Sumber Foto: Instagram Dayana Roza

Tahniah buat Dayana Roza yang telah menamatkan zaman bujangnya. Dengan sekali lafaz pelakon ini, sah bergelar isteri kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudin, 33, kira kira jam 8.57 pagi tadi.

Majlis yang berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) diadakan di Masjid Negara dihadiri sekitar 30 orang di kalangan ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Pasangan ini dinikahkan bapa Dayana, Kamsum Baharin Kassim dan disaksikan Imam masjid berkenaan, Ustaz Muhammad Afif Jamal.

Dayana Roza Sah Bergelar Isteri, Nikah Teman Rapat

Dayana Roza Sah Bergelar Isteri Usahawan, “Tak Sangka Jodoh Depan Mata, Kahwin Teman Rapat”

A’dale menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang, pada majlis itu. Mas kahwin pula diberi dalam bentuk gelang tangan bernilai RM2000. Manakala wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua ahli keluarga.

“Alhamdulillah terpateri sudah ikatan yang sah antara kami. Sepatutnya kami nikah pada 12 Disember lalu. Kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik COVID 19 ini yang membataskan banyak perkara, kami dapat melangsungkan yang wajib dulu dan dilangsungkan pagi ini.

“Kami cuba mempercepatkan majlis nikah ini seperti yang dirancang kerana datuk A’dale sudah tua dan sakit. Cuma datuknya tak sihat dan tak dapat tengok majlis akad nikah.

“InsyaAllah kalau tiada aral melintang majlis resepsi akan dibuat 10 Januari depan juga di ibu kota. Cuma sejurus selepas majlis nikah ada sedikit keraian diadakan di sebuah premis acara di ibu kota,” kata Dayana.

Baca Disini Juga: 

Ads

Jangan Ingat Pelakon Muda Tak Reti Masak, Tengok Lauk Dayana Roza Kongsi Ni Boleh Kecur Mulut

Uqasha Wanita Terbahagia, Momen Indah Bila Kamal Adli Berlutut Melamar Jadi Permaisuri Hidupnya

Khas Buat Para Suami, Tip Amalan Ustaz Don Sepanjang 8 Tahun Bernikah Ini Sangat Berguna!

Dayana Roza Sah Bergelar Isteri Usahawan, “Tak Sangka Jodoh Depan Mata, Kahwin Teman Rapat”

Dayana Roza Sah Bergelar Isteri Usahawan, “Tak Sangka Jodoh Depan Mata, Kahwin Teman Rapat”

Dayana Roza Sah Bergelar Isteri Usahawan, “Tak Sangka Jodoh Depan Mata, Kahwin Teman Rapat”

Ads

Pernah Tolak Lamaran A’dale

Menurut Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, suaminya selama perkenalan mereka bersungguh-sungguh untuk memilikinya.

“A’dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya sekitar empat tahun lalu. Tetapi, saya menolak lamaran itu. Tak sangka, hasratnya kini menjadi kenyataan. Dia sanggup menunggu lama. Jodoh kuat antara kami.

“Sebelum ini memang kami berkawan rapat dan sering lepak bersama. A’dale juga teman gaduh dan paling suka menyakat saya. Tak sangka, jodoh depan mata, tak pernah sedar selama ini.

“Saya sukakan A’dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan,” katanya yang terlebih dulu melangsungkan pertunangan pada 5 Ogos lalu.

Dayana Lasak Tapi ‘Sekepala’ – A’dale

Sementara itu, A’dale berkata, Dayana yang lasak dan boleh satu kepala dengannya yang suka laut, berlayar dan memancing.

Ads

“Arwah nenek pernah cakap nak cari calon isteri, pilih berkulit putih. Jadi, Dayana memang dalam kategori putih, cuma sekarang gelap sedikit.

“Paling penting, kami meminati hobi lasak bersama,” katanya.

Kawan Baik Bertukar Jadi Cinta Hati

Dayana yang lahir menerusi program realiti, Anak Wayang mengenali suaminya atas dasar kawan baik sejak enam tahun lalu. Namun, tanpa diduga hubungan bertukar menjadi cinta, tahun ini.

Pasangan ini tidak menolak rezeki dikurniakan anak dalam masa terdekat selain merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Dayana Roza Sah Bergelar Isteri Usahawan, “Tak Sangka Jodoh Depan Mata, Kahwin Teman Rapat”
Sewaktu majlis pertunangan.

MW: Tahniah diucapkan buat Dayana Roza dan suami. Semoga perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat.

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI