anak-muda

Lelaki ini, Mohd Faisal berkongsi kisah konflik anak muda yang berhenti kerja sebab stress dengan tanggungjawab pekerjaan itu sendiri. Biar pun masih boleh dikatakan mendapat pendapatan yang baik.

Melihat senario yang berlaku di kalangan rakan sekerja anak sulungnya sendiri. Daripada 50 orang yang masuk kerja sama-sama, akhirnya tinggal 18 orang yang masih setia meneruskan pekerjaan.

Bak katanya, ke mana hala tuju anak-anak muda hari ini? Hadamkan perkongsiannya.

Anak Muda Hari Ini, Dapat Gaji RM4000 Lebih Sebulan Pun Masih Memilih Untuk Berhenti Kerja

Anak sulung saya yang berusia 22 tahun bekerja dengan di bidang customer service dalam sebuah syarikat penerbangan di Pusat Bandar KL.

Beliau mula bekerja hampir setahun yang lepas. Boleh dapat gaji RM 3000.00 lebih sebulan. Ini sudah cukup bagus bagi orang yang berusia sepertinya dan masuk kerja hanya berbekalkan diploma dan kemahiran berbahasa inggeris. Suasana tempat kerja bagus. Kemudahan segalanya lengkap. Lokasi pun bagus kerana senang diakses dengan LRT.

Kumpulan yang masuk kerja bersama2 anak saya dulu 50 orang. Semasa sesi latihan selama dua bulan, 10 orang cabut. Apabila mula bekerja secara rasmi, setiap bulan ada yang cabut dan tinggal lagi 18 orang.

Sekarang syarikat penerbangan mula kembali sibuk. Kerja semakin bertambah. Syarikat mula mewajibkan kerja lebih masa (berbayar). Bayaran kerja lebih masa mereka bukannya RM 5 atau RM 10 satu jam. Berpuluh2 RM per jam. Boleh mencecah RM 250 jika kerja 8 jam sehari.

Ads

Baca sini : ‘Nak Berhenti Kerja Kena Ada 6 Bulan Gaji’ Jangan Rigid, Jaminan Rezeki Sudah Tertulis

Pekerja Mula Hantar Surat Berhenti

Mulai bulan Jun, syarikat mewajibkan semua staf OT satu hari seminggu di hari cuti mereka. Semalam 15 orang hantar surat berhenti. Alasan mereka syarikat melanggar kontrak. Janji kerja lima hari seminggu, sekarang kena kerja enam hari seminggu.

Saya beritahu anak, kamu jangan berhenti. Jangan terikut-ikut kawan. Kalau kamu berhenti saya tidak akan pedulikan kamu lagi dan jangan minta tolong apa-apa dengan saya.

Tidak ada istilah langgar kontrak dalam hal ini. Kamu diminta bekerja pada hari cuti dalam keadaan berbayar. Dan bayaran bukan kecil. Gaji kamu akan jadi RM 4500 sebulan. Apa lagi yang kamu nak?

Ads

Saya beritahu kepadanya, kerja perlu konsisten, ikhlas dan istiqomah. Untuk mendapat jawatan dan gaji yang lebih besar di masa depan, kita perlu kerja kuat dan timba pengalaman dari sekarang. Apatah lagi kamu masih muda dan bujang. Jangan harap pangkat besar atau gaji tinggi akan datang bergolek. Kalau tidak dipecah ruyung mana hendak dapat sagunya?

Alhamdullilah beliau beritahu saya tidak mahu berhenti dan tidak akan mengikut jejak rakan-rakan sekerjanya. Alhamdullilah juga, malam tadi beliau dapat emel daripada syarikat memaklumkan tentang kenaikan gajinya bermula bulan Mac 2022.

Baca sini : Akur Berhenti Kerja, Desakan Suami Akhirnya Isteri Menyesal Tak Sudah

Ads

Ke mana hala tuju anak-anak muda kita hari ini?

Jika ada kerja yang baik, tempat kerja yang selesa, gaji yang bagus, masih lagi tidak puas hati. Apabila tidak ada kerja, kerajaan yang dipersalahkan.

Sebab itu saya tidak berapa bersetuju dengan kehadiran kerja seperti Grab, Food Panda dan penjual2 di lampu isyarat sekarang ini. Kerana ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar.

Dunia pekerjaaan hari ini, majikan semua tidak betul walaupun bayar gaji mahal dan beri pelbagai kemudahan. Pekerja sentiasa betul, amanah dan jujur.

Mingguan Wanita : Di mana-mana pun dunia pekerjaan itu sendiri sememangnya menuntut jiwa yang kental. Perlu ada pendirian dan tahu apa matlamat yang mahu dicapai dalam hidup itulah yang sebaiknya.

Sumber/Foto : Mohd Faisal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI