Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun telah menjadi yatim piatu setelah kedua ibu bapanya meninggal kerana coronavirus dalam masa 100 hari.

Melalui laporan yang dipetik daripada NBC NEWS, akaun GoFundMe telah dibentuk untuk membantu Raiden Gonzalez dari San Antonio, Texas, setelah dia kehilangan ayahnya Adan Gonzalez pada bulan Jun sebelum ibunya Mariah Gonzalez meninggal pada bulan Oktober.

Dalam 100 Hari Jadi Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Kerana Coronavirus
Raiden bersama ibu bapanya Adan dan Mariah

Tinggal Bersama Nenek

Raiden bakal menyambut ulang tahun kelimanya pada 22 November ini. Dia kini tinggal bersama neneknya dari sebelah ibunya, Rozie Salinas.

Puan Salinas mengatakan tragedi mula menimpa keluarganya setelah salah seorang rakan kerja Adan diuji positif untuk Covid-19 awal tahun ini.

Adan dimasukkan ke hospital pada 3 Jun dan meninggal tiga minggu kemudian pada 26 Jun.

Pemandu lori itu digambarkan sebagai “salah seorang daripada dua orang yang paling sakit di hospital” oleh doktor yang merawatnya.

Ads

Mariah yang juga seorang guru sekolah sangat bersedih dengan kematian suaminya. Dia telah merancang acara peringatan untuk suaminya. Namun Mariah telah meninggal dunia hanya beberapa jam setelah jatuh sakit.

Baca Sini Juga:
Artis Brazil Lukis Atas Pelitup Muka, Bila Pakai Seperti Tunjuk Muka Sebenar
Bayi Dilahirkan Secara Caesarean Ketika Ibu Di ICU & Ada Covid-19

Berharap Dapat Jumpa Ibu Semula

Bercakap mengenai cucunya, Puan Salinas memberitahu NBC News: “Disebabkan dia anak emak, Raiden amat merindui ibunya. Malah pagi ini dia memberitahu saya bahawa dia berharap dapat bertemu ibunya semula. Dia hanya menginginkan ibunya kembali semula.”

Ads

Dalam 100 Hari Jadi Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Kerana Coronavirus

“Maksud saya, apa yang harus saya katakan kepadanya? Anda tahu, saya baru mengatakan kepadanya bahawa mereka sekarang malaikat mengawasi kita dan melindungi kita.

Tambah Salinas: “Raiden yang membuatkan saya mampu meneruskan hidup. Berkali-kali dia mengingatkan saya bahawa dia menyayangi saya. Dia selalu berterima kasih kepada saya kerana menjaganya, tetapi harus fikir mengenai dirinya. Ini keadaan yang sukar untuk diproses.”

Ads

Puan Salinas merancang untuk mengadakan majlis ulang tahun khas untuk Raiden pada akhir bulan ini dengan acara pandu lalu yang menampilkan kelab trak, penunggang basikal, kelab Mustang, kereta klasik, kelab Jeep, serta pasukan bomba.

“Sambutannya pasti meriah.”

Dia juga merancang untuk mengadakan acara peringatan untuk anak perempuan dan menantunya selepas Krismas.

Sumber/Foto: Mirror/ABC News/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI