi pilih je saiz yang sesuai korang nak guna.
Untuk sayur dalam peti sejuk pun saya basuh dan letak dalam ziplock ni juga.
Lebih tahan lama tempoh hayat kesegaran sayur tu.
Harap dapat membantu memudahkan kerja masak memasak untuk yang tersayang. Jangan lupa masak sedap-sedap tau.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Biasanya selepas menggunakan blender untuk kisar cili, bawang, kunyit dan sebagainya biasanya bau dan warnanya akan melekat pada bekas tersebut. Jadi masalah bila ada satu blender je dan nak digunakan untuk kegunaan lain pula, seperti kisar adunan kek atau air buah. Jangan risau, boleh atasi bau yang melekat ni dengan tip yang dikongsikan daripada Dapur Ibu ni.
Berikut perkongsian tersebut.
“Saya ada 1 je jag blender. inilah jag untuk blend bawang / cili / blend air buah / blend adunan kek jugak.Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. Blendkan semua bahan ni. Cuci bersih.”
“Segala bau semua hilang ye. Dan garam tu jugak befungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.”
Ada yang buat macam saya jugak tak ?
Info Ekstra!
Garam tu garam kasar ye.
Soda bikarbonat, soda yang kita guna buat masak tu.
Sukatan :
2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan (ni agak-agak je ) + air 2 cawan
Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk. Dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi setiap kali lepas guna blender, bolehlah bersihkan ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah bau yang melekat semua hilang.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.