Daging korban boleh dimasak dengan pelbagai hidangan lazat. Selalunya dimasak sup atau gulai. Rasa daging baru yang manis sangat sedap. Sebenarnya terdapat pelbagai resipi boleh dimasak dengan menggunakan daging korban. Bukan saja daging, bahkan tulang, paru, limpa, dan sebagainya. Mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
DAGING OPOR
BAHAN-BAHAN:
500gm daging – hiris nipis
200ml santan pekat
3 helai daun salam
2 keping asam gelugur
3 batang serai – titik
1 labu bawang besar – hiris
4-5 biji tomato ceri
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan kicap pekat manis
1/2 cawan minyak masak – untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis hingga hingga pecah minyak.
Masukkan pula bahan goreng sangai dan telah dikisar tadi. Kacau rata.
Setelah pecah minyak masukkan daging. Kacau rata hingga air daging kering.
Jika daging masih liat tambah sedikit air. Biarkan mereneh lagi.
Apabila daging telah empuk, masukkan santan, daun salam dan serai. Kacau rata.
Apabila kuah agak kering tambahkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
Sedia dihidangkan. Untuk masak lebih cepat, daging boleh direbus dahulu sebelum dimasak.
Bagi peminat kek keju, Basque Burnt Cheese Cake antara kek sedap yang mesti kena cuba! Kek ini memang agak mahal jika dibeli, memandangkan mempunyai kandungan keju yang banyak. Namun sebenarnya tak susah nak buat Basque Burnt Cheese Cake hanya guna 6 bahan je. Malah lebih menarik, resipi ini cukup mudah hanya menggunakan sukatan cawan tak perlu susah payah guna alat penimbang.
Mak-mak boleh cuba resipi Basque Burnt Cheese Cake yang dikongsikan oleh Puan Imah Halimah sebagai rujukan;
“Hadiah buat suami sebab rajin tolong saya buat kerja rumah. Disebabkan dia peminat makanan berasaskn cheese, saya buatkan Basque burnt cheese cake untuk dia. Dahulu saya ambil tempahan membuat kek, jadi ilmu dan bakat yang ada sebagai anugerah allah untuk saya praktikkan walaupun sekarang sudah tidak ambil tempahan lagi”.
“Suami saya kata walaupun saya sekarang tak meniaga lagi,tapi sekurang- kurangnya saya sudah tahu apa sebenarnya minat dan bakat yang saya miliki. Minat dan bakat tak semestinya untuk meniaga tapi sebagai satu pinjaman Allah untuk hambanya. Sekurang-kurangnya saya ada masa yang lebih untuk anak-anak sekarang..kerana sebelum ini membaking hanyalah sebagai part time sahaja.Dalam masa sama saya sudah tau di mana kebolehan saya.”
“Nak cuba buat kek ni mudah sahaja.Saya kongsikan resepi dan cara mengikut sukatan cawan metrik. Untuk kek ini saya tidak ambil dari mana-mana class berbayar yang saya ikuti, tapi saya dapatkan dari google, saya buat dan membandingkan resepi dari setiap blog yang saya baca.”
Bahan-Bahan:
500gm cream cheese
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan UHT whipping cream
4 biji telur Gred A
1sudu kecil esen vanila (tiada dalam gambar )
2sudu besar tepung gandum
Cara Membuat:
1.Putar cream cheese hingga kembang.
2.Masukkan gula kastor dan putar lagi.
3.Kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
4.Masukkan UHT whipping cream dan putar sebentar sahaja.
5.Masukkan tepung gandum dan kaup balik sahaja. Boleh juga putar gunakan mixer tapi sebentar sahaja.
6.Alas loyang 8inci dengan paper dan lebihkan paper lebih tinggi dari loyang. Ini kerana kek akan naik tinggi semasa dibakar.
7.Panaskan oven 200-220’c api atas bawah.Bakar selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit bergantung oven masing-masing.
8.Kek naik tinggi selepas dikeluarkn dari oven. Tapi apabila sejuk kek akan turun kebawah. Ia adalah normal untuk kek ini.
9.Sejukkan dulu dalam chiller, keesokan hari baru sedap dimakan sejuk-sejuk.
Tip Ekstra!
Jika guna telur gred B tambah lagi sebiji.
Basque burnt cheese cake nak cantik taburkan snow powder atas tu.Boleh beli di kedai bakeri.
Nak buat kerabu kaki ayam lebih sedap kena letak gula kabung thailand ni.Kaki ayam memang banyak khasiatnya terutama buat wanita. Kajian membuktikan kaki ayam ada banyak kolagen. Jika nak cantik dan kekal awet muda, keraplah makan kaki ayam.Ini kerana kaki ayam terdiri dari tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protien, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.
Selain dibuat sup, boleh cuba buat sendiri kerabu kaki ayam yang dikongsikan oleh Puan Siti Zawiah Jalilini. Resipi yang cukup mudah, sihat dan kaya dengan pelbagai nutrisi yang tersendiri.
Bila tekak nak makan, dengan pantasnya bersilat dekat dapur. #Kerabu Kaki Ayam
Sos
Cilipadi (ikut selera nak pedas macam mana)
4 atau 5 ulas Bawang putih
Udang kering
Serai racik halus-halus
Cara Membuat:
1.Kacang panjang tu celur kejap je dalam 1@2 minit.
2.Tumbuk bahan-bahan untuk sos di atas kemudian dengan sos ikan+gula thailand tu. Ikut selera sendri ye.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dengan perahan limau kasturi@limau nipis.
4. Campurkan sos dengan kaki ayam yang telah direbus tadi, dan kesemua bahan-bahan lain.
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap kerabu kaki ayam ni. Sempurna rasa masam, manis pedas dan lembut kaki ayam. Malah sangat sesuai menu bagi sedang berdiet. Boleh cuba nanti.
Kek Coklat Cheese Sedap Lembap Adunan Sikit, Guna Loyang Kecil 4 Inci. Ada masa memang kita teringin nak makan kek coklat cheese lembap macam ni. Nak buat banyak, takut tak habis, jadi kena buat sukatan yang sikit baru sesuai. Mudah habis.
Boleh cuba resipi kek Coklat Cheese yang dikongsikan oleh Puan Iedaa Jahaya ini sebagai panduan;
“Rasa nak makan sangat, buat la sikit loyang kecik 4 inci. Lembab & sedap.
Kek Coklat Cheese
Bahan-Bahan:
60g butter
70g coklat masakan
1bji telur
1sdk esen vanilla
1/2cawan gula
1/2cawan tepung kek
1sdb serbuk koko
Coklat cincang
Cara Membuat:
1.Cairkan butter dan coklat masakan dalam microwave pun blh atau nak double boiler pun boleh.Kacau hingga nampak berkilat..ketepikan dulu.
2.Mix telur, esen vanila dan gula hingga putih dan gebu dan tuang coklat cair tadi. Pukul sekejap sehingga sebati.
3. Kemudian ayak masukkan tepung kek dan serbuk koko. Mix sekejap bagi sebati. Kemudian asingkan 1/2 sudu besar untuk corak bahagian atas nanti.
4. Masuk coklat cincang sikit dalam adunan (tak nak letak pun boleh). Selebihnya kaup balik.
5.Oles loyang dengan sedikit minyak. Lapik baking paper dan tuang adunan dalam loyang..ketepikan dulu.
1. Mix semuanya hingga sebati dan tiada ketulan cheese yang tertinggal
2. Tuang atas adunan coklat tadi.
3. Pipe atau titis adunan cokket atas lapisan cheese. Guna lidi untuk corakkan atas kek.
4. Kemudian guna oven suhu 170 dan bakar hingga masak.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat kek coklat cheese ikut untuk adunan sikit. Mudah sangat! Bila teringin nak makan boleh buat, tak perlu risau tak habis makan.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.