Dapat selesaikan baki pinjaman hutang, beli rumah penting ambil Insuran MRTT Atau MLTT. Dalam keterujaan memiliki kediaman sendiri, jangan lupa untuk mengambil insuran rumah sebagai perlindungan hartanah serta orang tersayang. Tak kiralah jenis Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Level Term Takaful (MLTT).
MRTT dan MLTT bukan saja untuk melindungi hartanah tapi lebih kepada melindungi diri dan juga orang kesayangan. Di mana kedua-duanya adalah produk insurans Takaful yang melindungi pemilik sekiranya terjadi sebarang kecacatan serius atau kematian. Namun mempunyai kelebihan yang tersendiri.
“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “
Beza antara Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT) :
Dua insurans rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.Bila submit loan, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:
MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”.
Kenapa saya cakap macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : RM297,000
Situasi : Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM160,000. Owner rumah meninggal dunia.
Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000 .
Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.
Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan .
Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.
Itulah dia Hibah!
Ads
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.
Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.
Jadi dengan Ambil MLTT:
Protection Rumah dapat.
Hibah dapat.
Saving dapat
Ads
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.
#MRTT
#MLTT
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebaiknya apabila beli rumah penting ambil sekali insurans rumah yang mampu beri manfaat maksimum sebagai perlindungan jika berlaku perkara yang tidak diingini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Lahir dan dibesarkan di Terengganu, boleh dikatakan tekak saya sudah sebati dengan masakan singgang dan budu. Saya boleh makan nasi berpinggan walau hanya berlaukkan ikan singgang dan budu saja.
Bila berhijrah ke luar Terengganu untuk menyambung pelajaran di UiTM, saya agak ‘stres’ sebab makanan berubah. Ketika itu saya di Lendu, Melaka. Masakan di sana pedas sedangkan saya tak biasa pedas. Mula-mula sampai sakit perut dibuatnya.
Berubah
Saya berkawan baik pula dengan tiga orang rakan dari Selangor. Mereka yang ajar saya makan kari mamak. Alahai, awalnya tekak saya memang tak boleh terima. Tekak saya lebih serasi dengan gulai versi Terengganu, yang berbeza dengan masak kari negeri lain apatah lagi kari mamak. Lama juga saya nak belajar makan kari mamak.
Bila bekerja sebagai wartawan, saya perlu menghadiri pelbagai acara termasuk ‘food review’ dan sebagainya. Akhirnya kini, tekak saya dah boleh terima macam-macam jenis makanan. Malah, saya ‘hantu’ makanan Jepun hingga anak pun ikut jejak langkah. Bila bercakap tentang makanan Jepun, yang paling ‘aneh’ saya pernah cuba ialah ‘sperma’ sejenis ikan (maaf saya lupa namanya) yang dikatakan bagus untuk wanita untuk kelihatan awet muda di sebuah restoran Jepun terkenal.
Kahwin
Bila berkahwin dengan orang Minang, selera saya turut berubah. Jika dahulu petai, jering dan kerdas hanya dimakan mentah dan dibuat ulam dengan budu. Tapi suami perkenalkan saya dengan pelbagai jenis masakan berasaskan petai, jering dan kerdas. Tak sangka, macam-macam masakan boleh dimasak dengannya. Paling lucu, ketika awal kahwin, saya ingatkan masak lemak cili padi jering adalah masak lemak cili padi nugget sebab bentuk jering rebus tumbuk itu umpama nugget di dalam kuah.
Pekerjaan saya membuatkan tekak saya boleh terima macam-macam jenis masakan. Tapi apa pun, tekak Terengganu saya tak boleh tinggal. Stok budu tetap ada di rumah. Rakan-rakan rapat juga tahu, saya ‘tak makan’ nasi lemak di Selangor kecuali yang dimasak sendiri. Sebabnya saya sudah terbiasa makan nasi lemak sambal ikan ala Terengganu yang susah nak dapat di sini. Mungkin ada, tapi bagi saya tetap tak sama dengan yang dijual di negeri kelahiran saya.
Bila balik Terengganu, itu yang akan saya cari dahulu. Selain itu saya juga rindu nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong daun pisang. Sedap sangat tau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya bila buat udang mentega, bab yang ramai ‘failed’ bila nak tabur ‘sarang telur halus’ tu. Tak menjadi bila nak dapatkan tekstur yang betul-betul halus. Rupanya kena tahu teknik dan caranya nak buat telur sarang ni.
Boleh rujuk resipi Creamy Cheezy Butter Prawn dan teknik buat sarang telur yang dikongsikan oleh Puan Suzana Othman ini sebagai panduan;
“Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yang ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.”
“Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.”
4 ulas bawang putih-cincang
Cili api ikut kepedasan-potong
4 tangkai daun kari
Butter
1 tin susu cair
4 keping keju (lupa nak snap gambar)
1sk serbuk pati ayam
1sk gula
1sk serbuk lada sulah
Bahan-Bahan (Sarang Telur)
4 butir kuning telur
setengah biji butter
minyak
Cara Membuat:
1. Bersihkan udang.Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.Tambahkan tepung goreng ayam bestari, letak air sedikit dan gaul rata.
2. Goreng udang dalam minyak yang cukup panas. Tos dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu.Masukkan daun kari dan cili.
4. Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg.
6. Apabila dah menggelegak, masukkan udang.
7. Gaul sebentar hingga udang bersalut dengan sauce. Tutup api.
8. Dalam mangkuk lain, pukul 4 butir kuning telur.
9. Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.
10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju-laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau. Tak laju tak halus nanti.
11. Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.
12. Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yang besi tu pun boleh. Tekan-tekan telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.
13. Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yang berbaki.
14. Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba boleh buat sendiri ‘Creamy Cheezy Butter Prawn’ini di rumah. Pastikan ikut teknik yang dikongsikan barulah sarang telurnya halus dan menjadi!
Alhamdullilah dah hampir dua minggu berpuasa, kehangatan nak raya semakin dirasai. Rata-rata umat Islam sedang sibuk buat persiapan raya. Walaupun sedang asyik membuat persiapan raya jangan pula lupa untuk terus menggandakan ibadat dalam bulan yang mulia ni. Tambah-tambah pada 10 malam terakhir nanti. Moga kita diberi peluang untuk bertemu Malam Seribu Malam iaitu Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah Amin.
Saya seperti juga umat Islam yang lain teruja nak menyambut Syawal yang bakal tiba. Saya memang dah buat senarai awal-awal apa yang nak dibeli supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu dan tidak membeli secara berlebihan.
Hari minggu baru-baru kebetulan gaji pun dah masuk, Saya dan kakak sepupu serta keluarganya sempat berkunjung ke salah satu pusat membeli belah yang sering menjadi tumpuan warga kota terutamanya ketika musim perayaan. Hajat dihati nak keluar awal sebelum pasaraya berkenaan dibuka, tapi bila dah terlelap selepas sahur dan solat Subuh tak dapek la nak nolongnya.
kalau ikutkan saya, dah tengah hari menjelang ke petang saya malas dah nak pergi, mengenangkan orang ramai dan jalan jem, tapi kami ambil keputusan untuk menaiki LRT sahaja. Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, orang memang sesak tapi masih terkawal. Sampai di sana kami berpecah dan mencari apa yang masing-masing hajatkan. Barang kat pasar raya biasalah ada yang murah dan ada yang mahal. paling penting pandai pilih dan ikut citarasa masing-masing. Soal harga ikut kemampuan, kalau ada bajet lebih apa salahnya berbelanja lebih sikit untuk raya.
Selesai dapatkan apa yang dihajati, sedar tak sedar dah hampir jam 6 petang. Punyalah kusyuk memilih sampai tak sedar hari dah petang. Alhamdullilah semua dah lengkap, tunggu nak raya sahaja. Bagi yang belum Shopping raya, selamat bershopping untuk semua. Ini antara tip saya bila tiba masa nak shopping raya:
1. Pergi awal ke destinasi pilihan untuk membeli persiapan raya supaya tidak terlalu bersesak dengan orang ramai. Orang lain baru nak sampai mungkin kita dah siap shopping. Lebih selesa dan kurang sesak.
2. Buat senarai apa yang hendak dibeli supaya tidak terjadi pembelian tanpa dirancang. Memang perkara biasa kalau beli benda yang tak dirancang, tapi dengan adanya senarai, kita lebih fokus untuk mendapatkan apa yang telah disenarai daripada membeli benda lain yang tiada dalam senarai.
3. Beli ikut bajet yang telah ditetapkan supaya tak over spend. Bukan apa persiapan untuk tunggu gaji bulan depan yang mungkin memakan masa yang lama. Bagi yang dapat bonus atau ada pendapatan lain oklah tapi bagi yang tak dapat bonus sebaiknya berbelanja mengikut kemampuan sahaja.
4. Beli barang yang praktikal. Selalunya baju raya yang dibeli hanya dipakai sekali kemudian tersimpan rapi dalam almari. Sebaiknya kelengkapan raya seperti baju raya dan lain-lain yang boleh anda pakai juga pada hari biasa. Barulah berbaloi beli walaupun agak mahal.
5.Kalau destinasi yang dituju itu mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti LRT sebaiknya gunakan sahaja pengangkutan tersebut. Tak sangkut jem dan lebih jimat kalau anda hanya berdua atau bertiga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.