Penyanyi terkemuka tanahair, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 seorang.
Seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian Online, pasangan ini dikenakan kompaun berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka.
Tiga Anak Datuk Seri Khalid Turut Dikompaun
Merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
“Tiga anak Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang” ujar Datuk Arjunaidi.
Siasatan Dijalankan Selepas Polis Menerima Laporan Mengenai Majlis Tahnik & Akikah
Untuk rekod pada 3 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dilaporkan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.
Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Ads
Tular Di Media Sosial
Majlis yang diadakan oleh Siti Nurhaliza sebelum ini, tular di media sosial. Beberapa gambar berkaitan majlis tahnik dan majlis akikah yang diadakan pada 26 April lalu selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.
Bukan itu saja malah terdapat segelintir netizen tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan selain mendakwa Siti Nurhaliza tidak sensitif dengan situasi semasa pandemik Covid-19.
Sumber: Sinar Harian Online
Sumber Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Suami isteri ini mungkin antara pasangan yang bertuah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak yang ramai. Baru menyambut ulangtahun perkahwinan ke 25, pasangan yang telah memiliki 20 orang anak dan 3 orang cucu ini, mengumumkan bakal menimang cahaya mata yang ke 21 pada November ini! Sekaligus mencipta sejarah sebagai keluarga paling besar dan memiliki paling ramai anak di Britain.
Pasangan Noel dan Sue Radford masing-masing berusia 47 dan 43 tahun yang menetap di Morecambe, Lancashire mendapat anak pertama pada tahun 1989 ketika Sue hanya berumur 14 tahun.
Pada awal perkahwinan pasangan ini merancang untuk memiliki hanya 3 orang cahaya mata, namun kegembiraan mendapat anak membuatkan mereka meneruskannnya. Noel dan Sue telah memiliki 11 orang anak lelaki dan 9 orang anak perempuan.
Anak-Anak kepada pasangan ini adalah:
1.Christopher (28 tahun)
2.Sophie Rose (24 tahun)
3.Chleo Anne (22 tahun)
4.Jack Richard (20 tahun)
5.Daniel Leon (19 tahun)
6.Luke James (17 tahun)
7.Millie Jo (16 tahun)
8.Katie Louise (15 tahun)
9.James Edward (14 tahun)
10.Ellie May (12 tahun)
11.Aimee Elizabeth (11 tahun)
12.Joshua Benjamin (10 tahun)
13.Max Joseph (9 tahun)
14.Tillie May (7 tahun)
15.Oscar William (6 tahun)
16.Casper Theo (5 tahun)
17.Alfie Thomas (Keguguran)
18.Hallie Alphia Beau (2 tahun)
19.Phoebe Willow (18 bulan)
20.Archie Rowan (9 bulan)
Ketika melahirkan anak ke-9, Noel telah menjalani pembedahan vasektomi, namun merawatinya kembali kerana cinta terhadap anak kecil membuatkan mereka bertukar fikiran untuk menambah lagi dan membesarkan ahli keluarga. Anak ke 17 pasangan ini yang dinamakan Alfie, meninggal dunia pada 2014 ketika usia kandungan Sue mencecah 23 minggu. Meskipun Sue baru sahaja melahirkan anaknya yang ke 20 September lalu, proses kelahiran dilalui dengan mudah walaupun dianggap sebagai berisiko tinggi oleh doktor.
Tidak Harapkan Bantuan Kerajaan
Keluarga besar itu kini menetap di kediaman ala Victoria yang dibeli 11 tahun lalu, walaupun mempunyai anak yang ramai pasangan tersebut dilaporkan tidak mempunyai beban kewangan dalam menyara keluarga dan sering bercuti ke luar negara setiap tahun.Pasangan ini memiliki perniagaan membuat pai dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan dalam membesarkan anak-anak mereka.
Kesemua ahli keluarga ini tinggal di rumah yang memiliki 10 buah bilik yang dibeli pasangan ini pada tahun 2004 dengan harga RM1.3juta.Noel dan Sue menghabiskan lebih daripada RM160,000 menyediakan makanan dan pakaian anak-anak mereka. Kos mingguan membeli barangan keperluan rumah adalah sekitar RM1,300 termasuklah, 74 liter susu, lebih 20 buku roti, 14 kotak bijirin dan 28 gulung tisu tandas.Keluarga ini menggunakan minivan dengan 15 tempat duduk untuk bergerak.
Namun istimewanya, walaupun sibuk menjaga anak dan mengendalikan rumah, pasangan ini masih mampu bercuti meraikan ulangtahun perkahwinan ke 25 mereka.
MW: Kita ada dua tiga orang anak pun dan pening kepala, macam mana nak uruskan 21 orang anak sekaligus! Pasangan ini memang betul-betul hebat!
Musim Raya ni mesti ramai mak-mak yang ada perancangan untuk nak tambah atau nak tukar barang kemas kan. Waktu Raya ni lah selalunya nak melaram dengan barang kemas baru. Salah satu cara yang biasa digunakan, jika tak berapa ada bajet beli barang kemas adalah dengan menukar emas lama atau ‘trade in’ dengan emas baru. Menurut perkongsian Norhana Binti Hashim, sebenarnya mak-mak tak perlu pun trade in barang kemas untuk beli barang kemas baru kerana ia merugikan.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Ramai wanita yang suka trade in barang kemas. Tahukah anda? Perbuatan tersebut amat merugikan anda sendiri.Kenapa saya kata begitu? Sebab bila kita trade in barang lama pada yang baru, aset emas kita tetap tidak bertambah malah berkurang. Selain itu perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar emas yang baru jika harga tukaran barang kemas kita rendah. Jadi disitu kita dah rugi besar sebenarnya.”
Jadi disini saya mencadangkan JANGAN TRADE IN!!
Tapi Cuba teknik ini:
1. Bawa emas lama ke ArRahnu dan dapatkan wang tunai.
2. Bila sudah menerima wang tunai, anda boleh pergi beli emas baru dengan nilai wang yang kita dapat atau tambah sedikit bagi barang kemas yang nilai lebih dari nilai pajak sebentar tadi.
3. Jadi sudah boleh melaram dengan barang kemas baru.
4. Lepas raya,kumpul duit tebus semula barang kemas lama.
5. Bila dah tebus kita sudah menambah nilai asset kita.
6.Maka ulang langkah ini setiap tahun.
Maka tiap-tiap tahun boleh pakai barang kemas baru.
Senangkan? Aset pun semakin bertambah.
Info Ekstra!
Tempoh pajak di ArRahnu ialah 6 bulan.
Untuk pajakan emas kali pertama, Ar Rahnu biasanya beri 65% dari harga emas.
Pajakan untuk kali kedua Ar Rahnu akan beri 70% dari harga emas.
Jika mahu harga yang lebih tinggi, boleh pajakkan di Ar Rahnu Agro Bank, kerana boleh beri sehingga 80% dari harga emas.
Jika dalam masa 6 bulan tak berjaya tebus,boleh bayar bunga dan boleh sambung tempoh tarikh matang untuk 6 bulan lagi.
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.
Rakyat Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.
Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar.
Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.
Rakyat Brunei Berkabung 7 Hari
Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.
Pengiran Muda Abdul Azim merupakan putera kedua Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam.
Dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada tanggal 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.
Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.
Pangiran Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat peduli terhadap kemanusiaan. Pada tahun 2009, beliau telah membuat sumbangan satu badan amal Make A Wish Foundation UK.
MW: Salam Takziah buat seluruh rakyat Brunei di atas kemangkatan ini. Al Fatihah.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...