Rupanya antara tip cuci tuala putih supaya berseri-seri, apabila menggunakan cecair/ serbuk Nila jangan letak sekali pelembut pakaian. Ia akan menjadikan kain cucian tidak sekata dan bertompok-tompok.
Bukan apa, tak dinafikan apabila basuh fabrik berwarna putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan. Untuk kembalikan warna putih berseri-seri, sesekali memang perlu rendam dan cuci menggunkan Nila.
Baca perkongsian tip daripada Puan Zaza Zalina ini sebagai panduan;
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkn ke dalam tempat letak sabun. Dapat jugak lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian.Alhamdulillah dah takde kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu.Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya, sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Cara yang betul, bancuh sedikit nila dalam baldi dulu sebelum dimasukkn dalam mesin basuh. Curah pada air yang dah ada dalam mesin tu. Saya suka nila yang cair sedikit.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika nak cuci fabrik berwarna putih, ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan cuci baju menggunakkan nila, jangan letak sekali dengan pelembut pakaian. Sebaiknya sekali letak tuala kecil pada bekas sabun, bagi ‘menapis’ karat bagi mengelakkan kesan kotoran pada kain.
“Dulu rasa tak mampu.” Selepas 12 tahun, deko sikit demi sikit dan ini hasilnya. Memang cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Perkongsian Puan Siti Fatimah Ahmad di pages Kelab Kaki Deko mendapat perhatian ramai kerana ilham dekorasi yang sedikit demi sedikit sejak 12 tahun lalu menghasilkan dekorasi yang sangat wow.
Rata rata komen dari netizen cukup teruja dan segelintir daripada mereka menjadikan Puan Siti Fatimah sebagai pemangkin semangat untuk mereka menghias kediaman sendiri.
Dulu Rasa Tak Mampu
Alhamdulillah…. Sikit demi sikit mendekorasi, selepas 12 tahun baru dapat hasil macam ini. Masa mula masuk rumah dulu, sofa pun tak ada.
Buat yang mana penting dulu macam kitchen cabinet, siling kapur dan grill. Perabot dan lain lain beli sikit, sofa pun beli yang terpakai.
Maklumlah sebab bukan berduit sangat. Tapi semangat hendak mendeko itu buat saya berusaha lebih dan jadikan motivasi untuk lebih bekerja keras.
Saya suka rumah yang bersih kemas dan cantik. Sebenarnya, harga perabot bukanlah ukuran tetapi kalau mampu apa salahnya demi kepuasan diri. Apa pun dekolah ikut kemampuan masing masing….
Ucaplah perkataan yang baik baik, insyallah mana tahu suatu hari nanti ada rezeki kita.
Deko Sikit Demi Sikit Ini Hasilnya
Saya dulu pun rasa tak mampu bila tengok sofa cantik, tapi saya berazam untuk dapatkan sesuatu.
Cukuplah coretan dari kami orang jelapang padielok dak deko kami hampa. Kami bukan tauke beras na, kami hanyalah suri rumah sambil berniaga online.
Komen Netizen:
Mingguan Wanita : Sebenarnya dalam dekorasi ini, paling penting adalah minat dan usaha. Walaupun tak mampu, usahakan deko mengikut kemampuan sendiri. Seronok bila balik ke rumah, rumah dalam kemas dan cantik.
Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.
Sebenarnya selain rebus, telur juga boleh dikukus agar lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Lina Sahedin ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Baru berkesempatan untuk berkongsi cara mengukus telur yang sangat mudah tidak ada yang rosak walau sebiji pun. Saya mengukus untuk perkahwinan anak saya pada 1hb Januari sebanyak 185 biji, buat seorang saja memandangkan hujan turun tanpa henti di Kuantan.
Telur lebihan ni saya buka pagi ni sudah seminggu, 7hb Januari. Masih ok, cantik tanpa ada air dalam kulit telur.
Cara Mengukus Telur:
1. Basuh kesemua telur dalam air mengalir.
2. Susun menegak / melintang pun boleh dalam loyang pengukus. Janji ok.
3. Panaskan air kukusan sampai mendidih biar 5 minit atau lebih mendidih.
4. Letak pengukus berisi telur pertama 100 biji.
5. Kecikkan api seperti dalam gambar. Kalau api kuat akan ada bunyi telur retak. Jadi perlahankan api lagi, sebab kebanyakkan dapur tak sama.
6. Set jam 40 minit.
7. Cukup 40 minit tutup api. Siap!
8. Susun dalam besen, raga atau bekas yang besar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.
‘Me time’ dikelilingi hutan menghijau bersama tersayang. Tugas sebagai seorang wanita bukannya mudah. Bukan saja bergelar ibu, isteri dan jaga anak perempuan namun wanita juga mempunyai banyak tanggungjawab terutama pada mereka yang bekerja.
Bagi mendapatkan ketenangan jiwa tak salah jika kita luangkan masa ‘me time’ bersama mereka yang tersayang. Tak kisahlah bersama keluarga mahupun kawan baik.
‘Me Time’ Dikelilingi Hutan Menghijau
Pastinya jiwa akan tenang bila dapat bercuti denga aman. Baru-baru ini penulis berkesempatan menghadirkan diri ke majlis perasmian Villa Nur Jannah yang terletak di Janda Baik. Pada majlis tersebut bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri telah sudi hadir dan merasmikan Villa yang dimiliki oleh Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putera serta Datin Majmin Said.
Percutian enam bintang ditawarkan Villa Nur Jannah di Janda Baik yang menghijau dengan flora dan fauna khas untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk pikuk kota.
Dikelilingi hutan menghijau, bukan hanya banglo tujuh bilik tidur, lokasi percutian yang mempunyai sungai di tapak persendirian itu turut mempunyai empat khemah glamping ekslusif.
Andai dihitung termasuk dua lagi bilik tambahan bersebelahan banglo, keseluruhan penginapan mampu menampung 60 tetamu dalam satu masa.
Menariknya, tempat percutian berkeluasan empat ekar itu dikhaskan hanya memberi keistimewaan kepada satu penyewa dalam satu masa.
Ini bagi memberi ekslusiviti buat keluarga atau kumpulan yang datang seterusnya menawarkan kelebihan untuk mereka menjalani aktiviti tanpa gangguan luar.
Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putera serta Datin Majmin Said.
Dengan berpaksikan panorama alam semula jadi, Villa Nur Jannah yang sudah memulakan beroperasi pada 1 Mac 2024 itu menawarkan pengalaman staycation luxurious private.
Setiap bilik di Villa Nur Jannah dimiliki dengan penghawa dingin, tandas peribadi dan balkoni menghadap rimba.
Manakala dua buah dormitory until empat penginap setiap satu dan empat buah glamping pula masing-masing dapat memuatkan enam orang.
Hanya 45 minit dari ibu negara, banyak lagi kelengkapan lain disediakan agar percutian tetamu meninggalkan 1001 pengalaman manis.
Mesra kerusi roda
Biarpun struktur villa ini sedikit berbukit dan dibina dengan asas tiga tingkat, pelbagai kemudahan akses disediakan buat pelanggan.
“Pada bahagian atas tingkat tiga, terdapat tiga buah bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin dan tandas peribadi. Namun, kami masih mengutamakan penggunaan bilik bawah yang mesra pengguna berkerusi roda dan uzur,” ujarnya.
Villa itu juga didirikan sebuah surau pada bahagian luar yang boleh memuatkan 25 hingga 30 orang pada satu-satu masa.
2.Semua percuma!
Demi memberikan pengalaman staycation maksima, pasangan itu menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk set karaoke, ruang tamu luas, dapur yang dilengkapi dengan bahan asas untuk memasak dan pit BBQ sama ada di Villa atau di tapak Glamping
Khidmat katering
Tetamu boleh menggunakan khidmat tukang masak tempatan dengan menempah makanan, malah pemilik turut membina Rumah Hijau yang ditanam dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk diambil penyewa.
Tetamu juga dibenarkan menggunakan motosikal, basikal, ATV dan aktiviti berkuda secara percuma.
Sungai privasi
Paling utama, Villa Nur Jannah punyai sebatang sungai kecil yang mengalir sepanjang masa di bahagian belakang villa.
Rekreasi & riadah
Bagi tetamu yang mendambakan aktiviti sihat, sebuah gimnasium tersedia dengan kelengkapan asas seperti treadmill, trampoline, dumbell dan set weight lifting selain bilik sauna.
Di bahagian tepi sungai juga terdapat gelanggang bola tampar pasir.
Pemilik juga dalam proses melengkapkan dua buah kolam memancing ikan untuk kaki pancing yang dijangka siap pada Ogos ini.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!