Ramai kita dengar, kebanyakan isteri sanggup bertahan sebuah rumahtangga demi anak-anak. Sanggup menjaga hati orang lain terutamanya suami, walaupun pada hakikatnya makan hati.
Apa yang isteri lakukan ini demi keluarga dan anak-anak. Hatinya tiada lagi pada pasangan tapi kerana anak, dibuang segalanya dan berpura-pura menjaga hati pasangan.
Pernah dengar kisah, pasangan yang berkahwin berpuluh tahun bersama, akhirnya berpisah. Ini mungkin salah satunya kerana tidak mampu dipendam dan tahan lagi. Diri tidak mampu lagi berpura-pura menjaga hati.
Sebenarnya, keadaan ini boleh diselesaikan jika isteri mahu pun pasangan berterus terang. Beritahu apa yang tidak kena. Jangan berpura-pura menjaga hati tapi batinnya makan hati. Perkongsian daripada Sariah Suhailah Chik ini boleh membuka hati para isteri di luar sana agar tidak terlalu menjaga hati sehingga makan hati.
Sangat banyak rumahtangga yang hadapi situasi yang mana di hadapan pasangan, masing-masing bermanis muka, sedangkan dalam hati hanya mereka yang tahu.
Keadaan ini boleh terjadi kerana beberapa faktor :
Ads
1. Tiada Kemahiran Berterus Terang Satu kemahiran yang tak ramai orang mampu ialah, kemahiran untuk berterus-terang termasuklah untuk menolak sesuatu permintaan dengan baik.
Ada perkara yang kita tak setuju, tak sehaluan dengan pasangan kita namun kita lebih senang untuk memendam kerana kita tak tahu apa cara terbaik untuk menolak.
Kita lebih kepada ‘menjaga hati’ sedangkan dalam masa yang sama, kita ‘makan hati’. Kenapa perlu kita menyeksa diri, belajarlah berterus terang. Kena caranya, insya Allah semua akan jadi elok. Buat satu persetujuan dengan pasangan, jika ada yang tidak kena, kita wajib berterus-terang dan bincang.
2. Tiada Kerelaan Menerima Pendapat Pasangan Kita punya ego masing-masing. Sama ada suami atau isteri, sama! Jadi, bila kita dan pasangan tidak sependapat, maka kita cuba pertahankan ego kita.
Hasilnya, kita akan pura-pura menerima sedangkan hati kita tidak rela. Dan kemudian apabila ada kesilapan dalam apa yang diputuskan, kita akan suka ungkit-ungkit apa yang telah berlaku. ‘Haa, kan saya dah cakap hari tu! Kalau dengar cakap saya kan bagus!’
Bila ungkit, maka lagi parahlah perhubungan. Lama kelamaan, masing-masing lebih senang berpura-pura suka walhal dalam hati lain bunyinya.
Pasangan yang dah hidup bersama berpuluh tahun, bercucu cicit pun masih ramai yang begini. Nenek tak puas hati dengan atok, diamkan saja. Nanti datang anak cucu, baru diluahkan.
Zahirnya nampak elok, tapi di hati tak bahagia.
Ada isteri yang sangat baik pada suaminya. Bila dipuji, katanya, ‘Orang lain tak tahu dalam hatinya ikhlas ke tak.’ Aduh, terseksa sangat.
Ads
Jadi, begitulah. Kita sebagai suami atau isteri, jangan fikir tentang kita sendiri saja. Biarlah sama-sama belajar untuk berterus-terang, dan belajar menerima penolakan.
Saya kurang setuju bila pasangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk memendam. ‘Ala, sebab anak-anak lah aku bertahan.’
Benar, anak-anak penghubung kasih sayang. Tapi bukan sampai menidakkan perasaan sendiri. Biarlah semua merasai manisnya bahagia itu.
Dalam perkahwinan, tiada istilah terlambat untuk dibetulkan. Ia satu perjalanan dalam kehidupan. Ibaratnya, kita berjalan. Jika tersepak batu, bukan bererti kita perlu kekal terhincut-hincut begitu. Bertatihlah semula agar kembali berjalan dengan betul. InsyaAllah.
Moga Allah bahagiakan hati kita…
Ads
Mingguan Wanita : Tak semua apa yang kita buat itu betul dan semua yang pasangan buat salah. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Berterus terang jalan terbaik untuk kekal bahagia dan mengakui kelebihan dan keurangan pasangan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Semasa bergelar suami isteri yang masih saling cinta mencintai, segala tentang suami mahupun isteri serba indah di mata. Tapi bila masing-masing sudah membenci, sebesar zahrah kesilapan pun akan diungkit keluar. Bercerai hidup dan berdepan dengan hak perebutan penjagaan anak merupakan proses yang bukan saja menyakitkan anda malah anak yang suci bersih hatinya. Sila fahamkan perkongsian ringkas namun padu daripada Puan Normaliza Mahadi, Profesional and Licensed Counselor di Normaliza Counseling Services.
Anak Bukan Bahan Dendam
Korang Perasan Tak?
Waktu masih berkahwin, jarang kita tengok suami dan isteri berebut nak jaga anak. Berebut nak mandikan anak. Berebut nak cuti sebab anak sakit. Berebut nak bawak anak main di taman permainan. Berebut nak tidurkan anak. Berebut nak tukar pampers anak. Berebut nak basuh berak anak. Berebut nak suap anak makan. Berebut nak bacakan anak buku. Berebut nak ajar anak mengaji. Berebut itu dan ini.
Anehkan!
Bila bercerai begitu ramai pasangan berebut anak. Sehingga jadi seperti pesta di mahkamah. Pesta perebutan anak. Pesta sedu sedan pada kebanyakkan ibu. Pesta pembuktian kelelakian pada kebanyakkan bapa.
Mengapa berebut hanya selepas bercerai? Kerana pada masa itu anak hanyalah bahan dendam. Anak dijadikan tebusan perasaan. Anak akan jadi lambang kepuasan. Anak jadi piala kemenangan.
Ada ibu menyorok anak daripada dakapan seorang bapa. Ada bapa memutuskan susu ibu pada bayi yang belum mengerti apa. Kerana apa? Kerana rasa puas melihat satu lagi pasangan menderita dengan perpisahan.
Kejam ibu dan bapa. Hanya kerana mereka berdua bukan lagi keluarga, anak jadi hancur.
Kepada yang sedang berebut hak penjagaan anak, tanyalah iman bukan syaitan. Doalah pada Allah untuk menerangkan hati-hati kalian.
Ibu dan bapa tidak pernah bertukar nama. Suami dan isteri berbekas sentiasa. Kalian mahu cerai, kalian selesai. Namun anak kalian cedera perasaan dan kehidupan.
Berpuasa di bulan ramadan, membuatkan kita agak segan untuk masuk ke premis makanan pada waktu siang hari.Bukan apa takut di salah anggap tidak menghormati bulan puasa.Dilema bagi mak-mak yang ada kecil, malu membeli makanan untuk anak sendiri, walaupun ada ‘lesen besar’.
Situasi ini pernah dialami oleh pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,35. Menurut ibu kepada Aisy Mateen,3 ini, dirinya pernah berasa segan untuk membeli makanan dan minuman untuk anaknya pada bulan puasa. Namun ditahan perasaan malu tersebut, demi mengelakkan anaknya kehausan dan kelaparan.
“Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak”
“Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan?”
“So kesimpulan nya.Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee.Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .
MW: Setuju sangat dengan apa yang Yana Samsudin ini kongsikan. Beli makanan dan minuman untuk anak tiada salahnya. Tak perlu rasa segan dan bersalah anggap tak hormati bulan ramadan.
Suami isteribertengkar ada manfaatnya, kajian buktikan hubungan jadi lebih utuh. Mungkin ramai pasangan menilai bahawa dengan bertengkar akan memburukkan lagi keharmonian sesebuah hubungan.
Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya
Bagaimanapun pertengkaran suami isteri juga sebenarnya menyimpan manfaat tersendiri dalam hubungan perkahwinan. Hal ini kerana tidak semua pertengkaran itu memburukkan keadaan. Yang pasti tidak ada pasangan pun yang ingin bertengkar dalam rumah tangga.
Menurut kajian psikologi, pertengkaran diperlukan untuk menyedarkan seseorang daripada kesalahan sehingga membuatkan mereka mempunyai keinginan untuk berubah.
Kenyataan ini bukanlah untuk menggalakkan anda bertengkar dengan pasangan. Setidak-tidaknya anda dan pasangan mampu memahami apa sebetulnya hikmah di sebalik pertengkaran yang terjadi.
Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh
Pertengkaran dengan pasangan juga dapat menjadikan hubungan cinta lebih sihat dan hati menjadi lebih lega. Kajian yang dilakukan oleh Florida State University mengatakan bahawa mengekspresikan kemarahan saat bertengkar berkemungkinan besar mampu menyelesaikan masalah lebih cepat jika dibandingkan dengan pasangan yang lebih banyak memendam perasaan.
Ketika bertengkar selalunya pasangan akan bersikap jujur dengan mengeluarkan emosi yang dirasakannya. Ini akan membuatkan anda berdua mampu untuk memahami serta mengenali pemikiran dan sifat pasangan antara satu sama lain.
Ahli pernikahan yang juga penulis buku What About Me? Stop Selfishness from Ruining Your Relationship bernama Jane Greer, Ph.D. mengungkapkan dalam majalah Women’s Health, “Jika anda belajar berdebat dengan sihat sejak dari awal hubungan, anda akan belajar banyak mengenai sudut pandang masing-masing.”
Pasangan yang memilih untuk memaafkan dan melupakan masalah tanpa menyelesaikan masalah tersebut ketika bertengkar, akan lebih mengalami perceraian di kemudian hari kerana pertengkaran yang sama akan terus berulang kembali.
Percayalah, tidak ada pasangan yang sempurna dan tiada ada mana-mana perkahwinan yang tidak berdepan dengan pertengkaran. Dengan manfaat ini bukanlah alasan untuk anda berdua selalu bertengkar sebaliknya jadilah pertengkaran sebagai proses untuk anda berdua membaiki diri menjadi pasangan yang lebih baik antara satu sama lain.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...