Ajal dan maut di tangan Tuhan. Setiap yang hidup pasti merasai mati, cuma tiada siapa yang tahu bilakah nyawa akan dijemput Ilahi. Sebagai manusia buatlah sehabis baik di dunia, agar syurga balasannya di akhirat kelak.

Siapa sangka di saat-saat kematiannya, dia sedang berbuat baik kepada orang lain. Menunaikan fardhu kifayah yakni sunat yang dituntut. Seorang pesara kerajaan telah meninggal dunia ketika memandikan sedang memandikan jenazah.

Dijemput Ajal Ketika Mandikan Jenazah

Pesara kerajaan meninggal dunia ketika sedang memandikan jenazah di bilik Jabatan Forensik Hospital Gua Musang (HGM) dipercayai akibat serangan jantung, petang ini.

Allahyarham Mohd Azari Ibrahim, 64, atau lebih dikenali sebagai Abang Yie Assalamualaikum rebah kira-kira 4 petang.

Lelaki itu yang pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Gua Musang memang dikenali penduduk Gua Musang kerana turut memberi khidmat berbekam.

Ads

Arwah Tidak Mengalami Masalah Kesihatan

Isterinya, Nora Hassan, 61, berkata ketika kejadian berada di rumah dan arwah sedang memandikan jenazah di bilik forensik bersama seorang lagi petugas hospital itu.

Katanya, dia dimaklumkan pihak hospital arwah disahkan meninggal dunia sebaik pemeriksaan dilakukan di wad kecemasan pada 4.15 petang.

Sebelum ini arwah tidak pernah menyatakan masalah kesihatan tetapi kerap juga melakukan pemeriksaan termasuk jantung di klinik swasta.

Ads

“Hari ini pun saya sempat bersama arwah ke kedai perabot di Jalan Pekan Lama Gua Musang, 9 pagi tadi untuk membeli perabot.

“Keadaan dia (arwah) biasa sahaja sebelum memberitahu saya akan pergi ke HGM untuk mandi jenazah, 3 petang tadi,” katanya ketika ditemui di HGM, hari ini.

Aktif Beri Khidmat Masyarakat

Menurutnya, arwah masih aktif dalam khidmat masyarakat dan sering membantu mereka dalam kesusahan bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Ads

“Saya reda dengan kejadian kerana Allah SWT lebih menyayanginya dan pergi mengadap Ilahi lebih dahulu daripada saya,” katanya.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kesedar Putra di Bandar Baru Gua Musang selepas solat sunat tarawih, malam ini.

Sumber/ Foto: Harian Metro

MW: Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan almarhum ditempatkan di kalangan para solihin. MW mengucapkan takziah dan dalam masa yang sama berdoa keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI