Dipanggil makcik & tak moden kerana labuhkan tudung, Mia Ahmad akui pandangan Allah lebih penting. Pelakon Mia Ahmad memaklumkan, penggenaan tudung labuh yang kini di praktikkannya memaklumkan dirinya istiqomah menutup aurat sebagaimana dituntut dalam syariat agama.
Jelasnya, ada orang bercakap bila mengenakan tudung labuh dirinya akan kelihatan seperti makcik-makcik dan tak moden.
Namun jelasnya, dia tidak kisah dengan teguran itu sebaliknya memaklumkan, kalau pun bergaya ia hanyalah untuk pandangan Allah, bukan mata manusia.
“Sorry, I dress for Allah…” jelasnya.
Dalam pada itu, Mia Ahmad memaklumkan ada berkata bahawa dirinya tidak akan mampu bertahan dengan gaya tudung labuhnya itu bahkan dilihat tidak sesuai dengan populariti dirinya sebagai selebriti ditambah suaminya sendiri pemain bola yang dikenali.
Kongsinya, ada yang cakap I takkan istiqomah. Ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.
Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.
Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra, kongsinya di instagramnya.
Di dalam al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah al-Nur, ayat 31 yang menyebut: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan khumur”.
Para mufassir bersepakat bahawa Istilah khumur yang disebut di dalam ayat tersebut adalah merujuk kepada kain yang dipakai di atas kepala wanita.
Istilah ‘jalabib’ atau ‘jilbab’ yang disebut dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 menjadikan hijab atau tudung sebagai sebuah tuntutan untuk memelihara kehormatan wanita. Allah berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.”
Jelas menutup aurat itu wajib bagi wanita ketika mencapai usia baligh.
Ads
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bagi orang Jawa, Punten ini adalah menu tradisi yang biasa disediakan. Punten cukup sesuai dimakan dengan sambal bilis hijau cili padi.Perkongsian resepi Punten ini daripada Puan Mariyati Miskon melalui page Makan Apa Hari Ini (MAHN) yang merupakan resipi asal daripada arwah suami beliau.
Ketika resepi Punten in dikongsikan pada November lalu, beliau sedang sarat hamil anak ke 7. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat buat mak-mak yang suka mencuba menu-menu baru.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Doakan saya! Doakan saya agar dipermudahkan urusan bersalin esok. Rasa sebak suami dah tak ada untuk menemani, telah kembali ke rahmatullah ketika hamil 5 bulan. Ini cahaya mata ke 7 kami, InsyaAllah.”
“Semalam dalam grup ini nampak punten. Nampak sedap sampai rasa macam nak ngences! Alhamdulillah, hari ini Allah beri kekuatan untuk buat sendiri. Lebih puas makan dengan anak-anak yang sebahagiannya telah bercuti.”
Resepi Punten : (menu yang sangat ohsem orang jawa)
1:3 sukatan beras dan santannya
===============================
Bahan-Bahan:
2 pot beras
6 pot santannya. Saya guna sebiji kelapa
Sedikit garam bagi rasa lemak. Janganlah pula letak sekilo ya
Letak sikit kelapa parut (suka hati nak letak ke tak)
Cara Membuat:
1.Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, garam, kelapa parut. Masak macam masak nasi lemak, cuma lebihkan airnya.
2.Lepas tu bila dah kering airnya, matikan api. Kacau dan kaup balikkan.
3.Ambil botol, sarung dengan plastik bagi dia mudah untuk menumbuk bagi lagi tekstur lumat. Botol apa-apa pun boleh, saya guna botol sos tomato. Kalau arwah suami saya dia guna pelepah kelapa yang di repair bagi cantik dan guna sebagai alat menumbuk. Nampak lagi tradisional kan?
4.Dah lumat, kepal-kepalkan bentuk ikut suka. Kalau panas alas dengan plastik. Kalau tangan kebal, ok je. Nak cun guna acuan kuih pun boleh. Kalau style arwah suami saya dia akan alas talam atau loyang dengan daun pisang.
5.Selepas tu tuang je yang dalam periuk atas tu dan ratakan. Kemudian, sejukkan. Dah sejuk baru potong ya. Rupanya dia cantik bila di potong ikut persegi!
Resipi Sambal Bilis:
Bahan-Bahan:
Sengenggam cili api. Nak pedas berdengung tambah lagi lah. Ikut suka nak banyak mana
7-8 biji Bawang merah
3-4 ulas Bawang putih
2 genggam Ikan bilis (Sengenggam aje yang di blend. Selebihnya nanti tabur aje dalam sambal masa dimasak nanti).
Sedikit belacan jika suka
Garam dan gula secukup rasa
1-2 keping Asam keping
Cara Membuat:
Masak semua dan bila dah masak bolehlah digandingkan dengan punten tadi.
Boleh share kalau sudi.
Saya halalkan. Semoga saya selamat bersalin dan dikurniakan anak yang soleh.
Doakan juga agar Allah beri keampunan dan rahmatNya untuk suami saya, dia yang ajar saya masak. Saya dulu kahwin muda, memang tak tahu memasak. Semoga menjadi amal jariah nya sekiranya dipanjangkan.
Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, yang akan dididik dengan penuh kasih sayang. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat.
Sebagai bapa sememangnya sangat terharu apabila dihargai. Apatah lagi selepas pulang ke rumah dalam keadaan penat, hadiah dari anak-anak sangat membahagiakan.
Seperti yang ramai ketahui Alif Satar sering berkongsi kisah tentang anak-anaknya malah ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak
Alif dan isteri, Shadila Halid yang berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.
Sebagai bapa semestinya Alif terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya yang menghadiahkan pesanan istimewa.
Seperti perkongsiannya menerusi akaun Instagram, Alif mendapat ‘surprise’ daripada kedua anak perempuannya. Alif juga menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.
“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.
“Bila tanya áwat tak tidur lagi? Mereka kata, we made a surprise for you daddy, make sure you read it,” katanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.
Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.
“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro. Blessed!,” jelasnya.
Bermula minggu ni pasti ramai yang akan memulakan perjalanan balik kampung untuk beraya bersama-sama keluarga tersayang. Sebelum memulakan perjalanan dan pemanduan, pastikan badan mendapat rehat secukupnya bagi mengelakkan situasi Microsleep yang boleh terjadi.
Jadikan rakaman video viral sebuah kereta myvi berwarna biru secara tiba-tiba memasuki jalan yang bertentangan dan merempuh kereta berwarna putih, baru-baru ini sebagai pengajaran.Pemandu kereta tersebut dikatakan mengalami ‘Microsleep’ akibat terlalu penat.
Sebenarnya ada beberapa tips yang kita boleh diamalkan bagi mengelakkan microsleep ini berlaku.
Berikut antara perkongsian Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris buat pemandu serta pesanan buat penumpang hadapan sebagai panduan;
Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.
Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah “shut down”.
Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.
Seringkali pemandu memikirkan dia kebal. “Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok.”
Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk. “Aku dah janji dengan anak – anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat.”
Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil ‘konar’.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan ‘fight or flight’ hanya seketika sahaja. Sistem badan akan ‘burn out’ dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.
Jadi, apa yang harus dilakukan?
BERHENTI. LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT. TIDUR.
Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri.
Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu – lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.
Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik kemalangan.
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat.Berhati-hatilah ketika memandu di musim perayaan ini.Mohon para isteri temankanlah suami yang sedang memandu, terutamanya bagi perjalanan jauh. Jangan paksa diri untuk terus memandu dalam keadaan badan letih dan mata mengantuk. Ingat, terlelap 2 saat boleh meragut nyawa! Selamat Berhari Raya bersama keluarga tersayang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.