Dialah bapa dan ibu kepada anak-anak.” Pelakon Badrol Shah kini pikul tanggungjawab besar selepas kehilangan isteri disebabkan Covid-19.
Bukan satu tugas yang mudah bagi seorang bapa menguruskan keperluan empat orang anaknya selepas kehilangan isteri tercinta.
Setiap kali rasa rindu bertandang, anak-anak akan menatap gambar ibu mereka.
Dialah Bapa dan Ibu Kepada Anak-anak
Pelakon Badrol Shah atau Bad mengakui memikul tanggungjawab besar sebagai bapa dan ibu terhadap empat anaknya selepas kematian isteri, Allahyarham Farah Shila Mazlan pada 26 Ogos lalu.
Menurut Badrol, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang, dia sedaya upaya memastikan yang terbaik buat anak-anak yang masih merindui ‘ummi’ mereka.
“Setiap malam mereka pasti akan menatap gambar ummi mereka. Malah, saya juga akan bawa mereka pergi kubur sebagai cara untuk menghilangkan rindu.
“Saya kena teruskan perjuangan hidup demi anak-anak. Saya turut menasihati dan mengajar mereka perkara baik-baik.
“Saya sentiasa ingatkan agar selalu berdoa untuk arwah ummi mereka, sebab kalau kita sedih dan asyik menangis ummi pun akan menangis di sana nanti,” katanya.
Pikul Tanggungjawab Besar Selepas Kehilangan Isteri
Bad memastikan akan mengajar anak-anaknya mengaji setiap malam, memantau pelajaran mereka secara sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan memujuk anak-anak setiapkali mereka sedih.
“Saya minta mereka berdoa agar ‘di sana’ nanti kami semua dapat jumpa ummi semula. Jadi mereka boleh terima.
“Mengenai perasaan sendiri, saya kena sentiasa bersabar dan pegang amanah Allah untuk sentiasa mendidik anak-anak hingga akhir hayat,” katanya.
Nama Bad menjadi tumpuan apabila dia menerusi media sosial memaklumkan isterinya disahkan meninggal dunia pada 10 Ogos lalu. Namun, pada hari sama dia tampil membetulkan keadaan apabila memberitahu berlaku salah faham dalam perkara itu.
Percaya Dengan Rezeki Allah
Memandangkan tiada aktiviti penggambaran, Bad kini meneruskan kerjaya tetapnya sebagai pemandu grab.
Ads
“Saya kena cari rezeki buat anak-anak terutamanya untuk susu, makan dan kelengkapan pembelajaran mereka. InsyaAllah rezeki ada saja di mana-mana.
“Semasa isteri masih ada, gajinya RM600 sebagai guru sekolah agama. Dia pula ada sakit asma kritikal, kanser darah tahap tiga dan jantung tahap tiga. Kos perubatan untuk dia masuk darah dan cuci darah memang tinggi.
“Sekurang-kurang RM5000 sebulan kena ada, termasuk untuk bayar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) RM124 sebulan, manakala sewa kereta grab sebulan RM1600,” katanya.
Dia juga perlu menyediakan susu anak kecilnya berharga RM180 setin yang keseluruhannya memerlukan empat tin sebulan.
“Susu ini adalah saranan doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Itu sebabnya saya kena ada kewangan yang cukup. Bagaimanapun, alhamdulillah dengan segala rezeki yang saya dapat.
Ads
“Bahkan, saya sentiasa amalkan bersyukur dengan apa yang ada. Namun, saya berasa amat bersyukur lagi sekiranya ada mana-mana pihak sudi menghulurkan bantuan.
“Apapun, saya beruntung kerana anak sulung yang berusia 12 tahun, sudah boleh jaga adik-adik yang lain ketika saya bekerja. Dia memang dah diajar berdikari untuk memasak dan buat pelbagai kerja rumah yang lain,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga Badrol kuat dan sabar untuk membesarkan anak-anaknya. Bukan sesuatu yang mudah dan amat berat memikul tanggungjawab ini. Semoga Allah membantunya. Insyallah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Ads
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Bila bercakap tentang nafkah pada mak ayah, mereka seolah-olah merasakan ia hanya menjadi tanggungjawab pada anak-anak lelaki. Mlah, tidak terkecuali yang keliru antara keutamaan kepada keluarga dan tanggungjawab pada mak ayah.
Ada juga mengatakan nafkah pada mak ayah adalah tanggungjawab pada anak lelaki dan tidak wajib pun pada menantu pun. Bagaimana pula dengan tanggungjawab anak perempuan.
Ramai yang tidak tahu, anak perempuan turut mempunyai tanggungjawab memberi nafkah pada mak ayah. Anak perempuan yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri tidak menjadi permasalah untuk memberi nafkah pada mak ayah.
Tapi bagaimana pula dengan anak perempuan yang tidak bekerja. Hanya mengharapkan duit daripada suami. Bagaiaman nak berikan nafkah pada orang tuanya. Boleh dikatakan kalau anak perempua memberi nafkah dengan menggnakan duit suami, apakah hukumnya.
Merungkaikan persoalan tentang menantu yang memberi nafkah pada mentua, di sini ada jawapannya.
Siapakah yang berkewajipan memberi nafkah pada mentua. Saya seorang suami yang selalu melihat mentua meminta duit bulanan daripada isteri saya. Sedangkan mentua saya juga mempunyai anak lelaki.
Jawapan:
Seorang lelaki yang berkahwin, wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ada pun mentua tidaklah termasuk dalam tanggungjawab wajib. Jadi, tidak dibenarkan jika seorang isteri mengambil harta suaminya untuk diberikan kepada orang tuanya kecuali dengan izin serta keredhaan suami.
Siapakah yang wajib memberi nafkah pada mentua?
Orang yang wajib memberi nafkah kepada mentua adalah anak-anaknya.
Sekiranya seorang isteri memiliki harta peribadi (bukan harta suami) dan dia memiliki harta yang lebih dari keperluannya, maka wajib baginya untuk memberi nafkah kepada kedua orang tuanya yang fakir. Ini kerana secara umum, memberi nafkah kepada orang tua adalah kewajipan pada anaknya, baik anak lelaki atau anak perempuan. Ini termasuklah dalam bentuk berbakti kepada orang tua.
Ibnul Mundzir (318 H) berkata:
أجمع أهل العلم على أن نفقة الوالدين الفقيرين اللذين لا كسب لهما، ولا مال، واجبة في مال الولد…
Telah sepakat ahli ilmu bahwa nafkah kedua orang tua yang fakir yang tidak memiliki penghasilan dan tidak memiliki harta adalah sebuah kewajiban pada harta seorang anak. (Al-Mughni: 8/212)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu anha, Nabi ﷺ bersabda:
إنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ.» رواه أبو داود.
Sungguh sebaik-baik makanan yang dimakan oleh seseorang adalah dari hasil usahanya dan sesungguhnya anak dia adalah bagian dari hasil usahanya.” (HR. Abu Dawud)
Hadis ini menerangkan bahawa orang tua memiliki hak atas harta anaknya. Maka boleh bagi keduanya untuk mengambil darinya. Tentu dengan beberapa syarat seperti; (1) Mengambil sebatas yang tidak bermudarat bagi anaknya,
(2) Tidak mengambil harta yang berkaitan dengan kebutuhan anak,
(3) Tidak mengambil untuk diberikan kepada anaknya yang lain. Dan sebagian ulama menjelaskan hal tersebut hanya diperbolehkan dalam kondisi ketika orang tua membutuhkan saja.
Seorang anak, baik lelaki ataupun perempuan- wajib untuk memberi nafkah kepada kedua orang tuanya apabila dalam keadaan berikut;
1. Fakirnya kedua orang tua serta tidak mampu bekerja,
2. Anak berkecukupan dan memiliki harta yang lebih dari kebutuhannya. Akan tetapi telah terjadi perselisihan di kalangan para ulama siapakah yang wajib menafkahi kedua orang tua apabila memiliki anak laki-laki dan perempuan.
Ibnu Qudamah (682 H) dalam Al-Mugni berkata:
وإن اجتمع ابن وبنت، فالنفقة بينهما أثلاثا، كالميراث. وقال أبو حنيفة: النفقة عليهما سواء؛ وقال الشافعي: النفقة على الابن؛ لأنه العصبة.
Jika berkumpul anak laki-laki dan perempuan, maka nafkah antara keduanya dibagi sepertiga bagian seperti dalam warisan. Dan berkata Abu Hanifah: Nafkah atas keduanya sama. Dan berkata Syafi’i: Nafkah itu atas anak laki-laki, karena ia adalah Ashabah (Ahli waris yang bagiannya tidak ditentukan).” (Al-Mughni: 8/219)
Maksud dari “antara keduanya di bagi sepertiga bagian seperti dalam warisan” yaitu karena dalam warisan bagian satu orang anak laki-laki sama dengan bagian dua anak perempuan. Misal orang tua yang memiliki satu anak laki-laki dan satu anak perempuan maka anak laki-laki wajib memberikan nafkah dua pertiga bagian dan anak perempuan sepertiga bagian.
Apabila memiliki satu anak laki-laki dan dua anak perempuan maka nafkah di bagi empat bagian dua bagian atas anak laki-laki dan dua bagian atas dua anak perempuannya. Dan begitu seterusnya.
Ini adalah yang wajib, akan tetapi sekiranya salah satu
Ini adalah yang wajib, akan tetapi sekiranya salah satu dari mereka telah mencukupi nafkah orang tuanya maka gugur kewajiban nafkah atas saudara yang lain. Dan baginya pahala di sisi Allah Ta’ala. Atau semua sepakat dengan jumlah tertentu atas masing-masing mereka.
Wallahu ta’ala a’lam.
Dijawab oleh Ustadz Idwan Cahyana, Lc.
Mingguan Wanita : Sebagai seorang anak, wajib memberi nafkah pada orang tua. Inilah keberkatan seorang anak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sungguh malang tidak berbau, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.
Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.
Kelar Pergelangan Tangan Sebelum Cederakan
Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.
Terdengar Bunyi Bisikan
Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.
“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.
“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya di sini, hari ini.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.
Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.
“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.
“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga anak-anak yang menjadi mangsa ini cepat sembuh. Ahli keluarga yang mempunyai masalah mental dan kesihatan perlu perhatian penuh bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Setiap anak ada rezekinya. Tak kisah anak seorang, dua orang mahu pun anak ramai. Itulah rezeki yang Allah berikan. Cuma, mak ayah kena amanah dan tanggungjawab dalam menjaga anak itu.
Sering kali kita fikir dan tengok, ada sesetengah mak ayah yang hidup susah tapi anak bukan main ramai lagi. Kita tak sedar itulah rezeki, susah macam man sekali pun tapi rezeki tetap ada untuk anak-anak.
Apa yang perlu mak ayah buat, pikul tanggungjawab dan bela nasib anak-anak ini. Jangan dibiarkan. Jangan ingat, mak ayah itu anak seorang, bolehlah ikut apa kehendak anak itu.
jJangan beranggapan begitu, seorang mahupun anak ramai, semua itu rezeki dan paling penting kualiti yang mak ayah kena berikan pada anak-anak ini.
Menariknya perkongsian daripada Farizal Radzali ini tentnag amanah pada anak-anak. Mak ayah jangan bangga anak ramai, jangan sedih anak seorang mahupun tidak ada anak. Semua ini telah ditetapkan olehNya.
Sudah-sudahlah mengatakan anak itu rezeki semata-mata. Jika anak-anak itu sekadar rezeki, kenapa kebanyakan yang susah hidupnya itu, punyai anak yang ramai? Jika rezekinya pada anak-anak, bukankah lebih ramai anak lebih banyak rezekinya?
Dan akhirnya anak-anak yang ramai itu tak terbela nasibnya. Sekolah tak mampu. Kecil-kecil dah bekerja cari duit poket sendiri dan ada juga yang jadi pencuri. Ada kecil-kecil lagi dah jadi samseng.
Masuk usia remaja, hisap dadah. Jadi peragut. Sebab apa? Sebab tekanan hidup? Atau kurang kasih sayang kerana adik beradik ramai?
Mana kualiti anak-anak yang dikatakan rezeki itu?
Anak itu adalah rezeki dari Allah swt. Tak semua orang memilikinya. Itu pemberian Allah, sebab itu dipanggil rezeki.
Namun setiap rezeki tak datang begitu sahaja, ianya datang bersama sesuatu yang lebih berat dipanggil AMANAH. Anak itu bukan sekadar rezeki tapi anak itu AMANAH dan amanah itu besar tanggungannya.
Anak itu punca rezeki? Ibu ayah kongsi rezeki anak²? Jangan sampai rezeki anak, kita yang gunakan untuk kepentingan diri. Jangan sampai amanah & tangungjawab kepada anak, kita abaikan.
Hanya bangga anak ramai, tak peduli bab amanah.
Tingkatkan kualiti, bukan kuantiti. Lebih ramai anak, lebih tinggi amanah, lebih banyak perhitungan di sana nanti.
Dan di satu hari kelak, anak-anak akan menjadi seperti apa yang kita tanamkan dalam diri mereka.
Kita abaikan anak-anak hari ini, nanti anak-anak abaikan kita. Masa tu pasti si anak dicop derhaka kepada mak ayah. Anak-anak sentiasa dilihat salah di mata masyarakat jika mengabaikan ibu ayah. Anak-anak yang jahat, kononnya seburuk manapun ibu ayah kita, mereka tetap insan yang melahirkan & membesarkan.
Derhaka seorang anak kepada ibu ayah adalah dosanya kepada ibu ayahnya.
Derhaka seorang ibu/ayah kepada anaknya adalah dosanya kepada Tuhannya.
Jangan bangga jika punyai anak yang ramai, tapi banggalah punyai anak yang berkualiti walau hanya seorang.
Tiada anak? Jangan sedih. Allah tak kata tiada anak tak masuk syurga. Tapi Allah kata, amanah anak yang tak dijaga, pasti ada hukuman untuknya.
Wallahua’lam.
Mingguan Wanita : Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi kebanggaan mak ayah.