'Selepas tidurkan mereka, saya dan isteri turun untuk membantu pekerja mengemas meja dan kerusi. Tak sangka itulah kali terakhir kami dapat tatap dan tidurkan mereka.'- Bapa.
‘Dengar jeritan panggil abah, tapi tak mampu selamatkan.’ Pilu dua anak terkorban dalam kebakaran menjelangnya syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pedih hati menerima kehilangan anak dalam kebakaran yang berlaku di depan mata. Allahuakbar beratnya ujian!
Dengar Jeritan Panggil Abah
Abah… abah. Itu jeritan terakhir dapat didengar seorang lelaki dalam insiden kebakaran sebuah rumah kedai yang mengorbankan dua anaknya di Bandar Seri Iskandar di sini pada Khamis.
Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu mengorbankan Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan selepas terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai terbabit.
Ketika kejadian, dua beradik terbabit sedang nyenyak tidur di bilik hadapan tingkat 2 bangunan, sementara ibu bapanya sedang bersahur di tingkat bawah.
Menurut bapa mangsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, sebaik menyedari kebakaran berlaku, dia segera naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan dua anaknya itu.
Bagaimanapun katanya, usaha itu gagal kerana keadaan asap terlalu tebal memenuhi ruang bangunan itu.
“Waktu saya naik tangga, saya dengar jeritan anak sulung saya memanggil abah abah beberapa kali. Saya menyahut dengan harapan dia dapat bertahan sementara saya cuba membawa mereka
keluar.
“Tetapi tak lama jeritan itu hilang, saya cuba masuk, tetapi tak berdaya kerana sesak nafas, tiga kali saya usaha, namun tidak juga berjaya.
Ads
“Beberapa orang juga cuba membantu memanjat papan tanda dan memecahkan cermin hadapan kedai dengan harapan dapat masuk ke bilik, namun tetap juga gagal.
“Menyebabkan kami pasrah dan hanya mampu menunggu bantuan daripada pihak bomba,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Changkat Melintang, Parit, Perak.
Dia yang mengusahakan restoran masakan tomyam bersama isteri, Mimi Doleng, 28, di tingkat bawah rumah kedai itu telah mendiami bilik berkenaan sejak hampir setahun lalu.
Dua lagi bilik di tingkat sama dijadikan penempatan lima pekerjanya.
“Mereka berdua baru sahaja masuk tidur selepas penat bermain di kawasan kedai ini. Selepas tidurkan mereka, saya dan isteri turun untuk membantu pekerja mengemas meja dan kerusi.
Ads
“Tak sangka itulah kali terakhir kami dapat tatap dan tidurkan mereka,” katanya pilu.
Tambah Mohd Fazlan Nizam, beberapa hari sebelum kejadian, anak sulungnya yang mesra dipanggil ‘Abe’ merengek mengatakan mahu balik, tetapi tidak menyatakan mahu balik ke mana.
“Selepas kejadian ini, barulah saya dapat tahu, erti balik itu mahu balik ke mana. Walaupun sedih kehilangan kedua-dua anak sekali gus, tetapi kami reda dan menerima ujian yang diberikan tuhan,” katanya yang turut memaklumkan persiapan baju raya dua beradik itu telah pun siap.
Jenazah dua beradik berkenaan akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Jalan Kampung Bali, Tronoh pada hari ini.
Ads
Kali Terakhir Berjumpa
Manakala jelas datuk mangsa, Mohamed Hamidi Mohd Alias, 60, kali terakhir dapat bertemu dengan dua cucunya itu pada 1 Ramadan lepas.
Dia yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah sempat membelikan sepasang jubah dan abaya serta perhiasan gelang untuk dua cucunya itu untuk dipakai pada hari raya pertama.
“Bila ditunjukkan jubah, cucu lelaki saya tu suka sangat dan tak sabar nak pakai, sebab ini kali pertama dia beraya dengan jubah,” katanya.
Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan berjaya dikeluarkan anggota bomba dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Mingguan Wanita : Pemergian anak yang masih kecil tentu saja meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua ibu bapanya. Semoga mak ayah ini terus kuat berdepan dengan ujian berat ini.
Bagi membantu semua pihak termasuklah mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan masih terkandas di kampung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan kajian tentang operasi pengangkutan awam.
Setakat ini, operasi bas ekspres belum dibenarkan walaupun pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk merentas negeri dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sekiranya langkah ini diambil sudah tentu akan membantu ramai pihak.
PDRM Laksana Kajian
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan kajian terperinci berkaitan operasi pengangkutan awam seperti bas ekspres untuk membolehkan mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian bergerak pulang ke kediaman masing-masing di bandar.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa sekarang operasi bas ekspres belum dibenarkan walaupun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada hampir semua sektor di negara ini.
“Kajian yang dilaksanakan oleh PDRM ini turut meliputi soal berapa jumlah bas yang dibenarkan untuk bergerak pada 7 hingga 10 Mei nanti jika ia dibenarkan beroperasi.
“Saya percaya polis akan melihat perkara ini secara terperinci dan menyelesaikan permasalahan mereka yang terkandas di kampung,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
Ditanya adakah pergerakan rentas daerah dan masa orang awam berada di atas jalan raya masih dihadkan, beliau berkata, pergerakan antara daerah dibenarkan dan tiada masa dihadkan untuk keluar.
“Dalam peraturan baharu tidak ada had dan sekatan perjalanan antara daerah. Cuma buat masa sekarang ada sekatan pergerakan antara negeri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Sekiranya perkhidmatan atau operasi bas ekspres dibenarkan maka bukan sahaja membantu mak, ayah yang masih terkandas di kampung halaman untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidak ketinggalan membantu syarikat bas dalam menjana pendapatan kembali setelah terjejas sepanjang PKP dijalankan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KFC tak pernah masuk dalam senarai, pengerusi BDS Malaysia perjelas salah faham masyarakat kempen boikot. KFC menjadi mangsa kempen boikot barangan Isra Hell.
Sejak dulu lagi KFC menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia kerana keenakan ayam gorengnya. Namun sejak kempen boikot barangan Isra Hell, KFC menerima tempias di mana restoran makanan segera ini kelihatan kosong hingga ada beberapa cawanganya ditutup kerana kekurangan pelanggan.
KFC Tak Pernah Masuk Dalam Senarai
Namun percaya atau tidak, selepas hampir ranap bisnes makanan segera ini, pengerusi BDS cawangan Malaysia, Prof Nazari Ismail dalam kenyataan di fb semalam memberikan kenyataan mengejutkan kerana menurutnya KFC tidak pernah masuk dalam senarai kempen boikot. Begitu juga dengan McD Malaysia.
Dalam satu hantaran di fbnya, ini jawapan Prof Nazari Ismail mengenai kempen boikot terhadap KFC.
Pengerusi BDS Perjelas Salah Faham Masyarakat Kempen Boikot
Jawapan Pengerusi BDS mengenai KFC:-
Utk makluman, KFC TIDAK pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.
Kami TIDAK pernah kempen rakyat Malaysia utk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.
McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.
Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.
Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.
Tetapi saya dapati ada customer yang merungut dan tak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun. Ini satu laporan yg berkaitan:
Turunkan berat badan dan dapat ganjaran emas! Memang menarik sungguh inisiatif daripada Kerajaan Dubai ini demi memastikan rakyat kekal sihat. Pastinya rakyat lebih bersemangat nak turunkan berat badan macam ni.
Itulah yang dikongsikan oleh Irfan Khairi,45 yang merupakan usahawan serta jutawan dalam bisnes online yang kini telah 5 tahun berhijrah ke Dubai serta mengusahakan pelbagai perniagaan di sana.
Berikut yang dikongsikan beliau;
Turunkan berat badan dapat emas!
Pelik tapi benar. Betul tak tipu.
Inilah inisiatif kerajaan Dubai untuk menggalakkan penduduk Dubai untuk jaga kesihatan tapi ianya…
Dah beberapa kali telah dikendalikan intaitif kalau turunkan berat badan, mereka (kerajaan) bagi emas.
1 Gram Emas Setiap Penurunan 1 Kilogram Berat Badan
So, siapa nak emas percuma, meh pindah Dubai. Setiap 1kg turun, dapat la 1g emas. Nak lagi banyak emas kena la rajin-rajin pergi gym exercise atau puasa sunat.
Banyak laaaa dapat!
Apa pendapat anda kempen kerajaan ini?
Apa yang mereka lakukan adalah, di awal permulaan kempen ini, siapa yang nak join akan ditimbang berat badan terlebih dahulu sebagai rekod.
Dan sepanjang kempen ni, kebiasaannya satu atau dua bulan, boleh la ke gym ke… puasa ke… dan di akhir kempen akan ditimbang semula untuk check.
Jumlah penurunan akan convert menjadi emassss! Ya, emas tulen bangg…
So kalau turun 10 kg dapat la 10g emas. Nak simpan ke, nak laburkan ke, atau nak jual semula emas pun boleh.
Apa pendapat anda kempen ini. Agak-agak boleh berjaya tak?
Kaya bebeno kerajaan Dubai sampai nak jaga kesihatan penduduk pun sanggup bagi emas.
Apa kata kita usul ni pada kerajaan kita kan?
Tapi rasanya kerajaan Malaysia tak boleh kasi emas kot.
So kalau kerajaan tak dapat bantu kita kasi emas dalam keadaan ekonomi kini, kita kena la bantu diri sendiri.
Dalam keadaan ekonomi kini, macam-macam harga meningkat. Menjalankan perniagaan sambilan adalah sesuatu yang dapat membantu diri kita dan keluarga.
Tak semestinya nak jadi jutawan atau kaya raya, tapi kalau perniagaan sambilan dapat extra RM500 – RM1000 pun pastinya membantu kan?
Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, tapi tak tahu cara dan di mana nak mula, tak tahu nak jual apa? ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.NakJualApa.com
Saya kongsikan perniagaan sambilan dari rumah yang terbaik dan menguntungkan untuk anda mula.
Mingguan Wanita: Wah bertuahnya tinggal di Dubai, menarik sungguh inisiatif kerajaan supaya rakyat sihat dengan turunkan berat badan dapat ganjaran emas. Memang bertambah bersemangatlah nak turunkan berat badan macam ni.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...