Pelakon terkenal, Mawar Rashid bukan sekadar sukses dalam dunia bisnes, malah menghargai orang tua termasuk ibu mentuanya dengan berkongsi rezeki bersama-sama. Akuinya, dengan rezeki lebih yang tuhan berikan, dia membelikan set cincin gelang impian ibu mentuanya itu.
Sebelumnya, ibu Raf Yaakob, Datin Umi Kalsom pernah berkongsi gelang impiannya. “Ibu pernah cakap ibu suka gelang ni, so I belilah for her.” Maklum Mawar dalam instagramnya.
Kongsinya lagi, “Mawar dah kahwin almost 4 tahun, tapi sebelum ini tak pernah celebrate beriya macam this year. Tapi bila dah dapat ekstra rezeki macam ni, why not, tahun ni nak spend untuk birthday ibu.”
Rezeki Lebih, Pertama Kali Belikan Ibu Mentua Gelang Emas
Kata Mawar, hasratnya itu mahu membuat ibu mentuanya gembira sebagaimana Mawar menggembirakan ibunya sendiri yang digelarnya Mummy.
Lebih terharu, inilah pertama kali Mawar hadiahkan gelang emas pada ibu mentuanya itu. Sempena sambutan hari lahir Datin Umi Kalsom yang ke-58 itu juga Mawar mengenakan baju sedondon merah jambu bercorak bunga dengan ibu mentuanya.
“Mawar bersyukur sebab ibu sentiasa doakan kebahagiaan Mawar dan anak ibu. Ibu dan arwah bapak dah didik anak ibu dengan baik. Abang, seorang suami mithali. I love him,” kongsi Mawar lagi.
“Thank you ibu sentiasa jadi ibu yang penyayang dan memahami. We love you ibuwan.”
Ads
Perkongsian Mawar ini membuatkan ramai yang tertawan hati dengan keakraban dan kemesraan antara ibu mentua dan menantu ini. Rata-rata seronok melihat cara Mawar membahagiakan ibu mentuanya itu.
Ibu Mentua Hargai Kasih Sayang Mawar
Malah, Datin Umi Kalsom juga menitipkan doa untuk anak dan menantunya itu. Dan ingatan dari ibu ini Mawar kongsikan dalam instagram storynya.
“Tq Mawar.. ibu hargai kasih sayang Mawar pada ibu yang Mawar anggap seperti ibu sendiri. Tq menyayangi abang sepenuh jiwa raga Mawar. Sentiasa dalam doa ibu untuk kebahagiaan dan rezeki Mawar dan abang.
Terima kasih atas pemberian birthday gift untuk ibu. Ibu really appreciate it.” Luah Datin Umi Kalsom yang turut berasa gembira kerana anak dan menantunya itu turut berbuka puasa bersama-sama dengannya.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad dan Raden Seri Rosabella Cinta.
Ads
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut memiliki dua orang anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
MW : Begitulah, ada rezeki lebih tuhan beri berkongsilah dengan mereka yang kita sayang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Kelahiran cahaya mata bagaikan pelengkap bagi pasangan suami isteri di dalam rumahtangga. Alhamdulillah, pada usia 40 tahun, Ezza Yusof yang juga isteri kepada pelakon Remy Ishak telah selamat bersalin pada 27 Julai semalam pada jam 11.17 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Remi memaklumkan, Ezza Yusof dan bayi mereka masing-masing berada dalam keadaan sihat.
Atas kelahiran bayi tersebut, Remy dan isteri kini telah bergelar seorang ayah dan ibu.Berita gembira tersebut dikongsikan di Instastory pelakon tersebut.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya.
Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” ujarnya.
Sebelum ini, Remy sempat memuat naik keadaan isterinya sedang berada si atas katil hospital dan memaklumkan Ezza akan melahirkan pada bila-bila masa.
Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas 7 tahun menjalinkna hubungan.
Mesti Baca:Remy Ishak Akhirnya Selamat Bernikah Dengan Ezza “Mohon Mendoakan Kebaikan, Kesejahteraan Kami”
Baca Lagi Di Sini:Wanita Cina Ini Kongsi Resipi Jamu Asam Kunyit Herba & Rajin Amalkannya Dari Usia Muda Untuk Nampak Awet Muda
Artikel Menarik:Lisdawati Tepis Stigma Hamil Lewat Usia
Mingguan Wanita:Alhamdulillah tahniah buat Remi dan isteri atas kelahiran cahaya mata pertama. Semoga bayi membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang soleh, solehah.
Tiga tahun Nurul ikhlas bermadu, Nurul janji akan jaga amanah iaitu anak-anak dan suami setelah pemergian kakak madunya. Sudah tentu apa yang berlaku ini memberi impak yang besar buatnya dan keluarga.
Umum mengetahui, Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid dan Datin Bahazanariah Baharudin hidup bermadu dan hubungan mereka juga sangat baik.
Perjalanan Terakhir Kakak Madu
Alhamdulillah urusan pengebumian madu kepada Dato Nurul Zahid berjalan lancar. Biar pun masih sedih dengan perkhabaran duka ini, Nurul sempat berkongsi foto di akaun instagramnya mengiringi perjalanan terakhir madunya.
…perjalanan terakhir Kakak ku, Madu ku, Bidadari Syurga.. tunggu Nurul kat ‘sana’. Yaa Allah, jaga dia untuk kami. Pertemukan kami nanti. Allahuakbar
Rata-rata warganet mengucapkan takziah, memberi kata-kata semangat dan turut bersedih kerana masing-masing mengetahui betapa akrabnya hubungan Dato Nurul dan madunya.
Mohon Maaf Rahsiakan Penyakit Kakak Madu
Dalam masa yang sama, Dato Nurul turut meluahkan serta memohon maaf kepada semua kerana terpaksa merahsiakan penyakit kakaknya yang meyerang kembali selepas beberapa tahun lalu.
Ini perkongsiannya:
Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap empat.
Sekitar Ogos selepas raya Haji, doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat.
Saya akan rindu kakak. Sumber kekuatan saya sebagai isteri kedua. Semangat saya. Kakak datang meminang dan minta saya dari Abah dan Mak kerana dia mahu saya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumah tangga.
Tiga Tahun Ikhlas Bermadu, Janji Jaga Amanah
Kak, Nurul sayang akak. Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul marah Nurul? Allahuakbar. Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumah tangga.
I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu
Menerusi perkongsian ini, ternyata hubungan mereka tidak akan terpisah biar pun madunya telah pergi. Semoga Dato Nurul serta tabah menghadapi ujian ini.
MW: Beginilah realiti kehidupan tidak semuanya pahit, lihat sendiri hubungan Dato Nurul dan madunya. Mereka berkongsi suka dan duka bersama-sama. Namun sayang hubungan ini tidak lama bila Allah lebih menyanyangi madunya. Al-fatihah.
“Saya masuk hospital sebab apendiks tetapi sebab doktor cuai, kaki saya hilang.” Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) akibat kecuaian doktor bedah sebuah hospital swasta terkemuka.
Isman Ibrahim, 41, memfailkan saman terhadap hospital berkenaan di Mahkamah Tinggi kerana menyebabkannya kehilangan kedua-dua kaki, lima tahun lalu.
“Saya masuk hospital sebab apendiks tetapi sebab doktor cuai, kaki saya hilang. Prosedur pembedahan tidak berjalan dengan baik apabila doktor menebuk dan mengikat saluran darah utama sehingga menyebabkan kedua-dua kaki menjadi hitam atau gangren.
Pindah Hospital
“Hospital itu kemudian memindahkan saya ke hospital swasta lain. Pemeriksaan lanjut menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes saman itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hazizah Kassim baru-baru ini.
Isman berkata, pemotongan kedua-dua kaki dibuat hingga paras paha, selain perlu menjalani pembedahan pintasan saluran darah.
“Semasa semua ini terjadi, isteri saya mengandung anak keempat. Hati siapa tidak sedih apabila melihat diri sudah tidak seperti dulu.
“Selama 10 hari terpaksa sorokkan nasib yang menimpa saya daripada tiga anak lain sebelum mereka menangis melihat keadaan terbaharu saya,” Isman Ibrahim
Selain terpaksa dipotong kaki, kakitangan MBSA itu berkata, kecuaian pakar bedah hospital berkenaan menyebabkannya menderita sakit saraf teruk setiap dua hari.
“Tidur saya tidak lagi lena sejak lima tahun lalu. Setiap dua hari bermula jam 2 pagi saya akan mengalami kesakitan serta ada bahagian badan terganggu dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat.
“Saya nekad bawa kes ini ke mahkamah untuk menunjukkan dan membongkar isu kecuaian pihak hospital. Saya pasti banyak kes didiamkan dan berharap mereka yang senasib tampil ke depan,” katanya.
Sementara itu, peguam bela Isman, Firhat Muhd Fikri Isman, memaklumkan prosiding terbabit sepatutnya untuk perbicaraan, namun pihaknya akan memfailkan semula tuntutan saman seperti dipersetujui anak guam.
“Tuntutan saman awal adalah RM55 juta dan pemfailan semula bagi memastikan kebajikan anak guam terjamin termasuk mendapatkan kos sebenar bagi kaki palsu.
“Kita mahu anak guam menjalani kehidupan seperti biasa. Pemfailan semula tuntutan akan dibuat dalam tempoh sebulan ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...