“Cukuplah 9 tahun menjadi isteri Syamsul. Sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami” itulah antara ungkapan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah seusai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sewaktu hadir, Puteri Sarah ditemani adik-beradik selain peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.
“Cukuplah 9 Tahun Menjadi Isteri Syamsul”
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Ads
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Mengikut laporan Harian Metro, Puteri Sarah menyatakan tarikh sebutan kes permohonan cerai terhadap suaminya ditetapkan Mahkamah Syariah di pada 7 Mac depan yang juga jatuh sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka pada 8 Mac.
“Kita mulakan (rumah tangga) 8 Mac, kita habiskan pun 8 Mac ini,” ungkap Puteri Sarah yang menyifatkan rezeki rumah tangganya hanya mampu bertahan selama sembilan tahun.
Segalanya Sudah Selesai Difailkan
Menurut Puteri Sarah lagi dia bersyukur apabila segalanya sudah selesai difailkan.
“Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan.
Ads
“Sepuluh hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang saja bila di sana nanti.
“Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya, tarikh 7 Mac yang mahkamah tetapkan untuk tarikh prosiding memang cukup signifikan kerana sehari selepas itu pada 8 Mac genap ulang tahun perkahwinan kami.
“Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami,” tegasnya.
Sudah Jalankan Tanggungjawab Dengan Baik
Ibu kepada dua cahaya mat aitu juga menyatakan sepanjang tempoh perkahwinan dia telah melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.
Ads
“Saya sudah jalankan tanggungjawab dengan terbaik. Saya sudah berbincang dengan keluarga termasuk mentua, berjumpa ahli agama dan melakukan solat istiharah agar diberi petunjuk.
“Saya yakin inilah jalan terbaik dan Allah sudah tunjukkan aturan ini,” sambungnya.
Malah dirinya bersedia jika berdepan untuk melalui proses mahkamah yang panjang.
“Apa yang penting saya lega sudah memfailkan perceraian hari ini. Malah, Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyekat saya di media sosial.
“Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing masih sibuk dengan penggambaran. Dia juga ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mendedahkan apa mesej yang dihantar,” luahnya lagi.
Kemelut hutang jika tak diurus dengan baik bukan saja merosakkan diri, malah orang terdekat pun akan merasainya. Gangguan emosi akibat hutang cukup menekan. Bila sudah tidak tahu ke mana lagi mahu mengadu, berbaliklah kepada Allah yang Maha Berkuasa.
Perkongsian daripada status facebook Jaq Osman (Abang Jaq), usahawan AT Cupcakes & Bakeri simple saja tapi maksudnya sampai. Benarlah berhutang itu perkara biasa, yang luar biasa adalah lari daripada hutang.
Fasa Hutang Abang Jaq
Sepanjang lebih 10 tahun berniaga, Abang jaq dah melalui 3 fasa berhutang.
1. Hutang Dengan Keluarga
Masa mula – mula nak meniaga dulu, nak beli tray dan bahan mentah, abang jaq pinjam dengan ayah.
2. Hutang Dengan Kawan-kawan
Bila bisnes dah berjalan baik, Mai sesak-sesak, Abang jaq pinjam dengan kawan.
3. Hutang Dengan Supplier
Bila bisnes sudah ada nama sikit, supplier dah percaya dengan kita, order apa pun dia hantaq dulu. Cukup bulan dia hantaq bil. Ni pun dikira hutang juga. Sikit-sikit boleh la bayaq cash. Sekali dia mai berpuluh-puluh ribu Abang Jaq 2, 3 kali juga la nak bayaq tuh. Hutang juga.
Pesan Abang Jaq Lagi
Dalam perniagaan, hutang adalah perkara biasa. Yang luar biasa, hutang tak mau bayaq.
Kadang-kadang kawan bagi pinjam bukan kerana dia banyak duit. Dia bagi atas dasar simpati dan janji yang dicapati hampa tuh. Dia pun ada hari semput juga.
Jangan lari daripada hutang kerana hutang, boleh buat kita terkandas masuk ke syurga.
Abang Jaq Amalkan 2 Doa Inilah…
Doa masuk rumah, keluar rumah ni Abang Jaq dah amal lama.
Tips ni abang Jaq dapat masa Ustaz Ebit Lew baru-baru nak popular dulu. Ustaz cakap ini antara amalan yang boleh bantu menyelesaikan hutang.
Jadi pun tak pa, tak jadi pun takpa. Benda baik masuk rumah keluar rumah amal ja la. Cuba hampa cuba amal yang ni kot – kot boleh bayaq hutang abang Jaq.
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya. Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Sheila Rusly ada kongsikan video resipi sup tulang yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang.
Sempena Hari Raya Aidiladha ni, banyak dapat daging dan tulang lembu korban, sesuai sangat mak-mak boleh cuba resipi ini.
Berikut perkongsian oleh Shiela Rusly:
“Sup tulang siapa suka confirm dia “Geng Tok Sidang”.Nah sis belanja resipi sup tulang cara sis.”
Bahan-Bahan:
Tulang(rebus empuk)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
4 sahabat
Perencah sup/rempah sup pun boleh??
Minyak sapi(optional)
Lobak Merah
Celery
Batang daun sup
Kiub daging maggi
Cilipadi
Limau nipis
Bawang goreng
Daun sup
Cara Membuat:
1.Panaskan sedikit minyak sapi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan pula 4 sahabat, pati lembu dan perencah sup tulang.
3.Masukkan pula air rebusan tulang,batang daun sup, lobak merah, celery dan cili padi.Hiriskan dengan limau nipis.
4.Masukkan tulang dan biarkan sehingga mendidih.
Info Ekstra!
Sup tulang ini sedap dimakan bersama sambal belacan dan telur masin.
Datuk Fadzilah beri pujian. Seperti yang diketahui ramai kisah pempengaruh Alif Teegar yang berkahwin dua mendapat perhatian ramai.
Dek kerana mempunyai nama yang sama, Alif Satar turut menerima tempias. Malah Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah juga turut memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.
Datuk Fadzilah Beri Pujian
Menerusi perkongsian di media sosial, Datuk Fadzilah memuji keperibadian Alif.
“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar saja yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!” kata pakar motivasi popular itu.
Seperti mana dipetik menerusi portal berita Alif Satar menyatakan enggan menangguk di air keruh dek kerana pujian yang diberikan.
“Saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain.
“Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.
“Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.
“Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” ungkap Alif seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Pedoman & Peringatan Diri Sendiri
Menurut Alif lagi, dia ada juga turut menerima mesej yang bertanya adakah dirinya bernikah lain.
“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain.
“Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?
“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” sambungnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...