Cinta memang mampu membutakan mata. Bila hati sudah sayang, apa pun sanggup dilakukan demi meraih cinta. Tidak kiralah nyawa sekalipun sanggup dipertaruhkan.
Demi cinta juga seorang ahli perniagaan sanggup berkorban harta, hantaran RM87,000 untuk dapatkan gadis idaman.
Demi Cinta Sanggup Berkorban Harta
Makassar: Demi mendapatkan wanita idaman hati, seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM870,000).
Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo, 45, ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza, 29, pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.
Saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso berkata, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.
“Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar.
Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.
MW: Jika berkemampuan apa salahnya membuktikan rasa cinta yang mendalam dengan menghadiahkan hantaran dengan jumlah yang besar. Paling penting ukur baju di badan sendiri, jangan keterlaluan hingga memakan diri. Renung-renungkan.
6 hari terperangkap dalam kontena dari Bangladesh, kanak-kanak ditemui lembik tak bermaya. Gara-gara tertidur di dalam kontena, seorang kanak-kanak dari Bangladesh tidak menyangka akan menempuh perjalanan sejauh ini.
Tanpa makan dan minum dipercayai enam hari, dirinya sudah lembik saat diselamatkan oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Memetik laporan Berita Harian, seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, malam semalam.
Kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.
Beginilah keadaannya ketika diselamatkan
Video mengenai penemuan kanak-kanak ini dikesan tular di media sosial selepas terkunci dalam kontena berkenaan selama lebih kurang enam hari.
Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Berdasarkan maklumat sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu.
Dipercayai siasatan awal kanak-kanak itu dipercayai tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal dan berlepas dari pelabuhan.
Kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan turut menjalani proses dokumentasi.
Sumber turut memaklumkan bahawa kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal sama Sabtu ini.
Pandemik Covid-19 cukup terkesan, pelakon senior Aman Graseka, 53, juga turut terpalit dengan situasi yang melanda negara dan dunia ini.
Malah dia dan isteri Nurul Amrina Zamri, 32 yang kini menetap di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah akui sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 sekaligus mengehadkan peluangnya untuk berlakon.
Aman Graseka Perlukan Wang Untuk Isterinya Bersalin
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Aman meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu. Pelakon itu memerlukan wang tersebut kerana isterinya akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan.
Aman dan Nurul Amrina sudah dikurniaakn seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.
“Isteri nak bersalin. Situasi Covid-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” ungkapnya.
Malah dia juga ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan. Malah menerut Aman dia juga turut meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang respons.
Filem Masih Belum Ditayangkan
Filem berjudul 1875 yang dilakonkan oleh Aman itu masih belum ditayangkan. Malah Menurut Aman filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
“Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain. Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain.
“Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi,” kata Aman.
Sambung Aman lagi isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran.
“Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” akhirinya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Aman Graseka
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
“Assalamualaikum Arabella Mia” seminggu bersalin, Dr Amalina perkenalkan puteri sulung. Tahniah diucapkan pada Pakar Bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri yang selamat melahirkan puteri sulungnya, Arabella Mia pada minggu lalu.
Dr Amalina yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) telah berkongsi wajah anaknya di Instagram.
Untuk rekod, Dr. Amalina dan suami telah berkahwin pada 31 Mac 2021 di London, United Kingdom (UK) dan turut berkongsi pengumuman tentang dirinya berbadan dua pada 4 Jun tahun sama.
“Assalamualaikum Arabella Mia”
Menurut wanita yang berusia 35 tahun itu, dirinya dan suami, Alexander Charles menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata mereka itu.
Jelasnyanya lagi, Arabella dilahirkan di Hospital St. Thomas.
“Kami menyayanginya dan menghargai setiap saat bersamanya.
“Kami teruja dengan apa akan berlaku di masa depan. Alhamdulillah,” kongsinya.
Pengikut Dr Amalina rata-rata teruja dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...