Dari heel ke boot phua chu kang, tinggalkan dunia glamor kini jual ayam di pasar. Ramai di antara kita mungkin masih teragak-agak dalam membuat satu keputusan besar dalam hidup. Tapi kita akan rasa bahagia bila telah membuat satu keputusan tepat dalam hidup kita.
Isunya antara makan gaji atau bekerja sendiri. Jika makan gaji, walau ada masa sakit hati dengan suasana pejabat, rakan sekeliling yang toksid, bosan dengan rutin yang sama, selalu terkejar-kejar dengan masa dan lain-lain hal lagi tapi demi gaji yang sedikit dengan hutang yang masih banyak, ramai masih bekerja dan terus bekerja walau hati sudah tiada di pejabat.
Dari Heel Ke Boot Phua Chu Kang
Tapi bila bekerja sendiri, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Kalau ada duit masuk hari-hari, syukur alhamdulillah. Tapi kalau tidak, itulah risiko harus dihadap dan terus buat kerja kerana kitalah bos pada diri sendiri.
Satu perkongsian di Tik Tok @makhayam atau nama sebenarnya Arina Zakaria boleh dijadikan inspirasi kepada wanita di luar sana untuk membuat satu pilihan tepat dalam urusan kehidupan dan kerjaya mereka.
Dari perkongsiannya, Arina memaklumkan lima tahun lalu dirinya adalah pegawai pemasaran di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu.
Kerjaya disandangnya sering membuatnya bertemu ramai orang yang hebat termasuk selebriti, VVIP, para Menteri, kadangkala dengan production tv. Ada waktu bisnes travel, sertai event besar-besar, pakai cantik-cantik bila ke pejabat tetapi dirinya membuat satu keputusan berbeza apabila meletak jawatan dan memilih membantu ibu mentuanya menjual ayam di pasar.
Ads
Dari heel ke boot. Kalau dulu pakai blazer tapi sekarang sarung apron. Seperti katanya, dulu pagi-pagi buka emel tapi sekarang buka plastic. Kalau dulu tulis to do list tapi sekarang tulis bil ayam. Kalau dulu round hotel dengar lagu jazz tapi sekarang round pasar dengar lagu dikir.
Ya, satu keputusan sangat berbeza dengan keselesaan pernah dilaluinya sebelum ini.
Ads
Rutin hidupnya turut berubah 100 peratus dan ternyata lebih tenang tatkala mendengar nasihat dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang juga sama berjualan di pasar Berek 12 dengannya berbanding dahulu perlu terkejar-kejar dengan masa.
Paling penting habis ayam dijual, kerja sudah habis dan tiada apa perlu difikirkan lagi.
Membalas pertanyaan dari orang bertanya tentang keputusan dibuatnya kerana mereka pernah melalui hal sama di mana gaji cecah sehingga RM4 k tapi masa tiada dengan keluarga, Arina memaklumkan dia melalui hal yang sama iaitu KETIADAAN MASA. Kadang tak terurus keluarga,” katanya.
Apa yang penting dalam kehidupan yang tidaklah terlalu panjang ini, setiap dari kita berhak memilih kebahagiaan buat diri sendiri. Moga mana yang masih membuat pilihan, jangan takut untuk berubah kerana rezeki datangnya dari Allah, bukan makhluk. Kita hanya perlu berusaha, doa dan terus tawakal atas setiap keputusan kita lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fasha Cedera, Tulang Mata Kiri Patah, Bebola Mata Kiri Berdarah Bengkak. Allahu, rasa seram pula bila membaca perkongsian Fasha Sandha tentang kecederaan yang berlaku.
Seperti yang dikongsi di akaun Instagram Fasha, wakil yang mencoret tentang hal tersebut menerangkan kejadian berlaku ketika Fasha sedang berada di lokasi penggambaran Anak Tuan TV3.
Fasha Cedera, Tulang Mata Kiri Patah, Bebola Mata Kiri Berdarah Bengkak
Ketika ini Fasha sedang dirawat di Hospital Pakar di Johor Bahru.
“Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering, .
“Disini sy ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.
“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam). Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam.
“Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hosp pakar di Johor Bahru. Insyaallah akan berpindah ke Pakar KL petang ni atau esok pagi.
“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.
“Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Sy yakin kakak kuat.
Pihak Produksi Mohon Maaf
“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarga nya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita.
“Insyaallah sy akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih,” kongsinya.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.
8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Asbab ikhlas bawa kucing jalanan sakit ke klinik, keluar RM29 Allah ganti puluh ganda lagi. Kadang kala kita tidak tahu apa rezeki sudah tertulis dalam hidup kita hari ini. Di saat ramai yang mula mengira baki wang di tangan kerana sudah tengah bulan dan gaji lambat masuk lagi, ada rezeki tak tersangka-sangka datang.
Asbabnya hanya kerana berbuat baik sesama makhluk Allah dan Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi. Dan rezeki itu nilainya lebih berganda dari apa dikeluarkan.
Satu perkongsian di Tik Tok @mohd haziq mansor memperlihatkan bagaimana keikhlasan hatinya membawa seekor kucing jalanan yang sakit menjadi asbab dia memperoleh rezeki berganda.
Semua bermula apabila dia ternampak seekor kucing sakit di tengah jalan dan di dalam dompetnya hanya berbaki RM50 saja dan wang itu untuk sampai hujung bulan.
Namun kerana kasihan dia akhirnya membawa kucing berkenaan di dalam kereta dan menuju ke klinik haiwan Therapets di Klang.
Sewaktu kucing jalanan itu menerima rawatan dirinya pasrah dan redha sambil menunggu bil yang bakal keluar.
Dalam kepala dah set untuk bayar bakinya cukup bulan kalau wang tidak mencukupi.
Alhamdulillah, sesuatu yang tak tersangka-sangka di saat dia merasakan jumlah bilnya mungkin tinggi, namun klinik berkenaan memberikan bayaran diskaun sbanyak 50 peratus.
Bayaran dikenakan hanyalah RM29 saja dan dirinya berasa sebak sebaik doktor memaklumkan kosnya, seolah tahu dirinya tengah susah ketika itu.
Tapi perancangan Allah lebih baik kerana beberapa hari selepas berbuat baik pada binatang kesayangan Rasulullah SAW ini, dia memperoleh berganda iaitu RM375 duit cashback yang sepatutnya masuk hujung bulan nanti. Terima kasih Allah tulisnya.
Ya, asbab kita berbuat baik dengan ikhlas ada saja rezeki tak tersangka-sangka datang dari Allah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.