Dayana Roza selamat lahirkan bayi pramatang sebulan lalu. Tahniah diucapkan buat pelakon, Dayan Roza yang baru saja umumkan kelahiran puteri sulungnya.
Bercerita tentang kelahiran permata sulungnya itu, pemilik nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin ini menyatakan lebih sebulan lalu dia melahirkan bayi yang diberi nama Astrid Raheeya secara normal pada 20 Julai lalu yang bersamaan dengan hari pertama sambutan Aidiladha.
Dayana Roza Selamat Lahirkan Bayi Pramatang Sebulan Lalu
Isteri kepada A’dale Adham Ayahudin ini melahirkan anak sulungnya secara pramatang atau tidak cukup bulan. Menurut Dayana sepatutnya dia sepatutnya melahirkan anaknya bulan depan.
“Alhamdulillah keadaan serta kesihatan saya dan anak semuanya okey. Anak sulung saya dilahirkan dengan berat 2.4 kilogram jam 11 malam di sebuah hospital swasta di ibu kota.
“Keadaan hingga saat ini semua terkawal. Cuma ikutkan perihal lahir tak cukup bulan ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup keluarga saya.
“Saya sendiri lahir tak cukup bulan. Malah adik saya pun mengalami situasi sama seperti saya dan anak. Jadi saya rasa tak pelik. Cuma syukur tak ada komplikasi apa apa dekat anak saya,” ungkap Dayana turut memberitahu pada pagi hari raya Aidiladha dia sempat menikmati pelbagai hidangan hari raya sebelum melahirkan Astrid pada malam hari yang sama.
Alami Pendarahan
Dayana turut memberitahu dia dimasukkan ke hospital pada sebelah petang selepas mengalami pendarahan.
“Saya makan macam-macam termasuk lemang, rendang dan sebagainya. Sebelah petang sebelum dimasukkan ke hospital, saya sebenarnya mengalami pendarahan. Tapi tidaklah teruk sangat.
“Hinggalah membawa ke malam saya selamat melahirkan anak. Takut juga sebab saya lahir tak cukup bulan bimbang apa apa terjadi. Tapi semua baik baik saja. Seminggu juga saya bermalam di hospital,” ujarnya yang turut akui sewaktu hamil dia agak tertekan berkemungkinan dengan situasi semasa Covid-19.
Dayana Roza Sah Bergelar Isteri Usahawan, “Tak Sangka Jodoh Depan Mata, Kahwin Teman Rapat”
Bersalin Empat Bulan Lebih Awal, Bayi Paling Pramatang Dunia Sambut Hari Lahir Pertama
Beri Tumpuan Pada Anak
Selepas melahirkan dan kini Dayana memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak kesayangan. Malah Dayana turut menerangkan dia mengamalkan pengambilan minuman susu kambing selain makanan tambahan lain.
“Malah hingga sekarang saya terus amalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan itu. Lagipun saya menyusu badan dan perlu banyak tenaga serta khasiat untuk diri sendiri serta anak,” katanya yang kini cukup gembira bergelar ibu.
Nama Anak Cukup Indah
Nama puteri sulungnya Astrid Raheeya begitu indah dan Dayana juga menerangkan nama tersebut dipilih bersama suami.
“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Sumber Foto : Instagram Dayana Roza
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI