Dilahirkan 2 rahim, 2 serviks & 2 vagina. Doktor sahkan sukar hamil, wanita kongsi rencana Allah lebih istimewa. Sempurnanya ciptaan Allah, tiada siapa mampu menandinginya.
Satu perkongsian seorang isteri di Tik Tok @idaahamzah yang mempunyai dua rahim, dua serviks dan dua vagina menarik perhatian ramai apabila berkongsi kisah hidupnya. Jarang didengar tetapi kisahnya yang mempunyai dua kali ganda rahim, servik dan vagina atau dalam istilah perubatan di sebut didelphys uterus membuatkan ramai yang bertanya.
Dilahirkan 2 Rahim, 2 Serviks & 2 Vagina
Bahkan di Tik Toknya itu, Ida menulis, “inilah anak ibu yang sangat kuat. Lahir dari rahim ibu yang special. Tak pernah sangka yang akan ada lagi “kekurangan” yang menguntungkan ibu. Terlahirnya anak sayang ibu dari rahim ibu yang berbeza dari orang lain. Ibu ada dua rahim, dua servik dan dua far*j. Tapi anak ibu boleh lahir secara normal dan sihat. Berat lahir 3.05 kg.
Memetik Sinar Plus yang mengadakan temuramah bersama wanita istimewa ini, dikongsikan kisahnya. Menurut anak jati Kedah, Nur Hasmidah Hamzah, 31 tahun dia terkejut dan tak sangka apabila disahkan mengandung dua tahun lalu.
“Sebab doktor beritahu dulu peluang untuk wanita yang ada dua rahim mengandung tipis. Kalau mengandung pun, senang keguguran. Dan kaedah bersalin pun hanya melalui pembedahan serta bayi pramatang.
“Rahim ganda ini ruang dia sempit. Jadi bila bayi makin besar, rahim akan ‘expand’ kan. Saya bernasib baik sebab kandungan tiada masalah. Sakit apa pun tak rasa.
“Masa kandungan dah 3rd trimester, bayi pun jantung ok, tak ada abnormal apa. Dan tak songsang. Mula bayi lapan bulan, dia dah tak boleh pusing-pusing,” ujarnya.
Ads
Bicara Hasmidah lanjut, dia mengetahui keadaan diri mempunyai dua rahim itu ketika berusia 26 tahun.
“Dapat tahu umur 26 tahun. Ketika itu masih bujang. Ia bermula ketika itu saya mendaki bukit Broga dengan kawan-kawan. Saya mengalami sakit perut yang amat sangat.
“Selepas itu pendarahan jadi abnormal berwarna hitam pekat dan berterusan selama tiga bulan. Sebelum itu, darah haid saya juga dua kali sebulan. Bila tanya kawan-kawan, ada yang mengalami perkara sama jadi saya tak sangka rahim abnormal. Saya lakukan pemeriksaan di klinik.
“Selepas scan doktor maklumkan rahim saya ada dua cuma tak tahu lagi bentuk dan jenisnya. Perlu lakukan MRI untuk selanjutnya. Sangat rare dan jarang berlaku tapi ada. Nisbahnya satu dalam sejuta.
Ads
“Saya menangis dan terduduk selepas doktor menerangkan keadaan diri saya dikenali Bicornuate Bicollis berisiko sukar mengandung selain jika hamil akan mengalami keguguran atau bayi pramatang serta bersalin hanya secara pembedahan,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, dia tidak merahsiakan perkara tersebut kepada pasangan (suami sekarang) dan bersyukur dapat menerimanya.
Ads
Dalam pada itu, wanita yang kini menetap di Terengganu itu bersyukur dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun lapan bulan.
“Insya-ALLAH, jika diizinkan ALLAH, saya boleh bersalin lagi selepas ini. Saya pun lepas bersalin dan habis darah nifas, setahun enam bulan juga tak datang bulan.
“Bulan November lepas baru datang bulan (haid) untuk pertama kali selepas bersalin. Dan hanya sekali kitaran je darah keluar. Mungkin darah dari rahim yang kedua belum mahu keluar,” bicaranya.
Pesan Nur Hasmidah buat wanita di luar sana yang sedang mengalami masalah diri mahupun zuriat, kekal tenang dan bersangka baiklah selalu dengan aturan ALLAH.
DS Dr Wan Azizah dijadikan “meme” oleh pengguna media sosial, Nurul Ilham kongsi gambar ibu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru saja kembali ke tanahair selepas menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di Amerika Syarikat sebelah malam dan pagi itu dilihat terus memasuki Parlimen semalam.
Ramai bertanya dari mana “tenaganya datang” kerana tanpa rehat panjang atau alami jet lag, dirinya dilihat begitu bertenaga menjawap di Parlimen. Dalam tugasan rasmi negara itu, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlihat ada sama di mana di media sosial Xnya, dirinya memuat naik sekeping gambar di hadapan pintu gerbang sebuah muzium di San Francisco.
Gambar DS Dr Wan Azizah Dijadikan “Meme”
Memakai kot pink yang menyerlah, Dr Wan Azizah Ismail bergambar seorang diri sambil gayanya menunjuk ke arah pintu gerbang berkenaan.
Inilah gambar asal yang dipost oleh DS Wan Azizah di aplikasi Xnya dua hari lalu.
Di pintu gerbang Young Museum di San Fancisco iaitu tertera kata-kata “Lift Every Voice”. Ia membawa maksud setiap kata-kata harus didengari dan memuat naik di X nya tanpa menyedari kecomelan gambarnya menunjuk ke atas pintu gerbang itu telah dijadikan gambar meme oleh pengguna media sosial yang lain.
Ia telah dimuat naik oleh anak keempatnya, Nurul Ilham Anwar di aplikasi X dan menulis “My Mom’ A Meme Now” di mana Nurul llham dilihat meletakan emoji ketawa. Mungkin berasa geli hati gambar ibunya di pintu gerbang itu dipilih menjadi meme oleh pengguna media sosial dan ditag terus kepada ibunya, DS Wan Azizah.
Nurul Ilham Kongsi Pelbagai Aksi Lucu Ibu
Apa pun, aksi gambar meme Dr Wan Azizah memang lucu termasuk diletak bersebelahan Apollo coklat kegemaran kanak-kanak suatu ketika dahulu.
Musim sekolah dah mula, yang berkeluarga pun dah mula rancang percutian dengan anak-anak dan isteri. Tapi rugi rasanya jika anda tak layan keindahan Langkawi yang dikongsikan pasangan suami isteri yang lebih mesra di kalangan followernya dengan nama CIk Di dan Cik Na.
Sebelum ini, Zaidi Hassan dan Wan Zarina Wan Zainuddin pernah viral dengan perkongsian video dan foto-foto memukau di Pulau Tuba, Langkawi. Cantiknya Langkawi di ketengahkan dengan baik sekali.
Sampaikan ramai yang tag pasangan malah kenalan masing-masing, ajak bercuti-cuti Malaysia di Pulau Tuba. Walhal, nama Pulau Tuba sendiri begitu asing di halwa telinga orang Malaysia.
Bagus sungguh usaha suami isteri ini. Kata Zaidi dalam perkongsian terdahulu, video Pulau Tuba yang dihasilkan itu khas untuk orang Pulau Tuba.
“Khas buat Tuba Beach Resort anda memang best. Selesa view, cantik, staff friendly definitely kami akan datang lagi next time.
“Idea mai sebab tengok filem Langit Cinta arahan Osman Ali anak jati Langkawi juga. Mana tau kot-kot video ni sampai kat dia tengok boleh jadi extra Langit Cinta 2 plak ka. Kalau jadi hero & heroin kesian kat Fazura & Keith Foo plak tak leh cari makan.
Akuinya lagi, mereka akan kongsikan tempat-tempat menarik yang telah mereka jelajahi. “Semoga mendatangkan manfaat kepada kaki-kaki jalan dalam mendapatkan informasi.”
Jangan Kata Langkawi Tak Cantik, Tak Menarik
“Cik Di Cik Na akan terjah tempat-tempat di seluruh Langkawi yang mana terbaik, tercantik dan paling menarik untuk dimuat naik gambar & video bagi mempromosikan Langkawi.
“Kami bukan agent, kami bukan dapat comission, kami bukan menjual, kami bukan mengharap ihsan.
“Kami sukarelawan yang CINTAKAN Pulau Langkawi dan cuba sedaya upaya berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi supaya semua rakyat Malaysia tahu what Langkawi got to offer YOU!” Akuinya dalam statusnya lagi
Bagi membolehkan follower menghayati keindahan hasil karya video dan gambar perjalanan mereka, pasangan ini berkongsi dalam page CikDi CikNa Kaki Jalan.
Antara Lokasi Lain Di Langkawi Yang Buatkan Anda Bagai Dijampi
Kata Zaidi, cuti hujung minggu tak lama dulu mereka ke Tanahbendang Banglos Langkawi. Pemandangan bendang dirakam dengan indah sampai buatkan mereka bagai dijampi.
“Tempat ni sempoi bakhiangg, terasa macam dok kat kampung zaman kecik-kecik beringus dulu. So, kali ni kami kembalikan nostalgia ala-ala saloma dengan P.Ramlee gitu.
Lagi sekali kena jampi!
“So bagi sesiapa yang nak honeymoon, yang inginkan privasi boleh mai try tidoq tang ni..kat tempat lain confirm payah angpa nak rasa suasana macam ni.. bangun pagi dengar ayam berkokok wei..”
Semoga video dan gambar yang dikongsikan beliau akan buatkan anda lebih menghargai keindahan Langkawi sebagai destinasi percutian, wajib sampai di Malaysia.
Sumber/Foto : Facebook Zaidi Hassan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kira-kira jam 6.10 petang tadi Datuk Wira Dr Maznah Hamid, 62 yang amat dikenali dengan jolokan ‘Iron Lady’ menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN). Ikon wanita ini juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd.
Sebelum ini, Datuk Maznah dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam. Ikon wanita ini begitu dekat di jiwa wanita. Kata-katanya seringkali menjadi penguat jati diri usahawan wanita.
Ikon Wanita Dekat Di Jiwa
Beliau lambang wanita yang tak kenal erti putus asa. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi pengawal keselamatan, sampailah akhirnya menjadi pemilik syarikat pengawal keselamatan sendiri.
Hebatnya wanita ini dalam karier mahupun membentuk motivasi kehidupan tiada galang gantinya. Dekatnya beliau dengan para wanita tidak ternilai dek kata-kata. Kini, beliau sudah tiada namun semangat kentalnya sentiasa ada dalam jiwa para wanita yang pernah menerima nasihatnya.
Mohon rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan semoha roh Allahyarham Datuk Wira Maznah Hamid diberikan pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah.
Difahamkan jenazah Allahyarham Datuk Maznah Hamid akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam.
“Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor,” menurut sumber.
Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang).
Jenazah Allahyarham Datuk Maznah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur.
Al-Fatihah.
Sumber / Foto : Sinar Harian, Securiforce Sdn Bhd
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!